Terima Kasih Untuk 1,000,000 Pageviews

30
Assalamualaikum
Bismillah

Terima Kasih Untuk 1,000,000 Pageviews. 

Alhamdulillah, syukur kerana mempunyai pembaca dan rakan blogger yang baik hati serta banyak memberi sokongan jatuh bangun blog Sii Nurul ini. 

Penghargaan Untuk Insan Tersayang

Di kesempatan kali ini aku ingin ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada insan yang aku sayangi yang bergelar kekasih kerana dialah yang banyak menyokong kerjaya aku selama ini. Aku banyak kongsikan hobi aku dengan dia. 

Setelah memilih untuk memutuskan menjadi blogger sepenuh masa, aku sudah mula berkongsi dengan keluarga bahawa aku menjadikan blog sebagai medium untuk menjana pendapatan sampingan. Alhamdulillah, kedua ibu bapa aku menyokong dengan apa yang aku buat. Bahagia sebenarnya apabila apa yang kita lakukan direstui. 


Selain itu juga aku ingin ucapkan terima kasih buat rakan blogger yang banyak memberi dorongan dan sokongan. Banyak panduan aku peroleh hasil daripada pembacaan di blog rakan yang lain. Khususnya kepada Group Sabahan Blogger dan Bite Media Consultans

Tidak lupa juga kepada pembaca yang sudi singgah, komen dan follow blog ini. Tanpa pembaca blog ini tidak akan sampai ke tahap ini. I appreciated a lot! 

Tulislah Perkara Kebaikan

Pada mulanya aku menulis secara senyap-senyap. Nak post pun takut-takut dan rasa malu apatah lagi sekiranya orang yang dikenali mahupun keluarga yang terbaca blog ini. 

Tetapi semakin hari aku sedar apa yang nak dimalukan apabila kita kongsikan sesuatu yang boleh memberi panduan dan info kepada pembaca? 

Aku bukannya cerita perkara yang buruk pun. Aku bukannya mengumpat atau menyebar fitnah. 

Sekiranya aku tidak yakin dengan apa yang aku tulis macam mana orang nak baca tulisan aku kan? Andainya aku tidak suarakan apa yang aku fikir orang takkan tahu apa yang ada dalam fikiran aku kan? 

Sejak itu aku dah tak kisah apa pandangan orang lain terhadap blog ini. Biasalah, apabila kita menyatakan pendapat secara terbuka, ada yang menerima dengan baik. Tidak kurang ada juga yang mengecam. 

Apa yang paling utama sekali tulislah perkara yang baik-baik. Dengan nada yang baik. Gaya bahasa yang mudah difahami. Kerana yang baik itulah yang akan dicatat dan diperhitungkan di akhirat kelak. 

Jangan tulis sesuatu yang boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri. Apatah lagi mengaibkan keluarga serta orang lain. Bukan perkara yang baik sahaja akan dicatat, perkara yang burukjuga akan dicatat.

Hal ini demikian kerana apa yang kita tulis bukan kita sendiri sahaja yang baca. Melainkan korang privatekan untuk bacaan diri sendiri sahaja lah. 

Jadi sebelum publish. Baca sekali lagi, adakah aku tulis ini baik atau buruk? 

Teruskan Menyokong Blog Sii Nurul

Akhir kata, teruskan menyokong blog ini. 

Andai korang ada terbaca entri yang boleh menyinggung mana-mana pihak ataupun mungkin ada artikel yang aku lupa untuk kreditkan ke penulis asal silalah email ke nurulatikayunus23@gmail.com

Aku juga insan biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Kalau korang tak tegur aku mungkin tak tahu. 


Tags

Catat Ulasan

30Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Tahniah ! Memang terbaik sis. Moga terus istiqamah berkongsi ya. Hawa baru nak bertatih ni. Heee..

    BalasPadam
  2. tahniahhh... sisyat baruu nak belajar menulis..hehe

    BalasPadam
  3. congrats! Your effort is being paid off.. ! hehe..

    BalasPadam
  4. Tahniah Nurul, semoga terus dimurahkan rezeki dan sukses berblog ... Kak Pip tahun ni mungkin akan slow down berblog, Dan tq juga Nurul selalu singgah baca blog kak pip.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Pip.. InsyaAllah.. Semoga sukses juga kak..

      Padam
  5. wahhh so inspiring. keep on being awesome !!

    BalasPadam
  6. Mantul nurul. Saya lambat lagi ni. Masih terkedek2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru belajar juga nie.. Semoga sukses juga buat Aiman

      Padam
  7. Tahniah blogger nurul..teruskan perjuangan dgn berblog

    BalasPadam
  8. Tahniah sis..selalu follow blog sis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks for follow .. baru ja blogwalking blog sis ^^

      Padam
  9. Mantap Nurul! Teruskan berkarya.. Asyraf masih jauh lagi ni

    BalasPadam
  10. Tahniah .... happy dapat baca perkongsian ini....

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !