Terima Kasih Wayne Harraz, Iklan Adsense Dah Muncul di Blog

Assalamualaikum
Bismillah

Beberapa minggu yang lalu, Iklan Google Adsense Tidak Muncul Di Blog. Aku menulis blog pun jadi macam kurang motivasi sikit huhu. Dah cuba pelbagai tips tetapi tetap tak keluar iklan adsense tu. 

Aku taklah rasa macam tekanan sebelum ini sebab dulu aku tulis blog tu tak kisah pun iklan ada atau takda, income ada atau takda. 

Tetapi apabila aku dah buat keputusan untuk berblog dengan lebih serius aku rasa terkesan dengan ketidakhadiran iklan kat blog aku tu kerana income mostly datang daripada adsense. Dalam erti kata lain, aku nak jadi blogger sepenuh masa. 


Walaupun iklan takda aku gigihkan diri juga untuk tulis blog sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Mungkin ini ujian aku yang baru nak berjinak-jinak dengan blog. Kalau nak jadi blogger sepenuh masa apapun kemungkinan boleh berlaku termasuklah iklan kat blog hilang tiba-tiba. 

Okay, pendekkan cerita aku pun tanya dan minta bantuan beberapa rakan blogger untuk selesaikan masalah yang aku hadapi. Terima kasih diucapkan kepada sahabat Sabahan Blogger iaitu Mrs Pip yang cadangkan kepada aku untuk bertanya kepada Wayne Harraz, pakar Google Adsense.

Sejujurnya aku malu nak mengaku yang aku tak kenal Wayne Harraz ni pada mulanya. Dah lah tak kenal tiba-tiba ja email minta bantuan pasal adsense. Aduhh~ malu weii... Sabo ja lah. 

Malu bertanya memang tak selesailah masalah ini. Alhamdulillah, dengan pertolongan Wayne Harraz akhirnya iklan adsense dah kembali muncul kat blog. 

Buat pengetahuan korang yang baru kenal Wayne Hazrraz (macam aku), Abe We ini orangnya sangat peramah dan banyak tahu berkenaan adsense. Boleh dikatakan pakarlah dalam adsense. Kalau nak tahu lebih banyak lagi tentang adsense boleh rujuk kat Tips Google Adsense.

Bagi yang belum follow, boleh follow :

Blog Wayne Harrazhttp://www.wayneharraz.com/
Twitter : https://twitter.com/wayneharraz
Instagram : https://instagram.com/wayne_harraz

Selain bantu untuk selesaikan masalah yang aku hadapi tu, Abe We juga ada bagi tips dan pesanan penting berkenaan blogging. Antaranya ialah kena rajin update blog, tukar domain, dan target cashout adsense setiap 6 bulan. InsyaAllah, semuanya dalam perancangan. 

Terima kasih sekali lagi kepada Wayne Harraz kerana sudi bantu dan luangkan masa dengan aku untuk selesaikan masalah adsense ini walaupun pun ada banyak perkara lagi yang perlu diutamakan. 

Terima kasih tidak terhingga juga buat sahabat blogger yang lain atas keprihatinan dan cadangan yang diberikan. 

Terasa kerdil sebab rupanya ramai lagi blogger yang aku belum kenal. Boleh letakkan link blog kat bawah untuk aku follow okay.