Resepi Kek Marble Sedap Sukatan Cawan

14
Assalamualaikum
Bismillah

Ini percubaan pertama kali buat Resepi Kek Marble Sedap Sukatan Cawan. Walaupun rupa taklah cantik tetapi memang sangat puas hati dari segi rasa kek yang gebu dan kurang manis.

Resepi Kek Marble Sedap Sukatan Cawan


Bahan-Bahan
  • 1 cawan majerin (buttercup pun boleh)
  • 3/4 cawan gula castor 
  • 3 biji telur gred 
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (yang telah diayak)
  • 1 sdb baking powder (diayak)
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan milo

Cara-caranya :
  • Masukkan gula dan majerin dan putar dengan kelajuan tinggi selama 10 - 15 minit. 
  • Masukkan telur satu persatu sambil putar mixer secara perlahan sehingga gebu. Pastikan adunan tidak terjatuh. 
  • Kemudian masukkan esen vanila, tepung gandum dan baking powder. Guna kaedah kaup balik sahaja.
  • Setelah itu, masukkan susu pekat manis dan gaul sehingga sebati. 
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Aku pilih 3 jenis warna iaitu adunan pertama ialah warna asal adunan (plain), adunan kedua iaitu milo dan adunan ketiga ialah pewarna hijau.
  • Campurkan 2 sudu air pada milo dan gaul sebati. Kemudian letak di adunan yang kedua untuk milo. Untuk adunan ketiga hanya perlu letak pewrnan hijau dan gaul sebati. 
  • Jangan lupa sapu marjerin pada loyang dan lapik dengan kertas minyak.
  • Ambil satu senduk adunan dan letak ditengah-tengah loyang. Tidak perlu ratakan.
  • Kemudian ambil satu senduk adunan milo tindihkan tengah adunan pertama tadi, jangan ratakan juga. Begitu juga dengan adunan ketiga. 
  • Ulang hingga habis adunan tersebut.
  • Kalau dah siap, boleh buat corak dengan lidi atau boleh tengok contoh cara nak buat corak kat bawah.
  • Panaskan oven suhu 170 darjah dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Gunakan api atas dan bawah. Ikut kepanasan oven masing-masing. 
  • Boleh cucuk dengan lidi di tengah kek nak tahu masak ke tidak, tak melekat tanda masak lah ya. Jangan terlebih masak takut nanti tekstur kek kering
  • Keluarkan dari oven, nanti loyang suam sikit boleh terbalikkan atas redai, tunggu kek sejuk sepenuhnya baru boleh dihidangkan.

Selamat mencuba. Kalau dah cuba, you can share your thoughts about this recipe on the comment down below. 

Tags

Catat Ulasan

14Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. dah lama teringin nak try buat kek marble tapi mood rajin utk baking tak datang lagi..hehe

    BalasPadam
  2. Sedapnyaaa boleh la try baking cake ni nanti

    BalasPadam
  3. ramainya orang buat kek marble .. baru tadi adik kita kat kampung wasap tunjuk gambar.. semua ini dugaan!ahhahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha dugaan kak.. selalunya kek marble lah paling senang nak belajar buat kek haha

      Padam
  4. Suami akak pandai buat kek marble ni. Haritu dia kata nak buat, tapi tak follow resepi, agak-agak je sukatan. Rupanya menjadi jugak tapi over manis. Haha..geram pun ada sebab berlagak sangat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha rajinnya nak bwat.. Kalau nak bwat kek nie susah kalau x ikut sukatan.. Haha..asal jadi okaylah kan.. lain hari bole buat lg

      Padam
  5. Rajinya Nurul. Saya kek2 belum lagi teterai. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha nda apa.. Panjang lg pkp.. Bole cuba bila2..

      Padam
  6. Memang suka dengan kek marble ni dari dulu lagi...sedap.

    BalasPadam
  7. Rajinnya buat kek, saya pun blm ada niat lagi...tapi tengok orang buat kek pun suda rasa puas, hahaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Bagusnya tgok org buat pun dah rasa puas..

      Padam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !