Resepi Ayam Masak Kicap Sedap Berkuah Pekat

7
Assalamualaikum
Bismillah

Aku jarang masak ayam yang banyak sangat bahan macam nie. Aku suka masakan yang simple dan mudah. Cuma kali ini aku teringin nak makan ayam masak kicap berkuah pekat. Resepi asal dari Che Nom tapi aku buat versi sendiri. 

Memandangkan aku tidak suka pedas, so jangan hairan kalau aku tak letak cili kisar atau cili padi ke. Boleh cuba resepi ini kalau rasa sesuai dengan tekak korang hehe.

Resepi Ayam Masak Kicap Sedap


Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • Garam
  • kunyit
  • 1 mangkuk minyak
  • 2 sudu besar sos tiram
  • kicap manis
  • 1 gelas air
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • bawang besar (hiris bulat)
  • 1 batang serai (dipotong & tumbuk sikit)
  • 2 biji tomato (potong 4)
  • Lada putih
  • 1 biji kentang

Bahan tumbuk halus/kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit

Cara Penyediaan

1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit.

2. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.

3. Goreng kentang supaya nanti masak dengan ayam, kentang cepat masak & lembut. Angkat dan ketepikan. 

4. Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi cukup sekadar untuk tumisan. Masukkan bahan tumbuk halus dan kacau sehingga kekuningan.

5. Masukkan serai dan gaul sehingga naik bau. 

6. Masukkan sos tiram dan ayam tadi. Kacau seketika.

7. Masukkan pula kicap, agak-agak sahaja supaya cukup kuahnya, air asam jawa dan sedikit air.

8. Masukkan lada putih sebagai penambah rasa, garam dan gula secukupnya.Tutup dan biarkan ayam masak

9. Masukkan kentang, tomato dan bawang besar. Kacau sekejap sahaja anggaran bawang sedikit layu dan padamkan api.

10. Angkat dan boleh dihidangkan. 

Resepi Ayam Masak Kicap




Tags

Catat Ulasan

7Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. dah lama tak makan ayam kicap ! sedapnyaaa

    BalasPadam
  2. morning siti
    sedappp, skali skala ayam masak kicap memang bestt
    sama menu kita ,kebetulan mlm td ank bungsu akak pun tiba2 reguest ayam masak kicap he heee
    layan je selera dia

    BalasPadam
  3. Sedapnya ayam masak kicap berkuah. Masakan yang mudah dan mampu membuatkan bertambah nasi :)

    BalasPadam
  4. sedapnyaaa tapi nak masak ayam kicap tak berapa laku la dalam rumah ni...

    BalasPadam
  5. Hahaha baru semalam akak buat ayam masak kicap nie...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !