Ciri-Ciri Personaliti Orang Yang Lahir Bulan Jun

13
Assalamualaikum
Bismillah

Ciri-ciri personaliti orang yang lahir bulan Jun ini tidak semestinya betul dan tepat pada seseorang. Hanya sekadar perkongsian. 


Sifat-sifat positif orang lahir bulan Jun

  • Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
  • Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
  • Suka buat lawak dan bergurau 
  • Otaknya cerdas berangan-angan
  • Mudah berkawan dan pandai berkawan
  • Orang yang sangat tertib
  • Pandai mempamerkan sikap
  • Suka berkemas
  • berfikiran jauh & berwawasan
  • mudah ditawan kerana sikap baik
  • berperangai yang lemah lembut

Sifat-sifat Negatif Orang Lahir Bulan Jun

  • Bersikap sensitif 
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera 
  • Bersikap suka bertangguh
  • Cepat marah dan cepat sejuk
  • Mudah kecil hati
  • Mudah kena selsema
  • Cepat rasa bosan 
  • Sikap terlalu memilih dan cerewet
  • Kurang mempamerkan perasaan
  • Lambat nak sembuh apabila terluka hati 
  • Suka kepada barang yang berjenama
  • Kedegilan yang tidak terkawal
Sumber : aynorablogs

Pendapat Peribadi 

Dari segi sifat positif itu tidak semua yang ada pada aku. Misalnya suka buat lawak dan bergurau. Boleh jugalah bergurau tapi tak lawak. Berwawasan dan berfikiran jauh tu.. hmmm banyak angan-angan kot. Nak buat itu ini dan banyak lagi last-last tak jadi buat. 

Manakala kalau lihat dari sudut negatif tu banyak yang kena dengan diri sendiri. Aku tak berapa sensitif sangat tetapi memang seorang yang cepat marah dan cepat reda kemarahan. Hari ini marah, 5 minit kemudian okay dah. Cepat bosan, moody, mood swing tu memang kena sangatlah. Aku cepat bosan dengan rutin yang berulang-ulang. Suka buat sesuatu yang luar dari kebiasaan. 

Sikap terlalu memilih dan cerewet ini pun ada juga. Aku paling cerewet sekali apabila nak makan. Makan seafood tak boleh, makan terlalu pedas, manis, masam dan masin pun aku tak suka juga. Degil tu memang personaliti yang ada dalam diri aku juga, 

I'm type of person yang makin dilarang, makin dibuat. Bukan buat benda tak baik lah. Contohnya, dulu aku selalu berhadapan dengan orang yang kata "tak payahlah sambung study, kerja lagi bagus". Then aku pun ambil keputusan sambung study haha~ 

Suka barang berjenama tu sangatlah tak padan dengan diri aku kot. Mungkin sebab aku dari dulu dah terbiasa hidup susah, so aku tak terlalu suka barang yang trendy gitu. 

Siapa yang lahir bulan JUN? Ada tak ciri-ciri personaliti ini dalam diri korang?


Tags

Catat Ulasan

13Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Whoaaaaa... Saya ade member bulan June, hampir sama gak !
    Hihi..saya baby March ~

    BalasPadam
  2. mmg banyak yg sama tapi ade jugak yg tak same... hihi

    BalasPadam
  3. Boleh jadikan rujukan untuk soulmate yang lahit bulan Jun hihi

    BalasPadam
  4. Ciri2 Jun ni mmg sma la.. Bab lawak tu tak buat mcm org cari mkn kena cari idea nk bg org gelak, June ni rsanya lbh secara spontan..

    BalasPadam
  5. Iya ada...terlalu sensitif..merajuk tapi tak lama...berwawasan semestinya..satu yg istimewa suka tolong orang..dan sabar dlm apa jua keadaan

    BalasPadam
  6. hampir semua yg positif tu sama. yg negatif tu semua sma.🤣🤣🤣

    BalasPadam
  7. betul tu, saya ni selesema tak henti2

    BalasPadam
  8. Kebanyakan sifat ada yang sama .Tetapi, ada yang tidak betul.Pasal berkawan, saya ni introvert. Suka berkemas tu tak selalu pun.kalau tertib dan lemah lembut tu memang tiadalah sebab saya ni kadang2 buat benda menggelabah pula.Dari segi negatif, aku ni x suka lengahkan kerja kalau buat macam tu mampuslah. Degil x terkawal tu ada tempatnya because I have my own perception about something that is good.kalau pasal beli belah ni pula, aku x terfikir pla pasal beli barang berjenama ni selalunya aku beli saja apa yang patut x kisah berjenama atau x.

    BalasPadam
  9. hahaha kita juni, kita geng!!
    high 5 sket....
    tp part suka brg branded tu mcm kurang tepat kan ahaha..

    yg lelain so far kebanyakkan nya mmg betul :D

    BalasPadam
  10. Atok ada anak lahir bulan Jun, alim la atok pun kene tegur.hihi

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !