Assalamualaikum
Bismillah
Perkataan yang masyarakat kita paling suka adalah "CUTI". Tak kisahlah cuti apapun. Cuti musim perayaan, cuti sekolah, cuti hujung minggu asalkan "CUTI". Bagi siswa dan siswi pula of courselah "Cuti Semester" tu yang dinanti-nantikan.
Perasaan apabila berada di kampung halaman ataupun di rumah memang best tetapi paling tak best juga apabila kita terpaksa melangkah meninggalkan rumah ataupun kampung halaman.
Bismillah
Perkataan yang masyarakat kita paling suka adalah "CUTI". Tak kisahlah cuti apapun. Cuti musim perayaan, cuti sekolah, cuti hujung minggu asalkan "CUTI". Bagi siswa dan siswi pula of courselah "Cuti Semester" tu yang dinanti-nantikan.
Perasaan apabila berada di kampung halaman ataupun di rumah memang best tetapi paling tak best juga apabila kita terpaksa melangkah meninggalkan rumah ataupun kampung halaman.
Ada 3 Perasaan Yang Akan Kau Rasa Bila Habis Cuti Semester
1. Kita rasa cuti cepat sangat habis
Yang ini setiap semester mesti akan terasa punyalah. Walaupun cuti semester 3 bulan pun tetap tak cukup. HAHAHA. Sebanyak manapun cuti yang diberi tetap tidak akan merasa puas duduk kat kampung ataupun di rumah. Masa berlalu terlalu pantas. Sedar tak sedar cuti pun dah habis.
Padahal di rumah tak buat apapun. Hahaha~ Sesiapa yang tak tahu nak buat apa time cuti tu bolehlah usha >>Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Cuti Semester<< Biasanya kalau kampung halaman yang jauh dari rumah tu memang tak puaslah. Lagi-lagi yang pelajar yang belajar kat negeri orang. Huhu~
2. Sedih sebab bukan hanya kampung yang ditinggal, tetapi ibu bapa juga
Sebenarnya bukannya rumah yang membuatkan kita berat hati nak tinggalkan kampung halaman. Tetapi ibu bapa dan juga adik-adik kat rumah tu yang kita rasa berat hati nak habiskan cuti. Sometimes, balik rumah pun sebab nak tatap ibu bapa je. Bercerita dengan adik-adik. Untunglah kalau rumah dekat dengan tempat kerja atau tempat belajar. Hari-hari boleh balik rumah.
3. Dah tak dapat rasa masakan ibu
Yang nie sebak tak terkata. Life at Universiti nie asyik maggi ja. Sekali sekala ja dapat makan sedap-sedap. Dengan harga makanan kat kafe yang mahal memang rindu teruslah masakan mak. Apapun aku bersyukur juga sebab tak tinggal kat hostel. At least aku boleh jimat dari segi makanan dan minuman sebab boleh masak sendiri kat rumah sewa. Kalau ada student yang akhir tahun tak dapat kediaman/hostel boleh ikuti >>5 Tips Memilih Bilik/Rumah Sewa Untuk Pelajar Universiti<<
Itu sajalah perkongsian perasaan bila habis cuti nie. Kalau ada sesiapa >>Terima Tawaran Ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) Walaupun Terpaksa<< Aku nak ucapkan tahniah dan selamat datang ke UMS.
Tags
Personal
Kalau cuti memang cepat je habis kan. Kalau belajar pulak, rasa lamanya la hai. Hihi. Selamat kembali belajar ye Nurul :)
BalasPadamYea Kak Siqah.. hahaha kalau dah masuk sem mesti ternanti2 bilalah nak cuti balik hahaha
PadamHihi bukan setakat cuti belajar jea, cuti untuk orang yang bekerja pun habis jugak..anyway selamat menyambung kembali pembelajaran Sii Nurul😉...
BalasPadamhahaha betul tue.. kalau dah start keja mmg itu sajalah rutin hariannya. dgn menghadap trafik hari2.. huhu terima kasih kak shikin ^^ ~Selamat bekerja juga
PadamHihi bukan setakat cuti belajar jea, cuti untuk orang yang bekerja pun habis jugak..anyway selamat menyambung kembali pembelajaran Sii Nurul😉...
BalasPadamKalau cuti semesti ni diisi dengan sebaik yang mungkin memang rasa sekejap je habisnya .
BalasPadamJemput ke entri CCL
http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2017/08/rezeki-top-commentor-blogger-shikin.html
yup betul tue.. lau manfaatkan masa time cuti mmg tak terasa ~
Padamsejak masuk degree ni, cuti ke tak cuti rasa sama je. sebab still tak boleh balik. huhuhuhu
BalasPadamenjoy ur moment sii nurul! :)
Huhu sedihnyaaa.. nie mesti stay jauh kan..
PadamTak apa, Insya'Allah hopefully dipermudahkan Sofie utk balik :)
Hahaha tang no 1 tu memang. Penghujung cuti tu mula lah rasa macam tak sempat nak buat itu ini, rasa kejap je cuti padahaaal berbulan mereput kat rumah je. hahaha
BalasPadamHahhaha tue lah.. adehh..
PadamCuti mmg tak pernah cukup haha xD
all the best semua!
BalasPadamHeheh
PadamThanks kak Ninie
assalammualaikum =D lama xpegi sni sejak offline blog =D rindu blogwalking. btw semoga nurul sihat slalu amin ya rabb =D salam jumaat dan salam kemerdekaan =D gitewww
BalasPadamWalaikumsalam Kak Jun.. haha yeaa.. lama akak nda update blog
PadamTp x apa bhaa.. ada juga group Sabahan blog kan hehe~
Hai nurul... bila visit blog nurul, eh template baru ..lepas tu perasan mcm kenal ja siapa yg design blog ni ... bila scroll2 eh, betullah sishawa ...
BalasPadamYeah ... cute template ni kan, lebih friendly ..
Kak pip pun guna template yg sama ...
Mau bagitau nurul, kak pip tag nurul join segmen cikla ...
Boleh baca entry kat sini ...
http://www.mrspip.com/2017/09/segmen-bloglist-oktober-disember-2017.html