Terima Kasih Wayne Harraz, Iklan Adsense Dah Muncul di Blog

18
Assalamualaikum
Bismillah

Beberapa minggu yang lalu, Iklan Google Adsense Tidak Muncul Di Blog. Aku menulis blog pun jadi macam kurang motivasi sikit huhu. Dah cuba pelbagai tips tetapi tetap tak keluar iklan adsense tu. 

Aku taklah rasa macam tekanan sebelum ini sebab dulu aku tulis blog tu tak kisah pun iklan ada atau takda, income ada atau takda. 

Tetapi apabila aku dah buat keputusan untuk berblog dengan lebih serius aku rasa terkesan dengan ketidakhadiran iklan kat blog aku tu kerana income mostly datang daripada adsense. Dalam erti kata lain, aku nak jadi blogger sepenuh masa. 


Walaupun iklan takda aku gigihkan diri juga untuk tulis blog sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Mungkin ini ujian aku yang baru nak berjinak-jinak dengan blog. Kalau nak jadi blogger sepenuh masa apapun kemungkinan boleh berlaku termasuklah iklan kat blog hilang tiba-tiba. 

Okay, pendekkan cerita aku pun tanya dan minta bantuan beberapa rakan blogger untuk selesaikan masalah yang aku hadapi. Terima kasih diucapkan kepada sahabat Sabahan Blogger iaitu Mrs Pip yang cadangkan kepada aku untuk bertanya kepada Wayne Harraz, pakar Google Adsense.

Sejujurnya aku malu nak mengaku yang aku tak kenal Wayne Harraz ni pada mulanya. Dah lah tak kenal tiba-tiba ja email minta bantuan pasal adsense. Aduhh~ malu weii... Sabo ja lah. 

Malu bertanya memang tak selesailah masalah ini. Alhamdulillah, dengan pertolongan Wayne Harraz akhirnya iklan adsense dah kembali muncul kat blog. 

Buat pengetahuan korang yang baru kenal Wayne Hazrraz (macam aku), Abe We ini orangnya sangat peramah dan banyak tahu berkenaan adsense. Boleh dikatakan pakarlah dalam adsense. 

Bagi yang belum follow, boleh follow :

Blog Wayne Harrazhttp://www.wayneharraz.com/
Twitter : https://twitter.com/wayneharraz
Instagram : https://instagram.com/wayne_harraz

Selain bantu untuk selesaikan masalah yang aku hadapi tu, Abe We juga ada bagi tips dan pesanan penting berkenaan blogging. Antaranya ialah kena rajin update blog, tukar domain, dan target cashout adsense setiap 6 bulan. InsyaAllah, semuanya dalam perancangan. 

Terima kasih sekali lagi kepada Wayne Harraz kerana sudi bantu dan luangkan masa dengan aku untuk selesaikan masalah adsense ini walaupun pun ada banyak perkara lagi yang perlu diutamakan. 

Terima kasih tidak terhingga juga buat sahabat blogger yang lain atas keprihatinan dan cadangan yang diberikan. 

Terasa kerdil sebab rupanya ramai lagi blogger yang aku belum kenal. Boleh letakkan link blog kat bawah untuk aku follow okay. 


Catat Ulasan

18Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Balasan
    1. Terima kasih .. InsyaAllah semoga dimurahkan rezeki selalu..

      Padam
  2. Alhamdulillah dah dapat semula iklan adsense.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..
      Sangat berterima kasih dgn Wayne Harraz..

      Padam
  3. tahniah...selama menjana income

    BalasPadam
  4. kakak mau tahu lah, camana iklan adsense tu boleh bagi kita income?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena apply adsense dulu kak, dah berjaya baru dapat pasang iklan.
      Slalunya tgok brapa byak org klik iklan tu. Alhamdulillah setakat ini rate dapat 0.20 - 0.50 usd sehari.. cukup 100usd baru cashout. InsyaAllah..

      Padam
  5. tahniah.. boleh la jana duit tepi :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. InsyaAllah semoga dimurahkan rezeki buat Hayati juga ^^

      Padam
  6. tahniah kak nnti click lah iklan kt blog rabia ye

    BalasPadam
  7. Tahniah.. yah kah.. Wayne mmg power. Dia juga tlg mama aritu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. syukur Wyne sudi bagi tunjuk ajar .. Apapun tahniah juga kak dah lulus adsense ^^

      Padam
  8. Bila saya baca post ni baru saya perasan yang ads saya pun dah hilang dari blog. Hanya available masa view dari mobile je. Boleh ajar saya macam mana nak dapatkan semula ads di blog? Saya tekan link ke Wayne Harraz tu dah tiada link nya. Harap dapat membantu. Terima kasih.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !