Berkelulusan Ijazah Tetapi Gaji RM800 Je Sebulan

Assalamualaikum
Bismillah


Maaflah, entry kali ini bukan berniat untuk memperlekehkan gaji seseorang ataupun kelulusan yang dimiliki tetapi di sini aku hanya ingin berkongsi pandangan sebagai seorang pelajar tahun akhir.

Insya'Allah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki aku juga bakal menjadi salah satu graduan yang akan memiliki kelulusan Ijazah. 

Apa yang aku ingin persoalkan di sini ialah "Salahkah sekiranya sesorang yang berkelulusan Diploma/Ijazah mempunyai pendapatan RM800 sebulan?"

Memandangkan bulan September ini aku akan memasuki tahun akhir terasa betapa sekejapnya masa berlalu dan semakin meningkat usia semakin besar tanggungjawab dan cabaran yang dilalui. 

Ditambah lagi dengan persaingan graduan untuk mendapatkan pekerjaan sedikit sebanyak memberi kesan juga kepada aku. 

Sejak aku balik dari kampung hari itu makcik-makcik kuat gosip asyik bertanya :
"Kau bila habis belajar?"
"Dah habis belajar nanti dapat kerja apa?"
"Tinggal berapa tahun lagi kau belajar?"
"Kos psikologi ni boleh menjaminkah untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap?"
Astaghfirullah. Aku dalam hati mengucap saja apabila berhadapan dengan soalan-soalan sedemikian. Menggugat iman dan kesabaran betul hahaha. Sejak belakangan ini aku agak tekanan juga, belum habis belajar tetapi sudah ditembak dengan soalan-soalan masa depan. 

Apa sahaja yang aku lakukan selalu dibualkan oleh jiran-jiran sebelah rumah kadang dan kalau boleh diwar-warkan sehingga di pelosok dunia yang aku ini tinggal setahun lagi belajar dan tidak tahu apa pekerjaan yang menanti aku pada masa hadapan.

Aku ada seorang kawan yang menawarkan pekerjaan sebagai "Helper" di sebuah Taska yang jauh dari bandar Kota Kinabalu. Walaupun aku belum habis belajar, setiap kali cuti semester kalau ada peluang pekerjaan untuk sementara aku akan terus memohon. 

Alhamdulillah, orang itu kata masih ada kekosongan. Sejujurnya, dia memerlukan "Helper" sepenuh masa. 

Baiklah, berbalik kepada tajuk "Berkelulusan Ijazah Tetapi Gaji RM800 Je Sebulan". Jangan terlalu memilih pekerjaan dengan persaingan yang terlalu sengit sekarang. 

Memanglah RM800 tu tak cukup dengan keadaan ekonomi sekarang yang tak berapa baik daripada terus mengganggur tiada pekerjaan dan menambah beban ibu bapa menanggung kita yang dah tua bangka ini. 

Ada juga golongan yang gigih mencari pekerjaan tetapi majikan tidak mahu menerima disebabkan oleh kelulusan Diploma/Ijazah mereka. 

Majikan tidak sanggup memberi gaji yang tinggi. Walaupun ada yang sanggup menerima gaji yang sama dengan mereka yang berkelulusan SPM pun tetap tidak diterima kerana kurang pengalaman. 

Aku dah bagitau pemilik Taska itu bahawa tak lama lagi aku akan habis belajar (setahun lagi). Memandangkan aku mengambil bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga kira peluang besar untuk aku timba pengalaman di sana. 

Alhamdulillah, pemilik Taska itu memberi respon yang positif apabila aku berkata mahu terus bekerja di tempatnya selepas habis belajar. Tinggal dia berbincang dengan suaminya dan mendapatkan persetujuan sahaja. 

Apabila aku nyatakan kepada keluarga bahawa aku mungkin diterima bekerja di bahagian Taska itu untuk sebulan sebelum masuk UMS keluarga aku seperti tidak bersetuju.

Mereka mahu aku mendapatkan pekerjaan yang lebih baik daripada itu dengan gaji yang selayaknya sesuai dengan kelulusan. Penat kerja macam itu berbanding kerja kat office kata mereka. 

Nampak kerja office itu macam senang saja. Hahaha tak ada kerja yang tak penat. Semua orang pun mahukan kesenangan, tiada yang mahukan kesusahan. Tetapi tidak mengapalah, biar aku saja yang faham diri aku dan minat aku kat mana. 

Aku tak suka bekerja dalam situasi seperti dalam pejabat, aku sukakan situasi yang memerlukan kita untuk bebas bergerak serta berkomunikasi dengan orang.

Apapun aku belum confim lagi juga dapat kerja sementara di Taska tu hahaha xD