Mamadil Women Love Untuk Kesihatan Dalaman & Luaran Wanita

8
Assalamualaikum
Bismillah


Hai semua, hari ini aku sangat berbesar hati ingin berkongsi dengan korang tentang produk kecantikan dari Mamadil, iaitu Women Love. Korang pernah dengar tak? 

Kalau tanya aku sendiri, jujurlah ya aku memang pernah dengar tapi tak pernah ambil tahu sangat pun tentang brand Mamadil ni haha. 

Aku dari dulu lagi selalu amalkan makan makanan tambahan bukan sahaja untuk kecantikan luaran wanita tetapi juga kecantikan dalaman. Semakin dewasa kita kenalah sentiasa jaga penampilan diri apatah lagi kalau dah berkahwin. 

Ada sesetengah wanita yang bergelar ibu kadang kasihan tau jaga anak sampai diri sendiri tak terurus. Begitulah besar pengorbanan seorang wanita. 

Buat para lelaki atau suami tu, jagalah isteri anda dengan baik, paling tidak pun belikan produk dari Mamadil Women Love ini pun dah cukup tau. 

Nak cantik luar dan dalaman tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi. Selain daripada bersenam, memastikan tidur yang cukup dan mengamalkan diet pemakanan yang seimbang, korang juga boleh mengambil produk makanan tambahan.

Mamadil Women Love (WL)

Pertama sekali WOMEN LOVE bukan produk pemutih ya, ianya cuma menggantikan fungsi KOLAGEN yang ada pada kulit. 

Women Love adalah hasil gabungan formulasi yang baik untuk dalaman khususnya wanita yang terdiri daripada herba semulajadi yang terkenal & terpilih serta diperkaya dengan bahan aktif. 

Suplemen kecantikan untuk mengekalkan awet muda dan kulit berseri. Kaya dengan kandungan profil Asid Amino daripada kolagen ikan (ikan air tawar) dan ramuan herba yang lain. 

Selain itu, Women Love ini juga ada sijil HALAL diklasifikasi sebagai makanan tambahan. Bukan ubat-ubatan atau skincare jadi tidak memerlukan nombor notifikasi atau MAL / NOT. 

Produk makanan yang lulus KKM akan diselia melalui kilang pengeluar. Kilang yang telah diluluskan oleh KKM akan dapat sijil MESTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri). 

Produk mamadil mempunyai sijil MESTI kerana pengeluar produk mamadil adalah team farmasi yang bertauliah (MEDIKEL) yang mempunyai kilang bertaraf gmp. Jadi, untuk pastikan supplemen betul-betul selamat wajib ada MESTI

Kandungan Bahan

Kolagen Peptida, Manjakani (Quercus Infectoria) , Kwao Krua (Pueraria Mirifica), Kacip Fatimah (Labisa Pumila)

Kebaikan Women Love 

Dirumus khas bagi golongan wanita berumur 18 tahun ke atas, Women Love merupakan produk makanan tambahan kecantikan yang semestinya lain dari yang lain. Ini disebabkan Woman Love hanya mengandungi khasiat bahan terbaik dan penting seperti;

1. Kolagen
Kaya dengan kolagen laut, Women Love mengandungi lebih 97% kandungan protein dan profil asid amino yang tinggi. Kedua-dua bahan ini amatlah penting bagi mengekalkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedutan.

2. Vitamin C
Siapa sahaja tidak tahu akan kebaikan vitamin C yang bersifat antioksidan dan boleh mengurangkan kerosakan sel dan membantu pembentukan sel baru dalam badan dan secara tidak langsung mencegah tanda-tanda awal penuaan seperti pigmentasi dan kedutan awal.

3. Pueraria Mirifica, Kacip Fatima dan Manjakani
Bagi yang tertanya-tanya, gabungan ketiga-tiga herba di atas yang mampu memulihkan kesihatan dalaman dan luaran ‘Miss V’ kita, termasuklah melancarkan kitaran haid, menguatkan sistem peranakan, meningkatkan sistem reproduktif dan hubungan bersama. 

Ini sangatlah penting bagi mereka yang mempunyai masalah dalam hal ini dan ingin menyelesaikannya secepat mungkin!

Pembungkusan & Tekstur

Dari segi packaging, masa mula-mula terima parcel Mamadil Women Love (WL) ini aku agak terkejut juga sebab kotaknya agak besar. 

Dalam kotak disertakan sekali pamplet senarai produk Mamadil yang lain seperti Sabun Mamadil Collaloe, Anggoon Haircare, Medil Skincare, Wash for Ladies, Slim Love (SL), Susu Rizqi, & Compact Powder. Memang lengkap lah. 



Pembungkusan pun lawa dan menarik berwarna unggu keemasan gitu. Terdapat 30 sachet di dalamnya dengan berat sebanyak 5gram. Senang dibawah ke mana sahaja. Boleh makan bila-bila masa korang perlu.

Walaupun begitu, Women Love tidaklah sesuai digunakan bagi ibu yang mengandung sebagai langkah berjaga-jaga. Jadi, kepada bakal ibu, sila bersabar dahulu ya!


Seperti yang korang lihat dalam gambar di atas, Women Love itu berbentuk serbuk berwarna putih . Mudah larut apabila dimakan. Rasanya pun sedap. Masam manis. Senang untuk dimakan dan sesuai untuk tekak kita.

Cara Pengambilan Women Love 

Tidak cukup dengan itu, cara pengambilan produk Women Love ini pula tidaklah rumit malah cukup memahami keperluan gaya hidup yang sibuk bagi golongan wanita pada masa kini. Korang hanya perlu memakannya 2 kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur. 

Nak makan pun mudah je hanya  perlu mengoyakkan sachet dan menuangkan terus ke dalam mulut. Dari segi rasa pula, Women Love rasanya adalah perisa oren, menjadikan ia mudah untuk dimakan oleh hampir semua orang, berbanding produk lain di pasaran. 

Jangan lupa juga untuk minum air sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air setiap hari dan mengekalkan rutin penjagaan diri yang lain secara konsisten untuk kesan yang lebih baik. 

Mamadil Women Love Untuk Kesihatan Dalaman & Luaran Wanita

Apa yang aku suka sangat tentang produk Mamadil Women Love ini ialah rasanya sangat sedap dan rasa nak makan banyak-banyak. Mungkin disebabkan aku memang penggemar lemon dan limau. Boleh diambil 1 sachet sehari dan digalakkan untuk ambil 2 sachet untuk lebih berkesan. 

Aku minum setiap pagi selepas bangun dari tidur. Minum segelas air dan ambil 1 sachet women love. Kadang sebelum nak sarapan baru aku ambil WL. Selain itu, aku juga ambil 1 sachet pada waktu malam sebelum tidur. 

Untuk permulaan disarankan ambil 2 sachet sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur. Seeloknya aturan begini sampai nampak perubahan pada kulit, baru konsisten sekali sehari untuk maintain seterusnya. 

Korang nak tahu dalam banyak produk supplemen yang aku pernah makan, produk mamadil Women Love inilah satu-satunya yang buat aku rasa ketagih. Susah nak express sebab memang sedap. Biasanya aku selalu tau lupa nak makan, tetapi dengan Women Love setiap hari tidak pernah skip makan. Sehari tak ambil rasa tak best!

Alhamdulillah, dalam masa 3 - 5 hari dah boleh nampak kesan pengambilan Women Love. Antara kesan yang ketara aku boleh rasakan ialah dari segi keputihan yang semakin berkurang. Aku memang mempunyai masalah keputihan sehingga menyebabkan aku jadi tidak selesa. 

Kelebihan WL berbanding produk lain adalah dengan adanya kacip fatimah dapat menambah nilai kesihatan dalaman rahim wanita. Oleh sebab itu, wanita hamil dilarang makan kerana adanya unsur ini.

Selain itu kulit wajah juga semakin lembap, berseri dan agak sedikit cerah berbanding sebelum ini. Kulit aku sangat sensitif, even duduk di rumah pun boleh terkena sunburn, so memang kena pakai sunscreen (kadang boleh lupa juga pakai). Orang lain duduk rumah semakin cerah, aku pula duduk di rumah pun boleh sunburn haha.

Sejak amalkan Women Love, kulit wajah aku semakin cerah dan nampak fresh. Part paling seronok sekali, liang pori pada wajah aku juga semakin kecil. Muka pun jadi halus dan jerawat semakin berkurang. 

Perubahan ini boleh nampak hari demi hari. So, aku percaya kalau amalkan produk Women Love ini secara konsisten dan mengikut garis panduan yang telah disarankan pasti korang lihat perubahan yang ketara. 

Kulit bukan sahaja akan menjadi lebih cantik dan kelihatan muda tanpa tanda-tanda penuaan, malah badan juga akan menjadi ringan dan lebih bertenaga. InsyaAllah akan diteruskan pengambilan Women Love. 

Jadi, tunggu apa lagi? Jom, sama-sama kita sayangi diri dengan Women Love, produk keluaran Mamadil. Cubalah hari ini, korang pasti tidak akan mahu menjadi diri orang lain lagi selepas menggunakan produk Woman Love.

Dapatkan WOMEN LOVE (WL) dengan harga RM 148.00 RM 140.00


Untuk maklumat lanjut :

Catat Ulasan

8Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. tgk ingredient dia mmg semua bagus utk wanita tu

    BalasPadam
  2. yang penting ada vitC utk protect diri dari terkena virus2 skrg ...

    BalasPadam
  3. Banyak khasiatnya ya produk mamadil ini.. Produk pun pelbagai.

    BalasPadam
  4. Wow mmg nmpk perubahan pada nurul makan mamadil supplements.

    BalasPadam
  5. wow menarik nampak glow lebih cantik lepas amalkan product =)

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !