Solatnya Seorang Munafik

4
Assalamualaikum
Bismillah


"Orang munafik adalah orang yang zahirnya Islam, tetapi batinnya menentang Islam." Apa yang dilihat secara luaran berbeza dengan apa yang ada di dalam dirinya.

Bahaya Orang Munafik

Orang munafik ini berada di tengah-tengah kaum Muslimin dan melakukan aktiviti bersama-sama dengan mereka, tetapi hatinya bersama-sama dengan orang kafir dan secara diam-diam memusuhi orang-orang yang beriman. Orang munafik masih mengerjakan solat, tetapi sifat solat mereka jauh berbeza dengan solat orang beriman.

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas penipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riyak (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali." (An-Nisa' 4 : 142)

Ciri-Ciri Solat Orang Munafik


Dalam ayat al-Quran di atas disebutkan tiga (3) ciri solat seorang munafik :
  • Tidak berdiri untuk solat melainkan dengan malas
  • Riyak di hadapan manusia
  • Tidak ingat Allah kecuali sedikit sekali.

Sekarang cuba nilai solat yang kita lakukan. Apakah ketiga-tiga ciri ini ada dalam solat kita?

Bagaimana keadaan kita saat berdiri untuk solat, apakah kita berdiri dengan penuh semangat atau kita berdiri dengan perasaan malas? 

Apakah kita bersemangat untuk menegakkan solat atau kita berasa malas dan suka menangguh-nangguhkannya? Atau membiarkan ia berlalu begitu sahaja?

Kini tengok ciri yang kedua. Apakah kita mendirikan solat kerana Allah atau kerana sesuatu selain daripada Allah?

Ya, sebahagian kita memang melafazkan sebelum solat kita melakukan solat "lillahi Taala" iaitu "kerana Allah sahaja". Itulah yang diucapkan oleh lisan kita. Tetapi periksalah hati kita.

Apakah kita benar-benar melakukannya kerana Allah atau kerana sebab yang lain? Lihatlah keadaan solat kita ketika bersama orang lain dan bersendirian. Apakah kualiti kedua-keduanya sama?

Bagaimana pula dengan ciri ketiga? Apakah ingatan kita tertuju kepada Allah sepanjang waktu solat, atau setidaknya kita ingat kepada-Nya pada sebahagian besar waktu solat kita. Atau jangan-jangan kita ingat perkara-perkara yang lain.

Ah, banyak sekali perkara yang terlintas dalam minda kita dan menawan perhatian kita selama kita solat. Mungkin hanya sedikit sekali kita ingat pada Allah.

Kita mungkin merasakan solat tertunai sudah dan menjalankan perintah agama, tetapi sebenarnya kita melaksanakan berdasarkan tradisi, bukan kerana pemahaman.

Kita merasakan sudah menunaikan kewajipab, tetapi ternyata kita masih sering "mencuri" dan melakukan "korupsi" dalam solat.

Kalau korupsi dalam pemerintahan terhadap hak manusia dengan memakan harta rakyat sahaja begitu dibenci dan dihukum dengan berat, bagaimana seorang yang korupsi terhadap hak Allah dengan bersikap nifak (munafik) di dalam solatnya?

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah di neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka". (An-Nisa' 4 : 145)

Jika masih ada ciri kemunafikan dalam solat kita, marilah kita bersegera bertaubat.

Allah berfirman : "Kecuali orang-orang yang bertaubat dan melakukan kebaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka kerana Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar". (An-Nisa' 4 : 146)

 "Ya Allah bantulah kami dan bantulah saudara-saudari kami agar menyedari hal ini dan kembali mendirikan solat dengan bersungguh-sungguh."

Persoalan serius ini, apakah kita masih bersikap main-main terhadapnya? Apakah kita rela meninggalkan atau melewat-lewatkan solat? 

Paling tidak pun kasihanilah diri sendiri, kerana kalau bukan kita yang berusaha memberikan perkara terbaik bagi diri sendiri, maka siapa lagi?

Kalau kita tidak boleh mengasihani atau mengajak orang lain untuk menjadi baik, setidak-tidaknya berusahalah perbaiki diri. 




Catat Ulasan

4Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. semoga kita dijauhkan daripada ciri2 orang munafik. btw nice sharing :)

    jemput singgah ke my new blog https://www.tiarasaphire.com/2020/08/telefilem-luluh-2020.html

    BalasPadam
  2. Good info kak. Semoga solat kita diterima Allah SWT. InsyaAllah. Aamin.:)

    BalasPadam
  3. bagus peringatan ni. Kadang kita terlampau kejar dunia sampai malas nak dirikan solat

    BalasPadam
  4. nauzubillah minta dijauhkan dari jadi org sebegini

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !