UJIAN PSIKOMETRIK SPA BAGI PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41 (2023)

Assalamualaikum
Bismillah

Ini merupakan ujian psikometrik kali kedua untuk jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 aku dapat. Kali pertama aku dapat email untuk menduduki ujian psikometrik pada tahun 2019 selepas graduate.

Aku hanya sekadar mencuba nasib, tetapi bukan rezeki lagi. Dan setelah 4 tahun, rezeki aku dapat lagi ujian psikometrik untuk jawatan psikologi.

UJIAN PSIKOMETRIK BAGI PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41 (2023)

ujian-psikometrik-pegawai-psikologi-s41

Sebenarnya aku tiada niat dah nak jawatan dari mana-mana sektor kerajaan mahupun swasta kerana selepas berkahwin aku memang tak nak kerja dah.

Tetapi aku masih juga isi permohonan spa9 sebab nak tahu perkembangan semasa untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Artikel SPA9 dalam blog ini paling banyak dibaca oleh pembaca. Oleh sebab itulah aku sentiasa kemaskini konten berkaitan spa9.

Selain itu, aku juga nak membantu calon-calon yang lain untuk lebih bersedia menjawab soalan-soalan ujian psikometrik. 

Oleh sebab itulah, aku masih memohon jawatan spa9 untuk tahu apa soalan-solan yang dikemukakan semasa exam nanti. Bukan soalan bocor tau. 

Dan biasanya sebelum ujian psikometrik aku akan buat latihan daripada [Ebook Ujian Psikometrik / SPiER] (Harga RM40.00)

Aku beli ebook ini pada tahun 2022 semasa aku dapat Ujian Psikometrik Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Mulanya aku tak mahu pun beli sebab RM40 tu terlalu mahal sangat dan belum tentu pun lulus exam tu. Aku tahu ramai juga calon yang mungkin berfikiran berbaloi atau tidak beli ebook tersebut. 

Why not cuba beli kan? Alhamdulillah, aku memang recommend sangat mana-mana calon untuk beli sebab banyak sangat soalan dan latihan dalam ebook tersebut. Ianya adalah rujukan umum sesuai untuk semua jawatan yang ada ujian Psikometrik.



Kita usaha sahaja, kalau memang rezeki pasti akan dapat juga jawatan tu.Kepada semua calon yang dapat jawatan yang sama. I wish you all the best!

Panduan Mengisi Permohonan SPA9 (Kemaskini Jawatan SPA8i)

Assalamualaikum
Bismillah

Panduan Mengisi Permohonan SPA9

Panduan Mengisi Permohonan SPA9 (Kemaskini Jawatan SPA8i)

Layari ke laman web SPA9 dan isikan borang jawatan SPA, klik → Pendaftaran Pengguna

Maklumat yang perlu anda lengkapkan dalam borang permohonan adalah seperti maklumat pemohon, maklumat kata laluan, soalan keselamatan & persetujuan. 

Panduan Mengisi Permohonan SPA9

Sila rujuk gambar di atas untuk lihat cara-cara mengisi SPA9 dengan betul. Lengkapkan maklumat tersebut :

1. Maklumat Pemohon

  • No. Kad Pengenalan (Tanpa -) *
  • Nama Penuh (Isi mengikut IC anda) *
  • No. Telefon Bimbit *
  • Alamat E-mel *

2. Maklumat Kata Laluan

  • Masukkan Kata Laluan * (Buat kata laluan anda)
  • Sahkan Kata Laluan * (Ulang kata laluan anda)
  • Kod Keselamatan * (Masukkan kod keselamatan yang tertera)

3. Soalan Keselamatan (Untuk tujuan reset kata laluan)

  • Nama Pertama Ibu Pemohon *
  • Negeri Kelahiran Pemohon *

4. Persetujuan

Klik petak kecil untuk persetujuan. Pemohon diminta untuk menanda kotak persetujuan sebelum
menghantar pendaftaran tersebut. KLIK DAFTAR.

Nota : 
  • Bahagian yang bertanda * wajib diisi. 
  • Pendaftaran MyID boleh dilakukan sekali sahaja
Pendaftaran Pengguna Baru SPA9

Pendaftaran akaun yang telah berjaya, boleh terus login ke SPA9.
  • Sila masukkan No Kad Pengenalan anda
  • Masukkan Kata Laluan. Sila pastikan kata laluan yang dimasukkan adalah seperti yang didaftarkan sebelum ini.
  • Klik “Log Masuk”
Jika korang adalah pengguna kali pertama, sila klik “Pengguna Kali Pertama”

Jika korang ingin reset kata laluan, sila klik “Lupa Kata Laluan”

Panduan Mengisi Permohonan SPA9

MAKLUMAT PERIBADI

Klik pada pautan MAKLUMAT PERIBADI dan skrin berikut akan dipaparkan dengan maklumat-maklumat tertentu telah dimasukkan secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan semasa pemohon melakukan proses “Daftar Akaun Baru”. 

Yang mana maklumat belum dilengkapkan, korang hendaklah lengkapkan. Sila isi semua maklmuat peribadi di ruang disediakan. (Rujuk gambar di atas).

Klik “Simpan” setelah semua maklumat lengkap diisi. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul dan tiada yang tertinggal sebelum disimpan.





MAKLUMAT KELAYAKAN AKADEMIK

Pada pautan MAKLUMAT KELAYAKAN AKADEMIK, sila isi mengikut tahap pendidikan korang masing-masing ya. 

Sila pilih Tahun, Peperiksaan, Mata Pelajaran, Gred dan klik “+Tambah” untuk tambah mata pelajaran di senarai mata pelajaran.

Sila isi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)

Sila pilih Tahun Graduasi, Masukkan CGPA (PNGK). Pilih Peringkat Pengajian, Peringkat Kelulusan, Institusi Mengeluarkan Sijil, Institusi Francais Luar Negara, Pengkhususan, Masukkan Nama Sijil, Tarikh Kelulusan Senat dan Biasiswa Pengajian. 

Klik “simpan” setelah maklumat lengkap diisi untuk memastikan maklumat tersebut disimpan. 

Sekiranya korang dah pernah mendaftar SPA8i sebelum ini, maklumat bagi tahap pendidikan anda akan dimasukkan secara automatik dalam sistem SPA9 yang baharu. 

Jadi sekiranya sebelum ini korang terlanjur letak tahap pendidikan Ijazah Sarjana Muda, maka korang dah tak boleh padam tahap pendidikan tersebut. 


Nota & Arahan:
  • Paparan keputusan Pengajian Tinggi mulai tahun 2010 adalah diperoleh dari Kementerian Pengajian Tinggi.

  • Pemohon perlu melengkapkan Pengkhususan, Tarikh Kelulusan Senat dan medan kosong yang bertanda *.

  • Bagi maksud pelantikan dalam Perkhidmatan Awam, pemohon hendaklah memiliki kelayakan akademik yang diiktiraf oleh Kerajaan.

  • Pemohon disarankan terlebih dahulu menyemak pengiktirafan kelayakan akademik yang diperoleh melalui Portal Rasmi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di pautan https://www2.mqa.gov.my/mqr/ atau melalui Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) di pautan https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm.

  • Kelayakan akademik yang diiktiraf oleh Kerajaan sahaja akan disenaraikan dalam senarai pilihan Pengkhususan/Institusi Mengeluarkan Sijil.

  • Tarikh kelulusan Senat merujuk kepada tarikh Senat institusi pengajian tinggi pemohon meluluskan penganugerahan Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah anda. Sila rujuk pihak institusi pengajian tinggi mengenai tarikh kelulusan senat pemohon.

  • Sebarang kemas kini maklumat pengajian tinggi hendaklah dikemukakan ke alamat e-mel: spa9@spa.gov.my dan disertakan nama penuh, nombor kad pengenalan, salinan sijil akademik dan transkrip akademik yang berkaitan untuk bantuan teknikal.

KEBOLEHAN BAHASA

Ruang Kebolehan Bahasa hanya diisi oleh pemohon yang memohon jawatan di bawah klasifikasi perkhidmatan Kebolehan Bahasa.

