5 Tips Temuduga Yang Kerap Diabaikan



Assalamulaikum
Bismillah

Kesalahan kecil dalam proses menemuduga akan menyumbang kepada kegagalan untuk mendapatkan pekerjaan. Dalam pasaran kerja semasa, kita perlu bijak untuk mengambil peluang dalam persaingan kerja, salah satunya adalah ketika menghadiri temuduga.

Oleh itu, sebelum berhadapan dengan panel ataupun majikan, periksa 10 tips temuduga yang kerap diabaikan.


1. Buat Kajian

Pertama sekali kesalahan yang selalu diabaikan oleh calon temuduga adalah kurang membuat kajian terhadap syarikat yang bakal kita duduki serta mempelajari selok-beloknya.

Kajian yang perlu dilakukan adalah seperti jenis perkhidmatan yang ditawarkan, produk, target pelanggan dan pesaing kerana ia bakal memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada calon sebelum menghadiri mana-mana temuduga.

Lebih banyak perkara yang diketahui tentang syarikat, maka lebih besar peluang calon untuk "menjual diri" semasa temuduga.

2. Pemerhatian Teliti

Plih pakaina yang bersesuaian untuk dipakai semasa temuduga. Tunjukkan betapa serius calon hendak berkhidmat di syarikat tersebut kerana penampilan menampilkan keyakinan seseorang calon. Pastikan pakaian yang dipakai diseterika, tidak berkedut mahupun koyak. 



3. Bersiap Sedia

Calon perlu bersiap sedia dengan fail yang mengandungi resume, salinan rujukan dan kertas untuk mencatat nota. Sediakan beberapa soalan untuk ditanyakan pada akhir sesi temuduga. Sertakan senarai semak pada kertas kecil untuk semakan akhir sebelum temuduga berlangsung.

4. Tepati Masa

First impression is really important. Korbankan masa untuk datang lebih awal ke temuduga kerana kita tidak tahu halangan yang mungkin berlaku ketika hendak menghadari temuduga.

Misalnya, calon berkemungkinan untuk tersesat semasa mencari lokasi temuduga, ataupun berlaku kemalangan jalan raya yang menyebabkan kesesakan lalu lintas. Oleh itu, ambil inisiatif untuk datang lebih awal dan tepat pada masa. 

5. Tunjukan Minat 

Tampilkan minat untuk mendapatkan posisi yang ditawarkan menerusi segenap aspek. Bersalaman dengan erat dengan temuduga dan tunjukkan “eye contact” untuk menzahirkan keyakinan. Berucaplah dengan nada yang yakin walau pun sebenarnya anda ada sedikit rasa gementar.

Kesimpulannya...

Penting untuk anda yakin dan tenang dalam sesi temuduga. Satu perkara yang patut ada ialah bersedia dengan sebaik-baiknya yang mungkin mengikut kemampuan anda. 


6 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama