8 Petua Wajah Kelihatan Cantik Dengan Ais Batu

8
Assalamualaikum
Bismillah

Ais batu bukan sekadar sesuatu yang menyegarkan minuman, tetapi ia juga merupakan rahsia untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan sihat. Ia tidak hanya mampu mengurangkan keletihan kulit, tetapi juga boleh mengatasi masalah jerawat, menyegarkan mata yang sembab, serta banyak lagi manfaat yang lain.

ice-cube-on-face

8 Petua Wajah Kelihatan Cantik Dengan Ais Batu


1. MENYEGARKAN KULIT WAJAH YANG PENAT

Apabila menekap ais di wajah, secara automatik tubuh akan mengirimkan peningkatan aliran darah panas ke kawasan tersebut, sehingga meningkatkan peredaran darah. Perkara ini akan menimbulkan kesan yang menyegarkan pada kulit yang kelihatan penat ataupun kusam. 

Caranya mudah sahaja, ambil beberapa ketulan ais dan letakkan dalam gelas kaca. Gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah korang. Ini akan meningkatkan aliran darah dan memberikan kesan yang menyegarkan pada kulit yang kelihatan kusam.

2. MENGECILKAN RUANG PORI

Ais juga boleh digunakan sebagai ubat paling efektif untuk meminimumkan ruang pori-pori yang membesar. Caranya mudah saja dengan menekap ais batu yang dibalut dengan tuala kecil di wajah untuk mengurangkan ukuran pori-pori sebelum menggunakan solekan.

3. MENGUBATI MATA SEMBAB

Kurang tidur, terlalu stress atau mata yang penat boleh menyebabkan mata kelihatan sembab atau bengkak. Korang boleh menggunakan mengunakan ais ini jika sedang mengalami kesedihan berlebihan, menangis tak berhenti. 

Tidak mustahil, mata akan menjadi bengkak. Untuk menguranginya, cuba memanfaatkan ais batu. Bungkus beberapa ketulan ais batu dengan tuala dan gosok perlahan-lahan di bahagian mata. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan di mata korang.

4. MENGURANGKAN MASALAH JERAWAT

Ketika jerawat muncul di wajah cuba ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangi bengkak dan kemerahan tersebut. Selain itu, penggunaan ais batu ini juga sebagai penyeimbangan kadar minyak berlebihan serta mengempiskan dan menghilangkan jerawat.

5. MENGURANGKAN BULU-BULU HALUS

Jika korang memiliki bulu-bulu halus di sekitar wajah dan stress dengan pertumbuhannya, korang boleh cuba mengurangkannya dengan menggunakan ais batu. Gunakan ais batu untuk mengurangkan pertumbuhan bulu-bulu halus di wajah.

6. WAJAH LEBIH ANJAL & LEMBUT

Jika ingin memiliki wajah yang lebih anjal dan lembut, petua kulit cantik guna ais adalah jawapannya! Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, lakukan perawatan menggunakan ais batu tiga kali seminggu untuk mendapatkan kulit yang lebih anjal dan lembut.


7. MENINGKATKAN PEREDARAN DARAH 

Petua mendapatkan kulit cantik guna ais yang seterusnya, gosoklah ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama seminit. Ia berfungsi untuk meningkatkan perjalanan darah, ia sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan secara rutin, tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.

8. MEKAP MENJADI TAHAN LEBIH LAMA 

Disarankan untuk menekap wajah dengan ketulan ais batu yang dibaluti tuala kecil beberapa minit sebelum mengaplikasikan solekan di wajah. Setelah menekapnya dengan ais batu, biarkan selama lima hingga 10 saat supaya airnya mengering sebelum apilkasikan serum ataupun mekap. 

Ketulan ais batu akan membantu menjaga mekap menjadi tahan lebih lama serta membantu untuk menutup ruang pori-pori pada wajah.

Dengan menggunakan ais batu sebagai sebahagian daripada rutin kecantikan korang boleh mendapatkan kulit yang lebih cantik dan sihat tanpa perlu melaburkan banyak wang dalam produk-produk mahal. Cubalah petua ini hari ini dan saksikan perubahan yang mengagumkan pada kulit wajah korang. 


Catat Ulasan

8Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Suka letak ais kat jerawat. Macam puas hati tengok merah-merah kurang sikit.

    // afifahaddnan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe sy x penah tepek ais kat jerawat.. tp mmg suka tekap ais kat muka.. sejuk ja

      Padam
  2. akak xperna tfikir pula ais bole bntu smua ni =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha Akak Jun dah ada Diamond Gold Skincare,, so x payah risau dah hehe ^^..
      Nti ada bajet lebih sy lgi cuba jadi pengguna Diamond Gold Skincare hehe.. mao juga nampak lawa mcm Kak Jun hehe

      Padam
  3. dengan air batu pun kulit kita akan sihat :D

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/06/pencarian-sponsor-giveaway-nurul-friends.html

    BalasPadam
  4. Best sgt,,sejuk je muka ni.jerawat pun kecut.segar je rasanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, sy pun slalu juga tekap ais.. terutama sebelum tido ..

      Padam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !