Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
  • Home
  • About
  • Contact
  • Sitemap
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us
Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku nak kongsi sedikit pengalaman aku berkenaan Google Adsense. Ada banyak cara yang aku buat untuk tingkatkan pendapatan adsense setiap bulan. Ada yang berjaya, tidak kurang kurang ada yang tidak berjaya langsung. 

Jadi apakah cara yang aku buat untuk dapatkan 1USD adsense setiap hari? 



1. Trafik Tinggi Punca Pendapatan Adsense Tinggi

Trafik blog yang tinggi sangat membantu meningkatkan pendapatan adsense. Ini adalah pengalaman aku sendiri. Aku perasan semakin tinggi pageviews probability untuk earning adsense kita meningkat juga semakin tinggi. Mula-mula tu memang tak perasan pun. Daripada sen sahaja lama-lama korang akan dapat 1~3 USD setiap hari. Yang penting rajin update blog. 

Baca sini : Tips Nak Naikkan PV Blog

2. Niche Blog

Berbanding blog personal, blog yang mempunyai niche tertentu lebih berpeluang untuk mendapat earning yang tinggi dalam adsense kerana kandungan niche blog lebih berfokus. Kalau macam blog aku ini memang blog rojak. Kejap cerita pasal tips, reviews, blogging dan macam-macam lagi.

Kalau yang blog personal mostly bergantung dengan trafik dan kandungan artikel yang kita tulis. Jadi rajin-rajinlah menulis entri yang gempak dan ada kemampuan untuk berada di halaman pertama enjin carian google. 


3. Google Adsense Auto Ads

Cuba gunakan Auto Ads kerana adsense sendiri yang akan tentukan dimanakah yang paling sesuai sesuatu iklan itu dipaparkan di blog korang. Kedudukan iklan yang betul akan memudahkan pembaca untuk klik iklan kita. Selain itu, kandungan artikel kita juga mempengaruhi jenis iklan yang akan dipaparkan. 



4. Template Yang Mesra Mobile

Sebaik-baiknya korang pasang template blog yang mesra mobile. Pembaca sekarang mengakses sesuatu maklumat mostly daripada handphone. Sekarang yang pakai PC atau laptop pun kebanyakkan pelajar sahaja. Jadi pastikan template blog korang yang mesra mobile ya. 

Tutorial Cara Pasang Template Mesra Mobile 


 Simple saja nak buat. 

5. Jangan Letak Iklan Sesuka Hati

Please kalau boleh letak iklan tersebut biarlah sedap mata memandang. Jangan letak iklan banyak sangat. Elakkan menggunakan iklan yang berbentuk pop-up kerana ia sangat mengganggu pembaca. Dan kalau boleh biarlah iklan tersebut tidak menutup kandungan blog kita. Kalau macam bingung tak tahu nak letak iklan tu macam mana. Just guna je auto ads. Simple as that. 

Selepas aku buat tips di atas ada peningkatan sedikit earning adsense aku.. Alhamdulillah..

Aku pun try and error juga google adsense ini. Ada orang tak suka letak iklan. Ada orang suka. Terpulang dengan diri sendiri. Macam aku yang kerja sebagai fulltime blogger ini memang perlu sangat income melalui adsense. 

Jadi kalau ada pembaca yang lari dari blog ini disebabkan iklan nak buat macam mana kan. haha~



Jangan lupa tonton video CARA PASANG GOOGLE ADSENSE AUTO ADS di youtube.

Semoga bermanfaat~ 

Assalamualaikum
Bismillah

Entah kenapa sekarang nak siapkan satu entri sahaja mengambil masa 2 -3 hari. Padahal dulu boleh ja siapkan dalam masa beberapa jam. Baiklah back to topic, to be honest, I had a really bad experienced with toner before. Aku mempunyai kulit berminyak dan sensitif. 



Jadi dalam rutin harian penjagaan muka, sku selalu skip bahagian toner walaupun aku tahu ada banyak sangat kebaikan pakai toner ni. Pengalaman pertama aku salah pilih toner menyebabkan aku lebih berhati-hati untuk mencuba apa-apa jenis toner. 

Sampailah satu hari aku tengok youtube pasal toner yang dikongsikan oleh Noel Faizal. Aku memang selalu tengok youtube Noel Faizal dan Maisarah Mahmud. Banyak infomasi berkenaan skincare yang boleh dipelajari daripada dua orang beauty youtuber ini. 


Sebelum ini aku menggunakan Safi Toner Cucumber and Aloe Vera Extract with Habbatus Sauda 100ml. Tetapi malangnya toner ini tidak sesuai dengan kulit wajah aku kerana ia menyebabkan iritasi dan berjerawat. So, aku memang dah stop pakai toner ini. 


Agak lama juga aku cari toner yang sesuai ini. Atas cadangan daripada abang Noel ini jugalah aku memilih Simple Soothing Facial Toner.


Fungsi Toner adalah untuk balancekan ph kulit kita. Apabila kita menggunakan cleanser ph  kulit kita dah lari dari biasa. So dengan adanya toner ini, ia membantu mengembalikan ph kulit wajah kepada ph asal. 

Selain itu, toner juga membantu menghilangkan sisa kotoran pada muka. Muka pun kurang mengeluarkan minyak apabila kita pakai toner berbanding tanpa toner. 

Seterusnya toner juga membantu menyerap moisturiser, menyegarkan serta melembapkan kulit dan meninggalkan kesan calm and soothing pada wajah. 


Kandungan Bahan 

Antara kandungan bahan (ingredient) yang ada dalam Simple Soothing Facial Toner ini ialah :
  • Chamomile (melembutkan kulit)
  • Witch hazel (mengecilkan pori sesuai untuk kulit berminyak)
  • Niacinamide (mencerahkan, mengurangkan liang pori)
  • Citric acid (bahan untuk korang yang mempunyai masalah kulit seperti pigmentasi, kedutan, pori tersumbat dan bintik hitam)
  • Pro-vitamin B5 and B3 - melembapkan kulit
  • No harsh perfume , colour or harsh chemicals (tak menimbulkan iritasi pada kulit)

Berdasarkan kandungan bahan dalam toner ini sahaja pun kita boleh lihat bahawa toner ini sangat bagus. Cuma sesuai atau tidak sahaja dengan kulit wajah aku sebab kita kan mempunyai kulit wajah yang berbeza. Produk ini mungkin sesuai dengan aku tetapi untuk korang mungkin tidak. Nak tau okay atau tidak teruskan baca review ini.. 


Cara Penggunaan

Cara pakai toner ini mudah sahaja. Hanya tuangkan 3-5 titik pada cotton pad atau kapas dan sapu di bahagian seluruh wajah korang. Biarkan sehingga kering. Boleh juga korang tuang pada tapak tangan dan tepuk-tepuk manja di muka. 

Simple Soothing Facial Toner (200ml)
Harga : RM18.80 (Watson)


Packaging dan texture 

Dari segi packaging, Simple Soothing Facial Toner ini guys puas hati sangat sebab saiznya yang besar (200ml) yang aku rasa boleh tahan 2 - 3 bulan gitu. Mulanya aku nak beli trial set saja. Tetapi masalahnya aku dah ada produk lain untuk cleanser, hydrating lotion ataupun moisturiser. Aku cuma takda toner sahaja. Jadi aku beli sahaja lah dengan harapan toner ini sesuai dengan aku. 

Manakala dari segi texture pula, toner ini lebih kurang macam air mineral sahaja. Tidak mengandungi fragrance. 100% Alcohol Free! So memang tidak berbau. Toner ini pun cepat meresap ke dalam kulit dan sangat menyegarkan muka apabila pakai. 

Review Simple Soothing Facial Toner

Pengalaman pakai toner ini sangat best! Tidak menyebabkan iritasi pada muka aku. Mungkin disebabkan kandungan bahan yang bebas alkohol dan fragrance. Selain itu memang rasa smooth je, liang pori pun semakin berkurang dan ada nampak kesan pencerahan pada muka selepas beberapa minggu menggunakan toner ini. 

Aku suka pakai toner ini sebab moisturiser aku lagi cepat meresap berbanding sebelum ini aku tak pakai toner langsung. Muka pun nampak lebih bersih, tidak terlalu kering dan tidak juga tegang semasa menggunakan toner. 

Memandangkan aku mempunyai kulit wajah yang berminyak, apa yang aku nampak muka aku tidak melekit dan berminyak selepas menggunakan moisturiser. 

Malah harga pun sangat berbaloi dengan botolnya yang besar. Senang nak cari toner ini sebab di mana-mana drugstore pun ada. Jadi memang mudah untuk didapati. 

Recommended

Aku memang cadangkan korang untuk mencuba produk ini. Mostly kepada korang yang mempunyai kulit berminyak dan sensitif. Kalau yang baru berjinak-jinak untuk menggunakan toner seperti aku, bolehlah cuba pakai Simple Soothing Facial Toner. 

Toner ini pun bagus untuk kegunaan harian. Cepat meresap, meyegarkan tidak merengsakan kulit. Sekiranya toner korang dah nak habis dan ingin mencuba something new, bolehlah cuba produk ini sebagai alternatif. So far memang bagus sangat.

Repurchase?

Definitely yes! Aku rasa macam tak nak dah tukar-tukar toner. Since I really have sensitive skin. 

(Disclaimer: This is not a paid/sponsored review. I bought all the products using my own money. Every skin is different. What works for me, might not work for you. This is just my personal experience)

Apa pendapat korang tentang Simple Soothing Facial Toner? Yay or Nay?


Assalamualaikum
Bismillah

Awal bulan lalu aku telah Habiskan RM50 di Watson untuk produk skincare sahaja. Jadi hari ini setelah beberapa minggu mencuba produk yang dibeli samada sesuai atau tidak. Mari baca review hasil daripada penggunaan produk yang tidak asing lagi iaitu Safi Balqis OxyWhite. 


Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite (100g)

Ada dua jenis saiz untuk pembersih muka ini iaitu 50g dan 100g. Untuk pembersih muka saiz 100g berharga RM12.45. Murah sahaja bah. OxyWhite adalah gabungan antara Nano Oxygen dengan Nono BioWhite. 

Nano Oxygen ini membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar kekal segar bermaya dan berseri. Manakala Nano BioWhite pula mengurangkan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna. 




Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite telah diuji secara dermatologi dengan teknologi Mikro-buih yang mewah bertindak untuk :
  • membersih jauh ke liang pori
  • menghilangkan kotoran dan sisa solekan
  • mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
  • sesuai untuk semua jenis kulit



Packaging

Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple and trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.

Dari segi reka bentuk pula berwarna gabungan putih, hijau dan biru dengan logo Oxygen nampak lebih kemas dan menarik. Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite direka dengan tube tidak terlalu kecil atau besar. Just sederhana gitu. 


Cara Penggunaan

Gosok pada tapak tangan dengan sedikit air sehingga berbiuh. Urut dengan lembut pada muka kemudian bilas. (Abaikan tangan aku yang berparut bekas kena cakar kucing hehe)


Review

Perkara pertama sekali yang aku akan lihat adakah pembersih muka ini banyak buih? hehe Kalau tak banyak buih memang dah kurang satu bintang dari aku. Aku suka sangat pembersih muka yang menghasilkan buih yang banyak macam Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite. Nampak kan dalam gambar tu banyak buih. Kalau banyak buih tak payah pakai banyak sangat pun. Jimat dan boleh pakai dengan lebih lama. Terbukti memang Mikro-Buih sangat lah.

Selain itu dari segi bau pula, Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite ini sangat wangi dan lembut. Rasa selesa dan nyaman kalau nak cuci muka. Apa yang best ia dapat membersih dengan mendalam liang pori dan menghilangkan sisa mekap korang. Aku tak pakai mekap pun tetapi memang boleh rasa perubahan pada wajah sebelum dan selepas cuci muka. 

Biasanya selepas membersihkan wajah aku akan biarkan sekejap sebelum nak apply apa-apa skincare. Kulit pun jadi lembap dan nampak lebih cerah. Sekiranya digunakan secara konsisten kulit pasti nampak lebih bersih dan cerah. 

Untuk pengetahuan korang, aku mempunyai kulit yang berminyak dan sensitif. Alhamdulillah sepanjang menggunakan produk ini selama 2 minggu tiada kesan sampingan seperti timbul jerawat atau breakout pun. 

Malah, adik aku sendiri yang berjerawat dan mempunyai bintik hitam tidak mempunyai sebarang masalah ketika menggunakan Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite. Jadi aku assume produk ini memang sesuai untuk semua jenis kulit. 

Repurchase?

Yes! Aku dah banyak kali beli produk SAFI. So far memang puas hati. Harga pun affordable. 


Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk watson, guardian, dan pasaraya utama. 

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari : 
Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY 
Instagram SAFI@safimalaysia 
Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia


Korang pernah cuba tak produk SAFI OXYWHITE? Apa pandangan korang? Best tak pakai SAFI?

(Disclaimer: This is not a paid/sponsored review. I bought all the products using my own money. Every skin is different. What works for me, might not work for you. This is just my personal experience)
Assalamualaikum
Bismillah

Aku sebenarnya dah lama nak kongsi tentang Cara Buat Ex Menyesal Tinggalkan Kita sebab selalu keywords ini yang keluar di blog aku. Jadi aku berbesar hati nak sharing pengalaman sendiri lah macam mana nak move on. 

Cara ini tidak semestinya berkesan untuk semua orang sebab proses untuk move on itu mengambil masa yang lama. Apatah lagi kalau hubungan itu dah bertahun-tahun. Kalau rasa tak sesuai boleh cari tips daripada orang lain. 



1. Jangan Hubungi


Biasanya apabila putus cinta ini kita rasa sedih sangat dan mencari sebab kenapa dia tinggalkan kita kan. So, we keep on calling, whatsapp, stalking, and begging. Tak boleh hidup tanpa dia. Dia sajalah yang kita sayang. Banyak memori yang kita bina bersama and so on. 

Jadi apa yang kita perlu buat? Jangan hubungi dia sama sekali. Buang contact dia. Dah dia nak putuskan hubungan kan. Dah dia tak sudi dengan kita. Buat apa diteruskan lagi hubungan dengan orang yang jelas dah buang kita? Move on sahaja lah. Any contact with him or her will hurt you even more. 

Kadang dia ingat apabila dia dah putuskan hubungan dengan kita dia rasa kita ini tak boleh hidup tanpa dia. Of course akan ambil masa untuk move on. Apatah lagi hubungan yang dah terbina bertahun. But you need to move forward and slowly forget it. 

Biar dia sendiri rasa menyesal. Kalau nak lagi cool, jawablah dengan penuh yakin "Dah lama saya tunggu peluang ni. Terima kasih banyak-banyak kerana telah memudahkan kerja saya."  Pasti dia akan sakit hati haha~

2. Jangan Jadikan Dirinya Sebagai Rakan


Sekiranya ada cebisan rasa sayang. Elakkan diri untuk berkawan dengan dia selepas break up. Sebab ia tidak akan berkesan. Ini adalah pengalaman aku sendiri. Apatah lagi kalau dah ada penganti. Kalau boleh janganlah contact lagi dengan ex dengan alasan "kami hanya berkawan sahaja". Ia akan merosakkan hubungan yang baru. 

Alasan untuk jadikan ex korang sebagai kawan akan menyukarkan diri sendiri untuk move on. Lagi-lagi kalau ex korang dah ada pengganti. Nanti diri sendiri yang akan sakit hati. 

3. Luangkan Lebih Banyak Masa Dengan Keluarga/Kawan


Kalau sebelum ini lebih banyak luangkan masa dengan kekasih. Apa kata luangkan masa dengan keluarga dan kawan-kawan. Kekasih boleh tukar ganti tetapi keluarga kita tiada siapa pun boleh ganti. Kalau sebelum ini asyik dating. Lepas break up tu cuba bercuti dengan keluarga ataupun kawan-kawan. 

Jangan duduk sendiri kerana ia akan menyebabkan anda teringat dengan kenangan lama. Luahkan dengan ibu bapa, adik-beradik mahupun kawan-kawan tentang kekecewaan yang dihadapi. Nikmatilah hidup sebagai seorang yang bergelar single dan bebas kerana tidak terikat dengan mana-mana hubungan. Apabila anda sihat dan bahagia ex pasti akan rasa menyesal haha~



4. Pulangkan Gambar/Hadiah 


Kalau boleh tak payahlah simpan benda yang boleh menyakitkan hati sendiri. Kita sedih dan meratapi hubungan yang tak pasti. Dia dah bahagia bersama orang lain. Pulangkan ja gambar atau hadiah yang ex pernah bagi. Jangan lupa selitkan sekali gambar lelaki kacak atau perempuan lawa. Pasti dia rasa menyesal sebab bukan dia sorang ja yang lelaki atau perempuan di dunia. Hehe~ 

5. Cuba Tampil Dengan Gaya Baru


Kalau sebelum ini anda seorang yang selekeh, cuba tampil lebih bergaya selepas putus hubungan. Pasti ex anda akan menyesal tinggalkan korang. Sebelum ini mungkin tak pernah bermekap, cuba belajar mekap. Tak payah lah mekap. 

Paling simple pun potong rambut ke, pakai baju yang tidak pernah korang dating dengan ex ke. Apabila kita ubah penampilan diri, ia akan membuatkan diri kita lebih berkeyakinan. Bagi yang muslim, gayakan penampilan yang menutup aurat ya. 

6. Remain Silent


Cara ini sangat berkesan dengan aku. Menyesal tau tinggalkan orang yang kita sayang. Sakit tu Tuhan ja yang tau. Syukurlah sebab masih disayang juga. When you just keep on silent. Tiada angin, tiada bunyi dia akan ingat bahawa kita telah kehilangan dia. 

Jadi sebaiknya biar dia fikir bahawa "kita telah kehilangan dia dan terima dengan hubungan yang diputuskan".  Let him or her experience the life without you. If it meant to be, pasti dia akan menyesal dan cari balik. 

Apabila korang hanya senyap, pasti ex akan fikir yang kita ini sebenarnya tidak peduli pun pasal dia dah. Biar dia tahu bahawa kita boleh hidup tanpa ex. 



7. Just Accept The Breakup And Move on


Terima sahaja kenyataan bahawa anda mungkin tiada jodoh dengan dia. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mula-mula memanglah payah. Aku pun dulu hari ini putus bukannya besok dah move on. Biar ex korang tahu bahawa anda telah cukup matang dan kuat untuk hadapi perkara seperti ini. 


Assalamualaikum
Bismillah

Baru-baru ini Mamapipie ada menganjurkan giveaway. Alhamdulillah aku menang blouse untuk giveaway tersebut. Walaupun giveaway yang lepas dah tamat, ada satu lagi giveaway yang dianjurkan oleh mamapipie dan kawan-kawannya yang mana hadiah tersebut adalah berupa wang tunai. So, marilah kita sama-sama memeriahkan giveaway ini. 

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends.

Giveaway Wang Tunai Mamapipie

Giveaway Wang Tunai RM 1000 Mamapipie & Friends

Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends


  1. Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai
  2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang.
  3. Tag 3 rakan 
  4. Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga
  5. Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang
  • Ibusyurga.blogspot.com 
  • Sukamakanjalan.blogspot.com 
  • www.dawaibesi.com
  • www.guamansyarie.com
  • https://nikmatterbaik.blogspot.com
  • http://www.mamapipie.com
Ini syarat wajib dan mama akan check satu.. satu.. Kalau tak patuhi syarat ni korang akn disqualified.

Mama galakkan korang rajin singgah dan komen blog penaja kerana hadiah utama akan dipilih sendiri oleh penaja. Mama pun tak pasti bagaimana cara mereka akan memilih pemenang nanti..

  • Digalakkan Follow Media Social Mama: Instagram FB Youtube Twitter FB Page
  • Last sekali, tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
  • Tarikh tutup giveaway adalah pada 29 Feb 2020 11.59 malam. 
  • Insya Allah, pemenang akan diumumkan pada 5 mac 2020

Hadiah Wang Tunai RM1000 - Senarai Hadiah

Wang tunai sejumlah RM 1000 akan dihadiahkan kepada 17 orang pemenang.. Banyak kan.. Alhamdulillah, Semoga murah rezeki penaja kita. Sama-sama kita doakan agar penaja-penaja kita sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang berkat, diberkati Allah dan bisnes sentiasa menjadi. Seramai 17 pemenang akan dipilih memenangi total RM1000 nanti. Pemenang hadiah utama akan dipilih sendiri oleh pihak penaja. Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi:

Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

1 x RM200

Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

2 x RM100

Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

14 x RM50


Korang boleh copy code html di bawah dan paste as html dalam blog post korang. Good luck semua!!


Aku tagged blogger : Beeha Azman | Blog Rabia Adawiyah | Umi Nazrah
Assalamualaikum
Bismillah

Ada dua cara untuk aku print gambar polaroid di rumah menggunakan printer sahaja. Gambar yang aku nak print ini aku dah siap edit semuanya. 

Ada banyak cara untuk korang edit gambar. Tidak semestinya menggunakan Canva sahaja. Korang boleh edit menggunakan microsoft word atau mana-mana apps di smartphone korang. 

Cuma yang paling penting sekali korang hanya perlu Glossy Paper dan Printer sahaja. Kalau boleh pakai printer yang jenis inkjet sebab kualiti gambar lebih baik dari printer laser. Cuma aku kan memang dah ada printer, jadi guna sahaja apa yang ada. 

Bahan yang aku gunakan untuk print gambar adalah :
  • Printer (Aku guna HP Deskjet 1515)
  • Glossy paper Brand Kodak (Photo glossy paper for Inkjet Prints) - Apa-apa brand pun okay je

Baca : Cara Edit Gambar Polaroid Menggunakan CANVA (step by step)


Cara 1 : Print gambar menggunakan Microsoft Word 



Seperti biasa buka Microsoft Word korang. Insert gambar yang dah kena edit. Korang boleh ubah brightness dan contras di bahagian format. Pilih Correction. 

Klik format untuk resize gambar polaroid korang. Dah puas hati, tekan print.


Bahagian ini senang je. Korang hanya print seperti biasa korang print assignment. Cuma pastikan korang dah set kepada photo paper. Kalau korang print guna plain paper kualiti gambar tak berapa baik. 

Cara 2 : Print gambar melalui images



Aku selalu guna cara kedua ini untuk print gambar polaroid. 

Apa yang korang perlu buat ialah buat satu folder baru untuk korang print gambar yang korang mahu. Pilih mana-mana gambar yang korang mahu print dan compile dalam folder tu.

Buka folder tersebut, klik (Ctrl+A) atau select all photo. Tekan Right Klik dan Print. 


Bahagian ini senang je nak adjust :

  • Printer : Pilih printer yang korang guna
  • Paper size : A4
  • Quality : Automatic
  • Paper type : Glossy paper/photo paper

Seterusnya korang nak print macam mana? 

  • Full page photo 
  • 13 x 18cm (2 keping)
  • 9 x 13 cm (4 keping)
  • 20 x 25cm (1 keping)
  • 10 x 15cm (2 keping)
  • wallet (9 keping)
  • contact sheet (35 keping)

Cara untuk tingkatkan kualiti gambar :

  • Gunakan kertas A4 untuk gambar seperti glossy paper atau matte paper
  • Print dengan cara yang betul. Adjust di bahagian setting terutama sekali bahagian paper size, quality dan paper type. 
  • Gunakan effect gambar yang lawa
  • Guna printer jenis inkjet (kalau takda guna je apa yang ada pun boleh)


Alhamdulillah, so far gambar yang aku print memang tahan lama. Yang penting tidak terdedah sangat dengan udara dan cuaca yang panas. Nak lagi bagus simpan dalam frame atau album. Selamat mencuba! 




Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku telah habiskan RM50 di Watson untuk produk skincare. Sebelum ini aku sama sekali  tidak mempunyai rutin penjagaan muka yang tetap. Setiap hari hanya pakai pembersih muka (face cleanser) sahaja. Hal ini kerana aku merasakan dengan hanya mencuci muka sahaja sudah cukup.

Selain itu aku memang tak mampu lah nak beli produk penjagaan kulit yang lain selain pencuci muka. Kalau aku beli macam suncreen, moisturizer, atau toner ke, mesti mama aku cakap "kenapa beli banyak betul? Pencuci muka sahaja kan dah cukup.." 

Mama aku memang tak tahu pun pasal skincare semua ni. Aku pun memang tak tahu juga mulanya sebab tu tak berapa nak peduli sangat. 


Kenal Pasti Masalah Kulit Muka 


Aku mula berjinak-jinak dengan produk skincare ini sebab aku mempunyai masalah sunburn dan whitehead & blackhead. Disebabkan masalah tersebut aku mula tulis beberapa review produk untuk mengatasi masalah kulit yang aku hadapi. 

Baca :
  • Review Guardian Aloe Vera Gel
  • Review Produk Untuk Hilangkan Blackhead & Whitehead


Sejak dari itu, aku mula membaca banyak review dan artikel berkenaan skincare. Akhirnya, aku pun mencuba untuk menetapkan rutin skincare asas sebagai permulaan. Dan kesannya memang sangat berbeza berbanding tidak mempunyai basic skincare routine langsung. 

Asas Penjagaan Muka 


Bagi yang tidak tahu langsung macam mana nak memulakan rutin penjagaan muka. Korang boleh mulakan dengan :

1. Pencuci muka (cleanser)
2. Moisturizer (pelembap)
3. Sunscreen/sunblock

Sebelum ini aku hanya pakai pencuci muka sahaja. Antara pencuci muka yang aku telah guna adalah Safi Balqis OxyWhite (Pembersih & Penyegar 2 Dalam 1). Aku belum buat review lagi pasal tu. 

Manakala untuk pelembap pula aku guna Syahirah Korean Secret Hydra Soft. Tetapi aku dah berhenti pakai sebab tidak sesuai dengan kulit aku yang berminyak dan sensitif. 

Dan suncreen yang pertama kali aku pakai adalah Biore UV Perfect Protect Milk. 

Aku ingatkan apabila dah ikut asas penjagaan muka ini dah cukup. Rupanya belum cukup. Sebab ada sesetengah produk itu tidak sesuai untuk aku. Ada juga produk yang tidak dapat selesaikan masalah kulit yang aku hadapi. 

Maka tidak hairan lah kalau perempuan kejap-kejap tukar produk skincare selagi tidak jumpa produk yang sesuai. Kalau nak teruskan juga dengan produk yang tidak sesuai nanti breakout pula. Selain itu, kemungkinan untuk masalah lain lagi yang akan muncul. 

Produk Penjagaan Muka Murah Bawah RM50

Bagi yang beginners macam aku ini susah sangat nak pilih mana produk yang bagus dan sesuai dengan kulit. Oleh sebab itulah aku mencuba untuk beli produk yang lebih murah dan mengikut kemampuan aku. 

Mari lihat apakah yang aku beli di Watson dengan hanya RM50 sahaja. 


PEMBERSIH MUKA
Safi Balqis OxyWhite (100g)
Harga : RM12.45

Ada dua jenis pencuci muka untuk Safi Balqis OxyWhite yang aku beli ini dengan Safi Balqis OxyWhite (Oil and acne control). Selain itu, ada juga Safi Balqis OxyWhite (Pembersih & Penyegar 2 Dalam 1). Cuma yang ini aku dah guna. Aku sengaja nak beli yang lain supaya senang nak pilih mana lagi sesuai dengan muka dan murah.  


UBAT GIGI SAFI 
(Double Mint) - 175g
(Free)

Sebab yang kedua aku beli ialah aku dapat percuma sekali ubat gigi Safi (Double Mint). Aku tak tahu berapa harga asal ubat gigi ini. Maaf ya~


PELEMBAP
Himalaya Intensive Moisturizing Cream (50ml)
Harga : RM15.82

Sejujurnya banyak pelembap yang tak sesuai dengan kulit aku. Kalau aku guna pelembap, muka aku berjerawat, whitehead/blackhead pula semakin banyak kadang kulit pula menjadi gatal. Disebabkan masalah begitu, aku cuba ganti pelembap dengan Serum The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%. 

Hasilnya sangatlah puas hati. Nanti aku tulis review pasal serum tu. Aku tak pasti serum ini sama atau tak dengan moisturizer. Jadi, aku cuba jugalah beli Himalaya Intensive Moisturizing Cream. Hopefully sesuailah. Nanti aku buat review pasal ini di entri aku yang akan datang okay. 


SUNCREEN
Biore UV Perfect Protect Milk (25ml)
Harga : RM15.30 

Suncreen ini adalah botol kedua aku beli. So far pakai suncreen ini memang best! Selain itu, suncreen ini antara yang paling murah berbanding yang lain. Jadi kalau nak cari yang bajet punya, boleh cuba Biore UV Perfect Protect Milk. 


Hado Labo Hydrating Lotion (30ml) 
Harga : RM10.53

Produk Hada Labo ini kebanyakkan mahal tetapi sesuai dengan saiz jugalah. Memandangkan aku tak pernah cuba lagi, jadi aku beli yang saiz kecil sahaja (30ml). Korang yang mahu mencuba produk ini sesuai untuk kulit atau tidak boleh beli saiz kecil dahulu. 

Kalau sesuai boleh beli yang saiz lebih besar punya (170ml). Harga dalam RM46 begitu. Korang boleh juga beli yang Hada Hydrating Trial Set (Wash-lotion-moisturize) punya. Anggaran harga dalam RM28 - 29 juga. 

Total kesemua produk yang dibeli ialah RM52.87. Ada lebih jugalah hehe~

Sebenarnya lagi jimat kalau beli Hada Hydrating Trial Set dengan suncreen sahaja. Tak sampai RM50 pun. Cuma aku memang nak cuba pelbagai brand. Kalau korang prefer lagi nak sama brand untuk rutin skincare korang pun okay je. Tengok jenis kulit jugalah.

Memandangkan aku baru beli jadi tak dapat lagi nak buat review. Hopefully produk yang dibeli ini okay. Kesemua produk yang dibeli ini boleh di dapati di watson, guardian dan supermaket yang berhampiran. 



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman Utama

VIEWS BLOG SINCE 2015

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

Catatan

  • ►  2021 (11)
    • ►  Januari 2021 (11)
  • ▼  2020 (162)
    • ►  Disember 2020 (19)
    • ►  November 2020 (16)
    • ►  Oktober 2020 (15)
    • ►  September 2020 (8)
    • ►  Ogos 2020 (8)
    • ►  Julai 2020 (6)
    • ►  Jun 2020 (11)
    • ►  Mei 2020 (26)
    • ►  April 2020 (21)
    • ►  Mac 2020 (16)
    • ▼  Februari 2020 (7)
      • Cara Dapatkan 1USD Adsense Setiap Hari
      • Review Simple Soothing Facial Toner
      • Review Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite
      • Cara Buat Ex Menyesal Tinggalkan Kita
      • Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends
      • Cara Print Gambar Polaroid
      • Habiskan RM50 di Watson
    • ►  Januari 2020 (9)
  • ►  2019 (121)
    • ►  Disember 2019 (11)
    • ►  November 2019 (10)
    • ►  Oktober 2019 (16)
    • ►  September 2019 (10)
    • ►  Ogos 2019 (16)
    • ►  Julai 2019 (20)
    • ►  Jun 2019 (11)
    • ►  Mei 2019 (13)
    • ►  April 2019 (3)
    • ►  Mac 2019 (6)
    • ►  Februari 2019 (4)
    • ►  Januari 2019 (1)
  • ►  2018 (78)
    • ►  Disember 2018 (2)
    • ►  Oktober 2018 (6)
    • ►  September 2018 (7)
    • ►  Ogos 2018 (2)
    • ►  Julai 2018 (7)
    • ►  Jun 2018 (5)
    • ►  Mei 2018 (9)
    • ►  April 2018 (12)
    • ►  Mac 2018 (10)
    • ►  Februari 2018 (7)
    • ►  Januari 2018 (11)
  • ►  2017 (49)
    • ►  Disember 2017 (5)
    • ►  November 2017 (2)
    • ►  Oktober 2017 (4)
    • ►  September 2017 (6)
    • ►  Ogos 2017 (9)
    • ►  Julai 2017 (4)
    • ►  Jun 2017 (10)
    • ►  Mei 2017 (2)
    • ►  April 2017 (4)
    • ►  Mac 2017 (1)
    • ►  Februari 2017 (1)
    • ►  Januari 2017 (1)

Followers

Labels

Advertorial Aktiviti Bermain Al-Quran & Surah Aplikasi Buat Duit ASB Berita Blogging Blogging Challenge Buku Cimb Clicks Covid-19 DIY Facebook Foodpanda Google Adsense Infomasi Innity Inspirasi Islam & Doa JOMPAY K-Clique Kecantikan kerjaya Kesihatan Kolaborasi KWSP Lagu Nasyid Lagu Sabahan Lirik Lagu Personal Poem & Quotes Printcious Psikologi PTPTN Resepi Resepi Biskut Raya Review Review Blog Sample Percuma Segmen & Giveaway Semakan Online SESB SGShop SPA8 SPA9 SPP Study SushiVid Tempat Makan Best Tempat Menarik di Malaysia Tempat Menarik di Sabah Tips & Tutorial Tips Cinta Tips Kahwin Tips Temuduga Traveloka
Dikuasakan oleh Blogger.

Follow by Email

POPULAR POSTS

  • Resepi Brownies Kedut Simple Sukatan Cawan
  • Cara Dapatkan Bank Statement CIMB Bank Melalui CIMBClicks
  • Daftar i-Akaun KWSP Melalui Email Untuk Semak Penyata KWSP
  • Blog Bertukar Domain | siinurul.com
  • Apa Kaitan Emosi Dengan Minda Bawah Sedar?

SPONSOR

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template