1. Pilih Bahasa/Dialek.
2. Pilih Penguasaan Bahasa - Bertutur / Menulis
3. Klik “+Tambah”.


Ambil serius pada ruangan “Kebolehan Bahasa/Dialek Selain Bahasa Melayu” pula wajib anda mengisi dengan “BAHASA INGGERIS”. Penguasaan “BERTUTUR DAN MENULIS”. Ia akan memberi kelebihan kepada permohonan anda berbanding calon lain. Jangan takut untuk mengisi jawapan pada soalan ini.

CARA MEMILIH JAWATAN YANG SESUAI DALAM SPA9


Pilih jawatan mengikut kelayakan akademik yang layak dipohon dan tekan “+Tambah”. Korang boleh pilih max 15 jawatan. 

Tips Semasa Memilih Jawatan Dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam :

  • Kalau boleh pilih jawatan yang sepadan dengan kelayakan anda.
  • Susun jawatan mengikut keutamaan (Jawatan yang anda mahu paling atas)
  • Perhatikan syarat bertulis dalam kurungan, sekiranya anda memiliki apa yang disebutkan sebagai keutamaan ini, jadikan jawatan tersebut salah satu daripada pilihan utama anda. 

PERAKUAN PEMOHON


Semakan Maklumat Permohonan
PERINGATAN: Calon mesti semak kembali senarai jawatan yang di mohon adalah seperti yang calon pilih. Pastikan tarikh hantar dan tarikh daftar adalah sama. Jika sama bermaksud permohonan Berjaya sampai ke SPA. Jika tidak sama, sila semak semula padanan maklumat yang dimasukkan di setiap menu. Pastikan semua medan bertanda (*) diisi dan di SIMPAN. 



Sila klik pada petak SETUJU dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. 

Kecuaian pemohon meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan pemohon tidak akan diproses. Pemohon boleh mencetak Slip Akuan Pendaftaran sebagai rujukan.


Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada pembaca. Sebarang pertanyaan boleh email ke nurulatikayunus23@gmail.com

MAKLUMAN : 
  • Kalau salah isi bahagian MAKLUMAT KELAYAKAN AKADEMIK sila terus hubungi pihak SPA9 untuk maklumkan pembetulan. Tidak boleh ubah melalui online. 

  • Maklumat akademik yang kita dah isi dah ada dalam sistem. So kita tidak boleh delete sesuka hati sebab itu adanya PERAKUAN PEMOHON. Maksudnya KITA MENGAKUI MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH BENAR. 

  • SPA9 hanya ambil 2 pendidikan tertinggi untuk sebarang jawatan yang dimohon. Sekiranya korang mahu memohon jawatan SPM tetapi korang punya kelayakan akademik ialah SPM, STPM/Diploma dan Ijazah, maka 2 tahap pendidikan teratas sahaja yang kita boleh memohon jawatan iaitu STPM/Diploma & Ijazah. 
Tarikh Kelulusan Senat (Tarikh naib canselor luluskan graduasi yang ada di sijil)

  • Tarikh Kelulusan Senat (Tarikh naib canselor luluskan graduasi yang ada di sijil) boleh letak tarikh terima sijil graduasi (tengok di sijil korang ya). Kalau belum konvo aku galakkan korang jangan isi bahagian Ijazah dahulu sebab memang tak boleh isi selagi tak konvo. 

  • Letak saja tarikh terima sijil graduasi (tengok di sijil korang ya) walaupun korang cuma konvo online. 

  • Apa sahaja KESILAPAN semasa mengisi borang SPA9 ataupun KEMASKINI TETAPI TAK BOLEH UBAH ATAU PADAM, sila rujuk atau hubungi pihak SPA9 untuk sebarang pembetulan dan perubahan yang tak dapat diubah secara online. 

Lirik Lagu Tak Ingin Usai - Keisya Levronka


Lirik Lagu Tak Ingin Usai - Keisya Levronka

Berdiri ku memutar waktu
Teringat kamu yang dulu
Ada disampingku setiap hari
Jadi sandaran ternyaman
Saat ku lemah saat ku lelah

Tersadar kutinggal sendiri
Merenungi semua yang tak mungkin
Bisa kuputarkan kembali seperti dulu
Kubahagia tapi semuanya hilang, tanpa sebab
Kau hentikan semuanya

Terluka dan menangis tapi kuterima
Semua keputusan yang telah kau buat
Satu yang harus kau tahu
Ku menanti kau ‘tuk kembali

Jujur ku tak ingin engkau pergi
Tinggalkan semua usai disini
Tak tertahan air mata ini
Mengingat semua yang t’lah terjadi

Kutahu kau pun sama s’perti aku
Tak ingin cinta usai disini
Tapi mungkin inilah jalannya
Harus berpisah hoo oo oo oo

Terluka dan menangis tapi kuterima
Semua keputusan yang telah kau buat
Satu yang harus kau tahu
Ku menanti kau ‘tuk kembali

Hooooo uooooo huuoooo

(Jujur ku tak ingin engkau pergi
Tinggalkan semua usai disini
Tak tertahan air mata ini
Mengingat semua yang t’lah terjadi)

Ku tahu kaupun sama sperti aku
Tak ingin cinta usai disini
Tapi mungkin inilah jalannya
Harus berpisah

Berharap suatu saat nanti
Kau dan aku bertemu lagi
S’perti yang kau ucapkan
Sebelum kau tinggalkan aku


Note : Aku suka sangat lagu ini sebab tu aku nak simpan di sini.


Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband

Assalamualaikum
Bismillah


Dah lama tak join giveaway. Dah tak ramai yang buat giveaway. Kalau ada yang buat jangan lepaskan peluang untuk support rakan-rakan blogger kita. Giveaway kali ini sangat simple, dianjurkan oleh Cik Nur sempena Anniversary yang ke-23.

Berlangsung pada 23hb Jan sehingga 13 Feb 2023


Dear Kak Nur, Happy Anniversary. Semoga berbahagia sehingga ke Jannah. Semoga Allah merahmati perkahwinan akak dan husband, dilimpahkan rezeki yang lancar, diberkati umur dan selamat dunia akhirat.

Ikhlas dari saya yang baru setahun jagung dalam perkahwinan.

Jangan lupa join ya~ Klik saja kat banner untuk join.

Pageviews Blog Cecah 10,000 000 + Tips Nak Dapat Pageviews Berjuta-Juta

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Azam tahun lepas nak dapatkan 10 juta pageviews blog akhirnya tercapai juga pada awal tahun nie. Memang ada sedikit penurunan pageviews semenjak aku kahwin. Sibuk sangat kerana baru memasuki alam rumahtangga dan banyak benda yang perlu diutamakan. 

Dan pageviews mula stabil kembali pun dah nak dekat Bulan Oktober juga. Paling rendah pun pageviews sehari dapat 3000 gitu.. Itulah cabaran jadi blogger ni. Bila dah biasa nampak pageviews tinggi sikit, bila nampak rendah dari biasa tu mula lah gelabah cari punca haha.

Pageviews Blog Cecah 10,000 000 + Tips Nak Dapat Pageviews Berjuta-Juta

Bagi aku trafik blog sangat-sangat penting. Apatah lagi kerja memang blogger sepenuh masa jadi memang kena jaga trafik. Nak trafik blog yang baik memang kena sabar dan banyak belajar kerana perkembangan dunia digital dan internet semakin banyak yang berubah. 

Bahkan penulisan SEO sekarang dah tak sama macam dulu. Tahun nie lagi kena berhadapan dengan dunia AI (Artificial Intelligent) pula. Sangat mencabar ya.

Aku bukanlah pakar blog sangat. Aku hanya suka berkongsi sahaja apa yang aku belajar tentang blog. Berbagi ilmu setakat mana yang aku mampu. 


Pageviews Blog Cecah 10,000 000 + Tips Nak Dapat Pageviews Berjuta-Juta

Alhamdulillah... Dulu macam tak percaya. Boleh ke dapat pageviews berjuta. Aku pernah tulis kat blog lagi Road To 600k Pageviews Achieved! + Tips Nak Naikkan PV Blog pada tahun 2019. Masa tu pageviews sehari baru 1k sahaja.

1. Trafik tinggi perlukan masa

Nak dapat 10 juta pageviews pun ambil masa 4 tahun. Korang boleh nampak sendirilah di sini nak trafik yang tinggi perlukan masa. 

Mungkin ada blogger yang trafik sehari dapat 100 views sahaja tetapi percaya atau tidak trafik itu semakin hari semakin naik. Dia takkan berkurang. Asalkan blog aktif dan ada update entri baru. 

Okaylah blog ini dah lama kan. Jadi mungkin ada yang kata 'blogger lama' bolehlah kata macam tu. Jadi aku bagi contoh blog aku baru buat tahun 2022. 


Blog baru berusia 7 bulan dengan anggaran 50 pageviews setiap hari. Baru dapat hasilkan 32 artikel. Sekarang pageviews blog dah cecah 5000. 

Maksudnya nak trafik tinggi bukan kita buat blog hari ini, esok lusa terus dapat 1 juta pageviews. 

Blog yang terkenal dan mempunyai ramai followers di facebook sekarang seperti Amir Hassan (Denaihati) bukan menulis blog hari ini terus dapat pageviews berjuta-juta. Beliau bermula dari tahun 2008 sehingga kini masih aktif menulis dan berkongsi. 

Ibarat kita belajar di universiti, ambil masa 3 - 4 tahun baru dapat graduate dan pegang sijil Ijazah. Nak capai sesuatu kena banyak korban masa. 


2. Rajin & Sabar 

Hakikat kenapa aku kata trafik tinggi perlukan masa kerana ada kaitan dengan RAJIN & SABAR. Aku tahu nak dapat pageviews berjuta ambil masa yang lama. Oleh itu, kenalah rajin menulis. 

Nak menulis pun perlukan banyak aktiviti seperti membaca, berfikir, memahami, menganalisis, dan mengkaji. Hal ini kerana idea serta ilham tu tidak datang tiba-tiba tau. Semuanya akan melalui proses tadi sebelum kita dapat menulis. 

Oleh sebab itulah jadi blogger memang tak boleh malas. 

Bergantung dengan matlamat korang samada menulis sekadar hobi atau jana pendapatan. Hakikatnya sama saja, blogger yang rajin pasti senantiasa akan berupdate. 

Nak update setiap hari, berkala, seminggu sekali atau sebulan sekali pun terpulang. Bezanya orang yang rajin dan kerap update pasti akan lebih mendahului. 

Selain itu, jadi blogger memang kena banyak bersabar. 

Sabar untuk tidak malas. 
Sabar untuk sentiasa ada motivasi.
Sabar untuk belajar tentang SEO, teknikal blog, ilmu blogging yang lain, kelemahan dan kekurangan blog sendiri. 
Sabar tengok blog orang lain lebih baik dari kita. 
Sabar menghadap trafik blog sendiri (hahaha)
Sabar dengan sikap malas yang sentiasa menghantui. 

Dalam erti kata lain, perkara negatif yang menghalang kita dari berblog itulah yang kita kena banyakkan bersabar. Apabila tidak sabar, kita jadi mudah untuk putus asa dengan apa yang kita buat.

Misalnya lah kan kita baru dapat kerja. Kita kena sabar dengan kerja kita selama sebulan. Dalam tempoh sebulan tu banyak benda yang kita kena hadap seperti masalah dengan bos, kawan sekerja, customer dan lain-lain. 

Tetapi by the end of the month, apa yang kita dapat kalau kita bersabar? 

Kita dapat gaji atau upah.
Gaji itu dapat kita beli belanja untuk keluarga dan anak-anak.
Gaji itu kita dapat reward diri sendiri sebab dah penat kerja kan.

Kalau kita tak sabar, kita mungkin berhenti kerja. Gaji pun mungkin tak dapat. 

