Dikuasakan oleh Blogger.

Resepi Ringkas Sagu Gula Melaka

Assalamualaikum
Bismillah

Aku dah lama nak buat resepi Sagu Gula Melaka sebab nampak macam sedap dan warna-warni membangkitkan selera. Alhamdulillah percubaan pertama membuat sagu menjadi cuma aku tak tahu sagu ini manis sangat. So, aku cadangkan korang jangan letak susu cair dan gula melaka banyak sangat. 


Bahan-Bahan :

1. 1/2 Cawan Sagu (hidangan untuk 1 - 2 orang)
2. Gula Melaka
3. Gula Perang
4. Susu cair
5. Air secukupnya
6. Daun pandan (optional)

Cara-Cara Penyediaan :

1. Panaskan kuali pada api yang sederhana. Masukkan air.

2. Masukkan sagu dan kacau sehingga sagu menjadi jernih. Jangan biarkan sagu tau nanti sagu melekat kat kuali. Jadi sentiasa kacau sehingga air mendidih.

3. Apabila sagu dah jernih, tapiskan sagu di air sinki.

4. Setelah itu, letak pewarna yang korang suka. Kalau tengok kat video tu aku tak basuh sagu. Tapi kalau korang nak tapis balik sagu tu pun takda masalah.

5. Dah gaul sebati sagu. Sejukkan dalam peti sejuk. Sebaiknya korang sejukkan semalaman. Kalau nak cepat sejukkan 2 - 3 jam pun okay juga.

6. Seterusnya, masukkan air ke dalam kuali, masukkan gula melaka dan gula perang. (Masukkan daun pandan supaya wangi). Kacau sehingga mendidih.

7. Sejukkan air gula tersebut untuk dapatkan rasa gula yang pekat. (Dalam video masih panas)

8. Masukkan sagu yang telah sejuk ke dalam gelas atau mangkuk. Letak banyak sagu tau.

9. Masukkan air gula sedikit (2 sudu) dan tambah susu cair. Boleh juga letakkan ais dan makan sejuk-sejuk pun sedap. Dah siap untuk dihidang.


Resepi Ringkas Sagu Gula Melaka di atas aku dah improvise sedikit. Kalau tengok kat video memang resepi asal aku buat macam tu. Sebab kalau dalam video tu menjadi juga tapi manis sangat bagi aku. Biasalah pertama kali cuba resepi ni. 


Selamat mencuba~ 

10 ulasan:

  1. lama sangat tak makan ni. tak pernah buat sendiri so selalunya makan bila jenjalan kt rumah sedara mara je hehe

    BalasPadam
  2. sedapnya..aritu jiran bg. nanti boleh la try buat plak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy tak pernah makan.. First time buat dan makan 😂😂

      Padam
  3. Ni senang sangat nak buat kan..hehe...lepas tu saya suka makan sagu..adoi..mmg makan banyak

    BalasPadam
  4. simple dan sedap ni memang teruja kalau dapat makan

    BalasPadam
  5. Nampak sangat menyelerakan ..syukur dan terima kasih resipinya ya

    BalasPadam
  6. Baru try buat tadi. memang sedap. btw, salam perkenalan.Jemput join https://shalmilanadya.blogspot.com/2020/04/segmen-bloglist-2020-by-cik-miela.html

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.