Cabaran 15 Hari | Sumber inspirasi ketika berblog

11
Assalamualaikum
Bismillah

Ya Allah, baru hari kedua terasa susahnya menulis ikut jadual ni hahaha. Hari ini cabaran hari ke-2 menulis blog dengan tajuk sumber inspirasi ketika berblog. Aku berfikir agak lama sebenarnya mahu tulis tentang perkara ini.


Sumber inspirasi ketika berblog

Sebenarnya salah satu sumber inspirasi aku ketika berblog adalah berpegang dengan matlamat atau motto aku sendiri "Menulis Untuk Berkongsi". Diri sendiri adalah sumber inspirasi untuk aku terus berblog. Aku jadikan blog aku sendiri sebagai inspirasi untuk membantu mereka yang memerlukan.

Setiap kali aku belajar sesuatu yang baru yang aku rasakan bermanfaat untuk orang lain aku terus kongsikan di blog. Terutama sekali hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan aku sendiri seperti pengalaman aku temuduga, pengalaman semasa belajar psikologi kanak-kanak & keluarga di UMS, macam mana aku boleh jadi blogger sepenuh masa dan banyak lagi. 

Basically aku menulis apa yang aku sendiri alami, apa yang aku dengar daripada orang sekeliling dan apa yang aku lihat berdasarkan pemerhatian. Dari situlah tercetusnya idea untuk terus menulis. Ada ramai blogger yang aku jadikan inspirasi juga untuk menulis. 

Cuma ada beberapa blogger yang mempunyai passion yang sama seperti aku. Aiihh susahnya nak explain macam mana. Agaknya korang faham ka ya maksud aku? hahaha~ Kadang-kala tu boleh dikatakan aku jatuh cinta dengan blog sendiri gitu. 

Susahnya tajuk kali ni hahaha sampai tak terluah.

Apapun itulah aku. Terlalu suka berblog dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan menambah ilmu supaya aku dapat berkongsi dengan korang sesuatu yang memberi manfaat.


Catat Ulasan

11Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Teruskan menulis untuk berkongsi. Semoga ada manfaatnya kepada pembaca blog awak. Selamat maju jaya! Fighting! :)

    BalasPadam
  2. Apapun semoga terus sukses dalam dunia blogging :)

    BalasPadam
  3. Saya suka baca list camni! At least ada idea kalau dah buntu sangat.. cuma kadang kadang tu, idea ada... just masa tak manage bebetul.. sampai tak sempat nak menaip bebetul.. Lol.. sadis... masih mencuba.. at least.. sehari satuu entri.... kekdang failed aje.. sobs... tapi always try.. good luck!

    BalasPadam
  4. minat curi idea ni ya.. takpe kan ?

    BalasPadam
  5. Hehe x apa.. Bole ja ambil idea nie 🥰😘

    BalasPadam
  6. Motto awak nie lebih kurang sama dengan akak, tapi akak rasa lebih daripada info melalui pembacaan samada newspaper atau magazines.. lepas tue buat olahan sendiri, bukan ceduk seratus peratus daripada asal..

    BalasPadam
  7. Menulis untuk berkongsi itu sangat bagus, sebab kita boleh berkongsi ilmu dan pengalaman yang bermanfaat untuk semua.

    Tiba-tiba Cik TK pun rasa nak tulis juga ikut listing cabaran macam ni juga..

    BalasPadam
  8. Sumber inspirasi? Hmmm, let me see..

    BalasPadam
  9. Dalam banyak2 cabaran rasanya ini kot paling susah. Hahaha

    BalasPadam
  10. I love when you sharing your experience especially when helping other bloggers to move forward with their blog. It gives me inspiration too.

    BalasPadam
  11. blog ni comel. penulis dia pun comel.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !