Dikuasakan oleh Blogger.

Azam Baru Blogging 2020 [Part 2]

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH kerana masih diberikan kesempatan untuk mencoret di ruangan blog ini. Setelah beberapa minggu senyap dengan task blog akhirnya aku dapat mencuri sedikit masa untuk menulis di sini. 

Sejak Covid-19 melanda dunia, kehidupan kita berubah 360' darjah terus kan. Ada yang hilang punca pendapatan, diberhentikan, tidak dapat bercuti, tidak dapat pergi sekolah dan sebagainya. 

Walaupun kerajaan dah bagi kelonggaran sedikit tetapi semakin lama kes pun semakin meningkat juga dari 1 kepada 2 angka. Aku kalau boleh kan, tak nak lagi hadap PKP. 

Ya, aku blogger. Takda masalah buat kerja dari rumah tetapi aku juga buat bisnes kecil-kecilan di luar untuk menampung kos sara hidup diri dan belanja keluarga. Sekiranya PKP dikuatkuasakan kembali, sejujurnya sangat menjejaskan juga pendapatan sampingan aku. 

Malah ibu bapa aku sendiri tak dapat keluarga bekerja. So, kita pandai-pandailah ya jaga diri dan keluarga. Malas nak bebel panjang benda ni. Dah besar panjang kan. Ada akal fikiran yang sihat & waras untuk berfikir mana baik dan buruk.

Okay stop cerita pasal tu.


Aku sebenarnya nak kongsi dengan korang ni bahawa aku dah buat azam blogging yang baru untuk 2020 memandangkan azam aku dah tercapai pada pertengahan bulan Mei tahun ni.  Boleh baca Things I Must Do In 2020

Aku kena buat azam juga sebab susah gila takda azam. Hahaha

Aku rasa macam hura-hara hidup tiada matlamat ni. Dapat duit lebih melabur ke tempat yang tak berfaedah. So, nak tak nak kena buat juga supaya aku lebih fokus dan ada tujuan. Aku tak pastilah kalau orang lain. 

Azam Baru Blogging 2020 [Part 2]

1. Publish 200 entri Untuk Tahun 2020

Azam kali ini berbeza daripada sebelum ini. Dulu nak target 15 entri setiap bulan. Tapi tak juga tercapai sebab menulis pun ikut mood punya pasal kan. 

Jadi buat azam yang realistik sikit lah ikut kemampuan. Bila target 200 entri ini senang sebab bulan ni mungkin tak banyak nak post, tetapi manalah tau bulan depan ilham datang mencurah-curah kan. 

So, by the end of this year aku harap berjaya capai lah target ni. Nanti kita tengok macam mana. 

2. Target 200k Pageview Setiap Bulan di Google Analytics

Seperti yang korang sedia maklum, pageview di blog dan Google Analytics tak sama kan. Google analytics lagi tepat dan kebanyakkan klien pun minta statistik di GA saja. Alhamdulillah, so far aku berjaya capai 150k setiap bulan.

Aku tahu ada ramai lagi blogger yang hebat belaka. Cuma tak menunjuk. Aku pula memang tak sembunyi sangat benda macam ni sebab apabila aku buat azam yang jelas macam ni buat aku lagi bersemangat untuk menulis. 

Kadang-kala kalau nampak performance blog kawan yang hebat, aku rasa terinspirasi juga nak jadi macam mereka. Tak boleh dengki atau cemburu sebab kita tak tahu kan orang tu mungkin struggle gila nak naikkan pageviews ke. 

Aku cemburu juga. Tetapi cemburu dengan usaha dan kerajinan mereka. Dorang boleh, kenapa aku tak boleh buat kan? Kalau setakat tunggu pageview mencanak tanpa usaha memang ajaib tu. 

Apabila nampak kejayaan orang kita cuba belajar macam mana mereka boleh berjaya. Bukan kritik dan menjatuhkan ya. 

3. Capai 3.5 Juta Pageview

Bila target tinggi macam ni rasa meremang pun ada, takut nanti tak mampu. InsyaAllah kalau aku mampu kot sebab sebelum ni pernah juga target tinggi. Alhamdulillah tak sampai pun hujung tahun dah tercapai. So memang tak mustahil lah.

Bagi aku kunci untuk berjaya capai azam adalah 'Usaha, Tindakan, Konsisten & Doa'. Kalau setakat buat azam saja semua orang pun boleh buat. Jadi aku memang selalu cabar diri sendiri untuk buat macam ni. Siap tampal sticky note di laptop, dinding dan buku nota. Hahaha

Jadi hari-hari aku sentiasa nampak dan ingat. Bukan aku saja, semua orang dalam rumah kalau masuk bilik aku boleh baca apa azam aku. Haha~

4. Cashout Adsense 5 kali

Tahun ini aku nak target cashout adsense 5 kali. Sebenarnya apabila dah dapat adsense ini memang happy sangatlah. Tetapi kalau tak cuba kekalkan prestasi blog, sama juga tunggu 2 tahun baru dapat cashout. 

Apatah lagi yang memang fulltime blogger macam aku ni mestilah nak masuk gaji blog setiap bulan kan. Siapa lagi yang nak bagi duit kat aku. Tengok orang lain macam best je dapat payment setiap bulan kan. 

5. Dapatkan Job Menulis Setiap Bulan

Bagi aku nak dapatkan job menulis ini sangatlah mencabar. Selain berharap kepada adsense semata aku juga setiap bulan promote diri sendiri haha. Gigih benar mencari. Dalam sehari hantar email kat mana-mana brand sampai 3 -5 kali sehari.

Ada yang balas. Ada yang tak balas langsung. Ada yang bertanya. Macam-macam ragamlah. Haha Alhamdulillah, syukur sangat. Tahun ini aku dapat lebih dari 10 job menulis artikel. Kadang tulis review di blog sendiri. 

Ada juga menulis sebagai ghostwriter. Ada yang di upah untuk tulis di blog orang. Dan beberapa job lain seperti servis buat blog, pasangkan domain dan design template blog. 

Kesimpulan

Sejujurnya, jadi fulltime blogger berkali-kali ganda lagi penat berbanding kerja di luar. Apabila ada task kadang sampai tak ingat makan dan tidur. Syukurlah aku masih bujang. Kalau dah ada anak Ya Allah kasihan anak aku nanti tak dilayan.

That's why aku sangat respect dengan blogger yang dah berkahwin dan ada anak. Dahlah penat kerja di luar, sempat lagi update entri. Nak urus rumah dan anak lagi, MasyaAllah memang hebat sangat korang!


Alhamdulillah perjalanan hidup dan rezeki kita dah diatur oleh ALLAH dengan sangat cantik. Walaupun secara fizikal aku tidak sihat, aku bersyukur sangat kerana dikurniakan keluarga dan sahabat yang sangat memahami dengan kerjaya aku sekarang. 

Aku selalu minta restu ibu bapa apabila buat sesuatu perkara. Minta dipermudahkan apabila ada task. Adik-adik aku, abang aku, sepupu serta sahabat aku sangat supportive. Dorang faham betul lah kalau aku tetiba posing sendiri dalam bilik selfie dengan produk-produk hahaha~ Adik akulah selalu jadi sasaran photographer (upah KFC).

Tidak lupa juga dengan TEAM BITE MEDIA CONSULTANT yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat berkenaan blogging. Tak rugi join, ilmu yang sangat mahal dan tidak dapat dibeli dengan duit. Ada duit boleh habis, tetapi ada ilmu boleh gunakan untuk dapatkan income. 

Sekiranya korang berminat nak jadi ahli BITERS juga. Boleh dapatkan maklumat lanjut di :
Website : https://www.bitemediaconsultants.com
Facebook : Bite Media Consultants @bitewithyou
Email : bitemediaconsultants@gmail.com


Mana yang baik korang boleh jadikan teladan. Yang mana tak baik boleh komen untuk aku perbaiki. Yang tak suka dengan apa yang aku tulis pun boleh saja komen takda masalah. Pendapat setiap orang itu tidak sama, jadi aku memang hargai sangat. 

Semoga azam ini, bukan sekadar azam. Doakan aku supaya sentiasa diberikan ilham yang baik untuk terus berkongsi manfaat buat kalian semua. Aku tak minta banyak. Aku cuma minta supaya apa sahaja yang aku kongsi dapat bagi inspirasi untuk semua. 


30 ulasan:

  1. Hai kak nurul . Lama rabia tak singgah ke sini. Teruskan menulis blog ya dan harap dapat capai cita2 kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Rabia sbb rajin sgat blogwalking ..
      InsyaAllah Aaminn.. semoga dimurahkan rezeki buat Rabia juga ..

      Padam
  2. Aamin..begitulah harapan sy dlm dunia blogging tpi setakat ni buat secara suku time je hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Takpe cikguzim..
      Semoga dimurahkan rezeki, diberikan ilham dan dipermudahkan urusan.. Keep it up!

      Padam
  3. Semoga semua azam Nurul untuk tahun 2020 ni tercapai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah aaminn.. Semoga Jannah dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan dunia akhirat ^^

      Padam
  4. semoga berjaya.. bagus ada azam untuk buat apa2..

    Dalam blogging ni jangan selalu rasa blogger lain sebagai saingan. Bersaing dengan diri sendiri baru kita tak de tekanan. Kita lebih rileks nak tulis apa pun.

    kalau bulan ni 150k sebulan bulan depan usaha untuk lawan 150k tu.

    Akak memula buat blog guna cara tu. Tak suka bersaing dengan blogger lain. Tu je rahsia mampu bertahan 11 tahun menulis blog.

    kita dengan blogger lain tak sama. masa kita mungkin tak seluang diaorang jadi diaorang boleh buat lebih kita tak boleh. sebab tu jangan sesekali bersaing dengan diaorang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak Diana.. terima kasih kerana sentiasa bagi kata-kata motivasi & semangat..

      Padam
  5. Semoga setiap impaian anda menjadi kenyataan :)

    BalasPadam
  6. Hebat Nurul. Semoga terus success.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semuanya dengan Izin Allah.. terima kasih kak wawa.. semoga dimurahkan rezeki selalu

      Padam
  7. baguslah nurul ... k.azni pun terus bersemangat nak menulis lepas baca ni. hahaha skrg setakat 4 artikel je sebulan

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha InsyaAllah kak azni pun boleh juga.. semoga dipermudahkan dan sukses dlm berblog juga ^^

      Padam
  8. Semoga azam tahun 2020 tercapai dan terus sukses..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.. Aaminn.. Terima kasih atas doanya.. semoga Allah murahkan rezeki buat Khairul juga..

      Padam
  9. Balasan
    1. Alhamdulillah rezeki.. Thanks for always support sis!

      Padam
  10. Balasan
    1. Alhamdulillah.. terima kasih ^^ semoga bermanfaat

      Padam
  11. All the best sis.. u can do it

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak Sheila.. semoga dimurahkan rezeki buat akak juga..

      Padam
  12. Balasan
    1. terima kasih Hawa.. keep it up as well sis.. semoga dimurahkan rezeki & sukses

      Padam
  13. wah..bukan senang ya nak jadi blogger...penat tu..

    apa2 pun all the best sis..
    jemput singgah! saya follow ya


    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html

    BalasPadam
  14. laa..dah lama follow,,maybe saya yang banyak terlepas..hehe

    BalasPadam
  15. Semoga banyak dapat job..dapat capai apa yang nurul azamkan tu.

    BalasPadam
  16. Sarah Mortgage22 Ogos 2020 1:53 PG

    Akk doakan segala Azam Nurul menjadi kenyataan. Dimurahkan rezeki & Diberikan kekuatan dan terus tabah menambah nilai insan lain melalui tulisan ajaib Nurul :)

    BalasPadam
  17. semoga tercapai azam baru nurul :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.