Menganggur Itu Bukan Sesuatu Yang Hina

Assalamualaikum
Bismillah

Orang lain mungkin 2 bulan mengganggur tak tahan duduk kat rumah takda kerja. Aku pula di sini menulis blog masih belum mempunyai pekerjaan. Dalam erti kata lain orang kata menganggur. 

Pada pendapat peribadi aku sendiri, aku bukan menganggur sebenarnya sebab menulis blog pun boleh dapat income cuma tidaklah dapat income solid (tetap) macam orang lain.

menulis blog

Sekurang-kurangnya aku usaha juga nak cari pendapatan sampingan dengan blog. Jangan kata blogger tak boleh buat duit tau. Ingat nak cari idea menulis tu senang ke? Kalau menulis tu senang dah ramai rasanya para graduan yang menganggur tu buat blog. 

Ada orang kata, sekarang ini tak boleh memilih kerja sangat. Alasan memilih kerja itu sebenarnya sudah lapuk. Mungkin ada sesetengah graduan yang masih memilih kerja tetapi lebih ramai lagi yang bekerja tidak setimpal dengan kelayakkan mereka. 

Semua orang tak kiralah berpendidikan tinggi atau tidak pasti mahukan pekerjaan yang baik. Cuma rezeki itu cepat atau lambat sahaja. 

Apapun pekerjaan yang kita lakukan samada blogger, youtuber, tukang sapu, pekerja buruh, doktor dan sebagainya itu asalkan menghasilkan pendapatan yang halal adalah baik. Selagi mana apa yang kita buat itu tidak melanggar undang-undang dan haram di sisi agama maka teruskan saja. 

Peduli apa yang orang kata. Orang tidak tahu pun apa masalah kita. Orang tidak tahu pun kesusahan kita. Yang dipandang apabila kita sudah senang, sudah berpangkat atau kaya.