Review Pencuci Muka OXY Anti-Blackhead

20
Assalamualaikum
Bismillah

Asal nampak aku review produk skincare mesti berkaitan dengan blackhead dan whitehead kan? Nampak sangat yang aku annoying dengan blackhead ni. Aku kalau pergi watson je memang lebih tertumpu kepada produk yang berkaitan dengan blackhead dan whitehead. 

Aku dah banyak cuba pelbagai jenis produk untuk mengurangkan bintik hitam. Boleh baca Review Produk Untuk Hilangkan Blackhead & Whitehead

Tetapi hari ini aku ingin membuat Review Pencuci Muka OXY Anti-Blackhead setelah aku menggunakan produk ini sehingga habis. Aku kalau dah beli satu produk tu memang akan pakai habis as long produk tu tolerate dengan kulit aku. 

Berkesan atau tidak produk OXY ini untuk mengurangkan bintik hitam pada muka aku? Mari baca review ini. 

pencuci-muka-oxy-untuk-jerawat

OXY Anti-Blackhead Wash

Apabila sebut saja jenama OXY pasti korang teringat tentang masalah jerawat kan? Hah.. kali ini OXY mengeluarkan produk yang boleh mengurangkan bintik hitam pula. Menarik bukan? Siapalah yang tak nak cuba produk ini terutama sekali kepada mereka yang mempunyai masalah bintik hitam macam aku. 

Pencuci muka OXY Anti-Blackhead ini dirumuskan dengan ramuan yang kaya dengan mineral gunung berapi yang mana boleh bertindak untuk mengekalkan kulit wajah kita agar lebih bersih dan bebas daripada bintik hitam iaitu dengan :
  • membersihkan liang pori dengan mendalam 
  • bebas minyak dan kotoran pada muka
  • mencegah pembentukkan bintik hitam dan jerawat
  • mengawal rembesan sebum
  • penghidratan yang lebih berpanjangan

Kandungan Bahan

Water, Glycerin, Palmitic Acid, Propylene Glycol, Stearic Acid, Myristic Acid, Potassium Hydroxide, Disodium Cocyl Glutamate / Water, Peg-2 Stearate Se, Lauric Acid, Titanium Dioxide, Glyceryl Stearate / Peg-100 Stearate, Polyquaternium-63 / Water, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Polyglyceryl-10 Decaoleate, Alcohol, Menthol, Kaolin, Fragrance, Zinc Pca, Dipotassium Glycyrrhizate, Methylisothiazolinone (10%) / Water, Disodium Edta, Glycerin / Butylene Glycol / Water / Hammamelia Virginiana (Witch Hazel) Leaf Extract, Butyl Avocadate, Butylene Glycol / Enantia Chlorantha Bark Extract / Oleanolic Acid, Rhodochrosite Extract, Lecithin / Alcohol / Water, Water / Lens Esculenta (Lentil) Fruit Extract, Stearic Acid / Disteardimonium Hectorite.

OXY Anti-Blackhead Wash mempunyai kandungan yang dirumus dengan fungsi-fungsi serta bahan  aktif seperti :
  • Formula dengan mineral gunung berapi - pembersihan liang pori untuk minyak yang berlebihan dan kotoran yang terperangkap.
  • Ekstrak Evermat - mengecilkan liang pori untuk mencegah pertumbuhan bintik hitam
  • Ekstrak Pir Avokado - mengawal sebum dan menghalang pembentukan minyak serta kotoran
  • Air Nano Glasier dari Switzerland - mengekalkan kelembapan kulit agar lebih segar, lembut dan tidak kering.

Cara Penggunaan

Cara menggunakan pencuci muka ini mudah sahaja. Boleh digunakan sebagai rutin skincare harian korang. Cuci di seluruh bahagian muka. Bilas sehingga bersih.

Packaging

Pencuci Muka OXY Anti-Blackhead dilihat menarik dengan tube bewarna putih dan pinky-black gitu. Terdapat dua saiz iaitu 50g berharga RM8.50 dan 100g dengan harga RM13.90. Aku beli yang saiz kecil punya sebagai permulaan. 

Review Pencuci Muka OXY Anti-Blackhead

Kali pertama aku menggunakan pencuci muka ini aku memang suka sangat kerana ia dapat mengurangkan minyak dan kotoran pada muka. Tekstur berbentuk krim putih dan pekat. Sekali pakai kat muka ada sedikit bau charcoal. Mungkin disebabkan kandungan mineral gunung berapi tetapi tidaklah terlalu kuat baunya. 

Memandangkan aku mempunyai kulit wajah yang berminyak, so produk ini sangat sesuai buat aku. Namun apa yang mengecewakan ia tidak dapat mengurangkan blackhead pun. Jadi aku assume produk ini hanya sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. 

Sepanjang aku menggunakan produk ini tiada juga masalah seperti kegatalan atau jerawat naik ke. InsyaAllah produk ini selamat untuk kulit mereka yang mempunyai kulit sensitif. Jadi disebabkan dah terlanjur beli, aku guna saja produk ini sampai habis. 

Repurchase?

Memandangkan produk ini tidak membantu mengurangkan blackhead pada muka aku, jadi aku tidak beli dah. Sebab fokus aku adalah untuk menghilangkan bintik hitam. Hasilnya tidaklah mengecewakan sangat kerana sesuai juga untuk kulit berminyak. Sekiranya korang berminat untuk mencuba OXY Anti-Blackhead Wash, korang boleh dapatkan di semua farmasi terkemuka dan pasar raya utama seluruh negara. 
Apa pendapat korang? Pernah cuba tak produk OXY?

(Disclaimer: This is not a paid/sponsored review. I bought all the products using my own money. Every skin is different. What works for me, might not work for you. This is just my personal experience)

Tags

Catat Ulasan

20Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Cuba produk lain lagi Nurul, byk pilihan kat Watson's / guardian ... Hope jumpa yang betul berkesan utk Nurul.

    BalasPadam
  2. i've never tried oxy punye cleanser but gel utk scar pernah hehe

    BalasPadam
  3. Dulu saya pakai oxy pastu stop sekejap sebab pakai product lain but I must say, Oxy kalau kena dengan kulit, memang berkesan and sangat bagus.

    BalasPadam
  4. Ni MMA.kena pakai ni.. byk blackheads

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pun byak blackhead kak.. tp produk nie kurg sesuai

      Padam
  5. Macam-macam produk ada sekarang, nak kena cari yang sesuai dengan muka.

    BalasPadam
  6. Tak pernah try other Oxy range except cream untuk jerawat tu. But tu pun too drying so takut dah nak try yang lain.

    BalasPadam
  7. sy pernah try oxy yg utk acne tu je & mmg berkesan. tapi tu lah kdg2 mmg tak kena dgn kulit kita kan. kena try produk lain agaknye tu hehe

    BalasPadam
  8. macam pernah aku nampak oxy ini, rasanya bini ku ada pakai benda ini.mmmmm....

    orang sabah bah kita ini kan. Ums lagi tu, sama lah kita, kos lain lah, cuma satu bangunan hehehe....

    Salam kenalan dari saya, oohsenyum.com.

    Saya dah follow blog ini.

    Nak tanya awak ini, kalau awak berminat,

    sudi tak bertukar link blog dengan saya

    (bloglist) insy Allah akan bertambah trafik

    di blog awak. Kalau awak sudi beritahu ye.

    comment je kat mana-mana post blog saya

    https://www.oohsenyum.com/

    saya tunggu tau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha yeaa ...sy alumni ums
      sy sudah follow blog oohsenyum :)

      Padam
  9. aida x pernah guna ni.
    tapi pernah beli utk anak dara aida.
    sebab masa tu dia ada problem jerawat.
    tapi jap je, sebab dia x brape sesuai, nurul.

    BalasPadam
  10. berapa ph dalam cleanser anti blackhead ni?

    BalasPadam
  11. saya pernah pakai banyak kali dah beli menjadi je bersih muka balik sch muka x berminyak langsung pastu makin cerah muka pastu sbb terikut kawan, gi main tukar" product dah berbls jnis pkai.oxy mmg best !

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !