3 Sebab Utama Kereta Terpakai Menjadi Pilihan Poket Golongan Muda Yang Baru Mula Berkerja

8
Assalamualaikum
Bismillah

Tahniah! Jika anda sedang membaca artikel ini, anda tentu sekali telah berjaya menamatkan salah satu fasa terpenting dalam kehidupan seseorang. Kini, bermulalah satu lagi fasa baru iaitu fasa berkerja. Berbeza dengan fasa belajar yang hanya menuntut kita untuk mendapatkan keputusan semester yang baik, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dalam fasa berkerja dan ini termasuklah hal pemilikan kereta. 

Umum diketahui, kebanyakan pekerjaan sekarang memerlukan seseorang untuk mempunyai pengangkutan sendiri. Hal ini penting untuk memastikan seseorang dapat sampai ke tempat kerja dan melaksanakan pekerjaan yang diberikan. 

Tidak dinafikan, walaupun sudah terdapat perkhidmatan e-padanan (e-hailing) dan jaringan sistem pengangkutan awam seperti MRT, LRT, Monorel dan bas, namun harus kita sedar masih ada kekurangan dalam pilihan pengangkutan yang disebutkan tadi dari segi;

  • Kos yang Tinggi – E-hailing selalunya akan mengenakan surcaj tambahan bilamana terdapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan terutama sekali pada waktu puncak.

  • Masa yang Terhad – Sesetengah perkhidmatan pengangkutan awam hanya terhad kepada waktu beroperasi tertentu. Contohnya, perkhidmatan MRT hanya beroperasi dari pukul 6 pagi sehinga 11.30 malam sahaja. 

  • Darjah Ketersampaian – Sesetengah tempat tidak mempunyai perkhidmatan pengangkutan awam seperti tempat lain.
Di sini, dapat dilihat dengan jelas bahawa masih ada keperluan untuk memiliki kereta sendiri. Namun, bagi golongan yang baru berkerja, mereka mungkin tidak berkemampuan untuk membeli kereta baru. 

Di sinilah kereta terpakai menjadi ‘penyelamat’ utama bagi kewangan golongan ini. Berikut merupakan sebab-sebab mengapa kereta terpakai menjadi pilihan golongan muda yang baru mula berkerja.

1. Tidak perlu wang pendahuluan yang banyak (Downpayment)

Rata-rata mereka yang baru sahaja mula berkerja tidak mempunyai wang simpanan yang banyak, apatah lagi wang pendahuluan untuk membeli kereta baru. Secara umumnya wang pendahuluan bagi sebuah kereta baru adalah sekurang-kurangnya 10% daripada harga belian. 

Ini bermakna sekiranya seseorang ingin membeli sebuah kereta baru berharga RM50,000, beliau akan memerlukan kira-kira RM5,000 tunai dalam tangan bagi merendahkan bayaran bulanan. 

Sebaliknya, dengan membeli kereta terpakai, amaun yang diperlukan hanyalah 1% sebagai yuran tempahan. Secara tidak langsung, anda akan dapat menikmati penjimatan sebanyak 9%.

2. Fleksibiliti dan Komitmen bulanan yang rendah 

Berbeza dengan pembelian kereta baru, seseorang yang memilih untuk membeli kereta terpakai tidak perlu risau akan bayaran bulanan tetap dan kadar faedah yang tinggi dikenakan dari pihak bank. 

Hal ini kerana selain daripada amaun harga belian yang lebih rendah, sesetengah syarikat yang menjual kereta terpakai seperti Carsome.my memastikan kereta terpakai yang dijual adalah bebas daripada apa-apa pembiayaan pihak ketiga seperti institusi perbankan. Ini memberikan fleksibiliti bagi pembeli untuk memilih mana-mana institusi kewangan pilihan masing-masing.

3. Jaminan (Warranty) kualiti kereta yang berpatutan & Tiada Caj Tersembunyi

Selama ini kita mungkin menyangka bahawa hanya kereta baru sahaja yang akan mempunyai jaminan kualiti. Tidak sama sekali! Bagi menjaga kebajikan pelanggan, terdapat segelintir syarikat penjualan kereta terpakai yang masih mengutamakan kepuasan hati pelanggan yang membeli. 

Di Carsome.my, setiap pembelian kereta disertakan dengan jaminan kualiti selama 1 tahun di mana kereta adalah bebas daripada kerosakan akibat kemalangan dan banjir. Malah, kesemua kereta yang dijual juga telah melalui pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan keadaan kereta yang baik. 


Di samping itu, harga belian adalah harga muktamad dan termasuk kos-kos lain seperti cukai pengangkutan jalan.

Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada mereka yang ingin menjaga aliran tunai ketika baru mula berkerja, ini adalah berita baik untuk anda! Kunjungilah Carsome.my untuk mendapatkan semua kebaikan yang disebutkan di atas. Selamat membeli!


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :


Carsome - Kelana Jaya Experience Center
D-G-1, Block D, Pusat Komersial Parklane,
Jalan SS7/26, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Beroperasi 
9AM - 6PM, Isnin - Ahad (Kecuali Cuti Umum)

Catat Ulasan

8Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Boleh je kalau, Nak beli, kereta baru, sanggup tak sanggup je, contohnya, kereta rm 203,000 bulanan 2,000 sebulan. Memang tak cukup kalau harapan gaji, tapi kena ada inisiatif buat kereta tu sebagai grab car & transporter Kat situ dah tampung balik kid tadi.

    BalasPadam
  2. baguss asalkan ada kenderaan yg baik, bila bayk duit baru beli baru kan

    BalasPadam
  3. kereta ni untuk point A ke point B, kena selalu seluk poket sendiri ;)

    BalasPadam
  4. Baik beli kereta second tapi kena tahu juga keadaan kereta tu.

    BalasPadam
  5. Inagt lagi waktu belajar dan kerja.. mmg guna kereta terpakai... tahun 1996 punya...

    Guna sampai la anak dah 2 orang...

    BalasPadam
  6. Skg ni susah klu ada komitmen bulan2, musim ekonomi xbgus pakai jala dulu kereta yg 2nd asal ada kndraan nak ke mana pun..

    BalasPadam
  7. kereta terpakai memang lebih mesra poket lebih-lebih lagi untuk yang baru bekerja. tapi kena pandai juga nak pilih, maksud Cik TK dari segi keadaan kereta tersebut

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !