Dikuasakan oleh Blogger.

Resepi Biskut Sarang Semut Sukatan Cawan

Assalamualaikum
Bismillah



Bahan-Bahan
  • Mentega/marjerin (250gm)
  • Tepung gandum (1 cawan)
  • Tepung jagung (1 cawan)
  • Tepung kastard (2 cawan)
  • Gula halus (1 cawan)
  • Kuning telur (1 biji)
  • Pewarna kuning (sedikit) - oponal
  • Esen vanila
  • Chocolate rice - hiasan
  • Paper cup

Cara-cara membuatnya :

1. Pertama sekali, pukul bula dan mentega sehingga kembang menggunakan mixer pada kelajuan sederhana.

2. Masukkan esen vanila serta kuning telur dan kacau dengan spatula.

3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastad sedikit demi sedikit. Gaul sehingga rata menjadi doh. Uli sehingga tidak melekit di tangan.

4. Ambil adunan sebesar genggaman dan parut. Boleh juga guna penapis. Tetapi aku guna pemarut. 

5. Ambil adunan yang telah diparut menggunakan sudu dan letakkan dalam papercup. Hiaskan dengan coklat rice atau hiasan yang disukai. 

6. Bakar di ketuhar pada suhu 170'C selama 15 minit menggunakan api atas bawah. Ikut kepanasan oven masing-masing ya. 

7. Dah masak, biarkan sejuk dan letakkan dalam bekas kedap udara. 



Kenapa ya setiap kali aku masak something mesti rupa jadi lain daripada orang lain masak? Hahaha~ As long as sedap olaylah kan. Sekali sekala jadi berbeza dari orang lain.

Apapun selamat mencuba~


12 ulasan:

  1. Suka biskut ni. Sedap. Setiap kali raya cari biskut ni. Raya tahun ni taktau lah dapat ke tak lagi biskut ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pun suka juga biskut sarang semut nie.. kalau makan cair kat mulut hehe

      Padam
  2. Kami takde buat biskut tahun ni. Oven rosak. So beli je la sebalang dua lepas ni

    BalasPadam
  3. Tahun ni tak buat la biskut sarang semut. Biasa mesti buat sebab sedap dan mudah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yea biskut nie senang je nak buat.. takpe.. thn depan boleh buat lagi..

      Padam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.