Resepi Sayur Kobis Telur Masak Sos Tiram

Assalamualaikum
Bismillah

Sebenarnya nama Resepi Sayur Kobis Telur Masak Sos Tiram aku reka sendiri saja hahaha. Korang bolehlah ikut resepi paling mudah dan simple ini sepanjang PKP 2.0. Resepi yang aku selalu kongsi ini resepi bajet tau sebab tak banyak bahan pun. Macam biasalah aku kan suka masak senang-senang saja. 

Sayur Kobis Telur Masak Sos Tiram


Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kobis
  • 1 tangkai cili merah - hiris
  • 3 ulas bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Sos tiram

Korang boleh tambah bahan lain seperti ayam, udang, fishball dan lain-lain. Like I said, resepi ini mudah sahaja. Tak nak letak bayak bahan sangat. Ikut selera korang ya.

Cara-cara memasak :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah. Setelah bawang kekuningan dan wangi, masukkan telur. Masak macam korang masak telur dadar tau. Dah ada rupa macam telur dadar sikit baru korang hancurkan.

2. Masukkan sayur kubis dan kacau seketika. 

3. Masukkan sos tiram, serbuk perasa dan garam. Kalau nak ada kuah boleh tambah air.

4. Akhir sekali, masukkan cili merah. Gaul sehingga sayur sedikit layu. Siap untuk dihidang,

Resepi Sayur Kobis Telur Masak Sos Tiram


10 komen

  1. ini makan dgn nasi putih saja pun sedap !

    BalasPadam
  2. Sedap makan dengan nasi putih panas panas

    BalasPadam
  3. kalau sis letak kicap sikit
    mkn dgn nasi putih dan ikan goreng dan sambal tumbuk
    menu simple tp layaannn

    BalasPadam
  4. yummiiiiii.... kesukaan saya nih sayur ini.

    BalasPadam
  5. Sedap ni makan dgn nasi + kicap lagi..hehehe

    BalasPadam
  6. First jumpa resepi yang gabungkan kubis dan telur. Nampak sedap dan mudah dimasak.

    BalasPadam
  7. kaella selalu masak macamni juga, sebabnya lebih suka beli sayur kobis sebab tahan lama sikit hihi

    BalasPadam
  8. Simple tapi sedap! hehe. Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    BalasPadam
  9. Kalau akak dapat masak lauk nie, akak ratah jea tanpa makan nasi.. hihihi

    BalasPadam
  10. kalau dah macam macam perisa macam ni..letak sedikit potongan dadu ayam..satu hidangan ni sudah cukup untuk satu periuk...burrrp

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.