Begitu juga dengan blog, KENA BERSABAR UNTUK BERTAHAN DAN RAJIN UNTUK KONSISTEN UPDATE. Hasilnya dapatlah pageviews berjuta. Cuma cepat atau lambat sahaja. 

3. Jangan bandingkan blog kita dengan orang lain

Inilah yang aku belajar sepanjang berblog. Tidak perlu bandingkan blog kita dengan orang lain. Setiap orang ada potensi masing-masing. Just believe in yourself and trust the process. 

Cuma kita yang tahu apa yang kita suka. Menulis blog pun begitu. Setiap orang ada kecenderungan mereka terhadap penulisan. 

Ada yang suka menulis tentang travel. 
Ada yang suka menulis tentang parenting.
Ada yang suka menulis tentang review movie dan drama.

Sejujurnya aku dulu suka bandingkan blog aku dengan orang lain. Nampak orang lain tulis benda viral, aku pun ikut. Tak nak ketinggalan walaupun hakikatnya aku bukan jenis yang suka benda viral. Malahan aku memang tak minat langsung benda-benda trending. 

Aku bagi contohlah ya, antara niche blog yang aku kurang sekali baca ialah berkenaan hiburan dan isu semasa. 

Aku dari dulu kurang tengok Televisyen. Drama apapun tak kira Korea, Melayu, India, atau Hollywood sekalipun aku jarang tengok. Malahan di rumah aku sekarang tiada TV. 

Jadi aku susah nak menulis apa-apa topik berkenaan niche hiburan dan isu semasa walaupun aku tahu niche hiburan dan isu semasa antara topik yang mudah nak dapatkan trafik blog. 

Benda yang kita tiada minat untuk tulis, kalau dipaksa tulis jadi tak natural. Kita baca pun rasa tak seronok. Even aku baca sendiri pun rasa tak best. Sebab itu bukan kekuatan niche aku. 

Blogger lain trafik tinggi sebab itulah topik yang dia suka tulis. Oleh itu, carilah kekuatan niche blog kita cenderung ke topik yang macam mana. 

Apabila dah tahu kekuatan blog, kita rasa seronok nak menulis, kerap update, dan sentiasa ada idea menulis. 

4. Sentiasa ingin belajar ilmu baru

Dalam dunia blog setiasa ada perubahan seperti algorithm. Bayangkan dalam tempoh setahun, Google Algorithm dikemaskini sebanyak 8 kali. 

Even dashboard blogger pun mengalami perubahan mengikut keadaan semasa. Kalau tengok dashboard blogger tahun 2012 tak sama dengan sekarang. Memang jauh beza.

Oleh itu, jadi blogger kena sentiasa belajar dan beradaptasi dengan perubahan perkembangan semasa. Kalau tak adapt kita akan ketinggalan. Artikel tak dapat diindeks, pageviews menurun, blog jadi berat dan loading. 

Walaupun kita kata menulis blog sebab hobi. Apabila ada masalah dengan blog pasti kita jadi gelabah juga kan. Ada yang sampai beli template dan upah orang lain untuk perbetulkan masalah blog kita.

Selagi kita masih mahu menulis di blog, selagi itulah kita kena hadap dengan pelbagai cabaran dalam dunia internet.

Realitinya menulis di blog bukan sekadar menulis sahaja. 

5. Pengurusan Masa

Pengurusan masa sangat penting sekiranya nak konsisten menulis. Hidup kita bukan untuk berblog sahaja. Kita ada kehidupan di luar bersama keluarga, kawan-kawan serta komuniti. 

Jadi blogger memang kena atur masa sendiri. Ada kesempatan masa dapatlah menulis di blog. Sekiranya tidak dapat meluangkan masa sedikit untuk blog memang tidak dapatlah update blog. Itu sahaja.

Oleh sebab itu ramai blogger yang sangat menitikberatkan pengurusan masa. Sekiranya tidak dapat mengurus masa dengan baik, nak buat aktiviti apapun tak dapat. Bahkan masa terbuang begitu sahaja. 

Pengurusan masa ada kaitan dengan disiplin diri juga. 

Sebagai contoh, sebagai Muslim kita ada waktu solat. Di tempat kerja kita ada office hour. Di sekolah pula kita ada waktu rehat. 

Sekiranya tidak disiplin diri dengan masa, boleh jadi kita leka dengan drama sampaikan tinggal solat. 
Sekiranya tidak disiplin dengan masa, kita selalu datang lewat ke tempat kerja dan balik awal walaupun bukan masanya.
Sekiranya tidak displin dengan masa, waktu rehat dah habis kita masih makan di kantin. 

Sekiranya kita kurang displin dengan masa, hidup akan jadi kelam-kabut. Kejap nak buat itu, kejap nak buat ini. 

Masa dah ditetapkan 24 jam untuk semua orang, tetapi produktiviti kita tidak. Sebilangan orang menggunakan waktu hari mereka dengan lebih berkesan daripada yang lain kerana mereka dapat menggunakan masa dengan lebih cekap dan menyelesaikan lebih banyak tugasan. 

Bergantung dengan kreativiti kita bagaimana menguruskan masa tersebut. Blogger yang memang minat menulis pasti akan meluangkan masa menulis walaupun hanya dapat menulis sebulan sekali. 

6. Jadilah diri sendiri

Keunikan diri yang membuatkan blog kita lebih menonjol berbanding orang lain. 

Sebagai contoh, cikgu bagi soalan untuk buat karangan tentang 'Aku sepasang kasut'. Setiap pelajar sudah mempunyai jalan cerita masing-masing. 

Walaupun aku bagi 'keyword' blog tentang sesuatu topik. Bagaimana cara blogger menulis itulah yang membezakan dia dari blogger yang lain. 

Oleh sebab itulah kenapa ada blogger yang mempunyai 'kata kunci' yang sama tetapi blog dia lagi ranking berbanding blog lain. 

Blogger tersebut ada gaya tersendiri. Mungkin ada blogger yang rasa tidak cukup baik dalam menulis. Namun, penulisan tu boleh perbaiki dari semasa ke semasa. Hari ini kita tulis tak baik, esok lusa kita boleh edit lagi.

Pengalaman, ilmu, kemahiran, dan nilai yang kita pegang tiada dengan orang lain. Orang lain boleh tiru idea kita. Tetapi gaya persembahan bahasa tidak sama dengan kita. 

Tulislah yang baik-baik kerana apa yang kita tulis juga adalah doa untuk diri kita. Apa yang kita tulis mudah-mudahan perkara yang baik-baik juga berbalik kepada diri kita.

Kesimpulannya

Definisi 'blogger yang berjaya' itu berbeza untuk setiap individu. 

10 Juta pageviews mungkin satu pencapaian besar buat aku tetapi mungkin orang lain memandang ia sebagai biasa-biasa saja. 

Aku tahu tips nak dapatkan pageviews berjuta-juta kali ini sangat berbeza daripada apa yang aku pernah sampaikan dalam blog. 

Tetapi itulah apa yang aku dah buat sepanjang berblog. 

Nak dapat pageviews blog berjuta-juta itu perlukan masa dan tiada jalan yang singkat melainkan dengan usaha dan kerja keras. 

Kerja keras kenalah sentiasa rajin. Dan rajin juga memerlukan kesabaran. Kalau tak sabar kita akan kalah dengan sikap malas. Untuk mengelak daripada sikap malas, isilah waktu kita dengan hal-hal yang baik supaya kita dapat fokus dengan matlamat kita. 

Jangan mudah rasa down apabila lihat prestasi blog orang lain kerana blog kita istimewa dengan cara kita sendiri. Hargai kerja keras yang telah korang usahakan dengan blog sendiri. 

Akhir sekali, jangan pernah berhenti untuk belajar kerana manusia itu sentiasa berfikir. 

Maaf sekiranya perkongsian kali ini tidak seperti apa yang korang mahukan. Semoga ada manfaatnya buat semua. 

Apa-apa tips pasal blog boleh follow di TELEGRAM ya.


© all rights reserved
made with by templateszoo