5 Menu Simple Untuk Berbuka Puasa & Sahur

2
5 Menu Simple Untuk Berbuka Puasa & Sahur

5 Menu Simple Untuk Berbuka Puasa & Sahur

Terima kasih sangat kepada tuan punya resepi. Aku simpan kat blog untuk rujukan dan bila-bila masa boleh tengok balik kalau nak masak. 

1. Resepi Ayam Madu Sos Tiram

Resepi Ayam Madu Sos Tiram

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 4 ulas bawang putih - tumbuk kasar
  • 1 inci halia - tumbuk kasar
  • 1 labu bawang besar holland - hiris
  • 1 sudu besar madu
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam

CARA MEMASAKNYA 

1. 1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.

2. Goreng ayam sehingga masak.

3. Ambil sedikit minyak gorengan ayam, tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan bawang besar sehingga layu.

4. Masukkan sos tiram dan madu. Tumiskan seketika, kalau nak berkuah tambahkan sedikit air. Bagi khadijah suka kering jadi tak tambah air, suka sos tu melekat pada ayam.

5. Kemudian masukkan ayam dan gaulkan dengan sos sehingga sebati. Siap. Boleh hiaskan dengan potongan tomato dan cili hijau.


2. Resepi Nasi Beriyani Ayam Simple 

Resepi Nasi Beriyani Ayam Simple

BAHAN-BAHAN
  • 235 gram beras basmathi @ 1 tin kecil beras (tin susu pekat F&N yg kecil) - basuh dan rendamkan 30 minit (jangan lebih 30 minit nanti beras akan patah dan nasi lembik)
  • Air sama dengan sukatan beras 1 tin kecil
  • 1/2 ekor ayam - potong besar @ kecil - saya just potong separuh sebab lebih juicy
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu besar rempah Lahori Briyani
  • 3 sudu besar plain yogurt
  • 2 ulas bawang putih - hiris kasar
  • 1/2 inci halia - hiris kasar
  • 1 biji cili hijau
  • 1 labu bawang besar holand - hiris
  • 1 biji tomato - dadukan kecil2
  • 1 1/2 sudu besar tomato puri
  • Minyak zaitun/ Minyak masak
  • Daun ketumbar
  • Hirisan almond goreng - hiasan

CARA MEMASAKNYA


1. Perapkan ayam dengan serbuk kunyit, rempah lahori briyani dan yogurt. Perap paling kurang 1 jam atau sehingga 3 jam. Lagi lama diperap ayam lebih sedap.

2. Campurkan beras, air dan garam ke dalam periuk nasi/rice cooker. Pastikan air tu rasa lebih masin dari biasa. Kalau kurang garam nasi akan tawar. Masakkan nasi sehingga separuh masak.

3. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

4. Masukkan tomato dan tomato puri. Tumiskan sehingga tomato sedikit layu.

5. Kemudian, masukkan ayam yang diperap tadi. Masakkan ayam sehingga separuh masak.

6. Apabila ayam sudah masak. Boleh buat lapisan nasi. Di dalam periuk nasi yang lain buat lapisan ini. Untuk resepi ini 4 lapisan sahaja. Ulang lapisan sehingga nasi dan ayam habis.

Lapisan pertama letakkan nasi. Lapisan kedua masukkan ayam. Lapisan ketiga masukkan nasi. Lapisan keempat masukkan ayam, daun ketumbar dan cili hijau.

7. Masakkan nasi sehingga masak. Boleh juga nak masakkan di atas dapur gas, tutupkan periuk dengan aluminium foil.

8. Apabila nasi sudah masak, sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan gaul rata rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah.

9. Taburkan daun ketumbar dan hirisan almond goreng. Kalau ada kismis yang digoreng lagi sedap. Boleh hidangkan dengan salad atau raita.


3. Resepi Kari Ayam

Resepi Kari Ayam

BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ayam
  • 1 biji kelapa - santan (nak pekat boleh tambah santan)
  • 1 paket rempah kari babas
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 3 biji ubi kentang - potong 4
Bahan blend
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
Bahan tumis
  • 1 ulas bawang merah - hiris
  • 1 ulas bawang putih - cincang kasar
  • 1 kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 3 buah pelaga
  • 3 cengkih
  • Daun kari

CARA MEMASAKNYA 

1. Tumiskan bahan tumis sampai naik bau @ bawang agak2 kuning.

2. Masukkan bahan blend, rempah kari dan cili. Tumis sampai agak pecah minyak.

3. Masukkan ayam, kacau sampai sebati dengan rempah.

4. Masukkan santan dan ubi kentang.

5. Kacau sampai masak. Rasakan dengan garam dan gula.

4. Resepi Sotong Masak Kunyit

Resepi sotong masak kunyit

BAHAN-BAHAN

  • 3 ekor sotong besar
  • 1 biji bawang besar holland - dihiris
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 3 helai daun limau purut
  • 4-6 biji cili api

CARA MEMASAKNYA :

1. Potong sotong mengikut citarasa masing-masing.

2. Tumiskan bawang besar dan serbuk kunyit dengan sedikit minyak. Tumis sehingga naik bau dan bawang sedikit kekuningan.

3. Masukkan sotong dan daun limau purut.

4. Perasakan dengan garam dan gula.

5. Taburkan dengan cili merah dan cili api. Siap dan boleh dihidangkan.


5. Resepi Ayam Goreng Crispy Cornflakes

Resepi Ayam Goreng Crispy Cornflakes

BAHAN-BAHAN

  • 2 keping dada ayam @ bahagian ayam lain
  • 2 cawan cornflakes - dihancurkan
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan buttermilk (1/4 cawan susu segar + 1/4 sudu kecil cuka)

Bahan Perap
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada lada hitam
  • 1/4 sudu kecil oregano
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1/4 sudu kecil paprika/serbuk cili
  • 1/4 sudu kecil serbuk ayam
  • Garam secukup rasa

Bahan Tepung 
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada lada hitam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1/2 sudu kecil paprika/serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil serbuk ayam
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA 

1. Masukkan buttermilk. Kalau tak de buttermilk. Campurkan susu segar & cuka. Kacau. Tujuan masukkan buttermilk supaya ayam moist.

2. Untuk perapan ayam. Campurkan buttermilk, ayam dan bahan perapan. Biarkan di dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam.

3. Campurkan bahan tepung dalam mangkuk.

4. Celup ayam ke dalam tepung.

5. Dalam mangkuk lain pecahkan & pukul telur.
Celup ayam ke dalam telur.

6. Golekkan ayam di dalam cornflakes. Ulang sehingga ayam habis.

7. Panaskan minyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan ayam. Supaya ayam lebih rangup. Goreng sehingga masak.

Kredit Resepi : KHADIJAH JAAFAR



Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !