6 Cara Menghilangkan Masalah Bau Faraj

Assalamualaikum
Bismillah
6 Cara Menghilangkan Masalah Bau Faraj

Teknik berikut dapat membantu menghilangkan keadaan faraj berbau:

1. Amalkan penjagaan kebersihan diri yang baik

Basuh bahagian antara kedua kaki. Gunakan kain basah lembut bagi menyingkirkan kulit mati, peluh dan kotoran. Penggunaan sabun lembut pada bahagian luar juga dibolehkan.

Dalam labia, ia merupakan kawasan yang sangat sensitif. Penggunaan sabun boleh mengakibatkan kerengsaan.

Hanya biarkan air mengalir pada bahagian ini sudah cukup untuk menjaga kebersihan labia sekitar faraj. Manakala keadaan faraj itu sendiri tidak perlu untuk dibersihkan.

Elakkan penggunaan loofah sponge kerana boleh mengakibatkan luka kecil sehingga menyebabkan berlakunya jangkitan pada bahagian tersebut.

Jangan menggunakan sabun dengan wangian atau pencuci badan. Aroma dan bahan kimia boleh mengganggu pH semula jadi faraj.

Pastikan membasuh bahagian kemaluan sebelum dan selepas hubungan intim bagi mengekalkan tahap semula jadi bakteria.


2. Produk penghilang bau luaran

Jika ingin menggunakan bahan pewangi, gunakan hanya di luar bahagian labia dan bukannya berhampiran faraj.

Tindakan memasukkan sesuatu ke dalam faraj boleh mengganggu kimia semula jadinya dan membawa masalah lebih besar.


3. Tukar seluar dalam

Sekiranya material seluar dalam adalah daripada satin, sutera atau polister, tukarlah kepada 100% kapas.

Kapas membolehkan faraj bernafas dan sangat baik dalam mengeluarkan peluh serta cecair daripada badan.

Kelembapan berlebihan boleh mengganggu tahap bakteria semula jadi dan mengakibatkan jangkitan.


4. Produk pH untuk atasi masalah miss V berbau

Produk yang boleh didapati di farmasi (OTC) mungkin dapat membantu memulihkan pH semula jadi faraj.Tetapi jika mencuba dan keadaan semakin teruk, segera berjumpa doktor.


5. Elakkan meruang (Viginal douching)

Anda mungkin berfikir tindakan meruang itu membantu menghilangkan bakteria jahat, tetapi hakikatnya dalam masa yang sama ia juga menyingkirkan bakteria baik.

Biarkan tubuh menyeimbangkan tahap bakteria ini secara semula jadi dan elakkan daripada meruang.


6. Ubatan preskripsi

Rawatan preskripsi doktor dapat membantu menghilangkan punca penyebab keadaan faraj berbau. Jika rawatan di rumah atau OTC tidak membantu, ubatan daripada doktor adalah jawapan yang terbaik.


Kesimpulannya 

Jika bau yang dialami disertai gejala luar biasa, seperti bau yang dikeluarkan faraj semakin kuat, rawatan rumah mungkin bukan jawapannya dan perlu segera berjumpa doktor.

Miss V berbau hanyir juga menandakan anda perlu melakukan pemeriksaan doktor. Bau yang busuk ini menandakan gejala jangkitan faraj.

Bau yang terhasil juga menunjukkan masalah semakin teruk. Anda mungkin memerlukan bantuan doktor bagi menetapkan ubat atau rawatan preskripsi.

Sesetengah keputihan adalah normal. Tetapi jika keputihannya semakin banyak dan cecairnya juga tidak lagi jernih atau putih, ia tanda anda mengalami jangkitan.

Mengalami kegatalan sekali-sekala juga adalah biasa. Namun jika semakin kerap gatal atau wujud rasa yang menyakitkan, mungkin ia berpunca daripada masalah yang lebih besar.

Sumber : Hello Doktor

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Assalamualaikum
Bismillah

Aku baru sahaja selesai jawab exam untuk ujian psikometrik. Aku jawab exam tu tak lama pun. Ada masa 30 minit lagi jadi aku sempat jugalah salin beberapa soalan untuk ujian psikometrik. Ini bukan soalan bocor tau sebab exam tu dah habis 30 minit yang lalu. Aku cuma bagitau beberapa soalan dan gambaran exam tu sahaja macam mana. 

Ujian psikometrik berlangsung selama 1 jam 30 minit. Dan korang boleh jawab pada bila-bila masa dari jam 9 pagi sehingga 5 petang. Aku start jawab pada pukul 10.30 pagi tadi. 

Terdapat 93 soalan yang calon kena jawab. Calon-calon yang lulus Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S41 (SABAH) akan dipanggil untuk menduduki Profession Assessment Centre (PAC).

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Soalan 1 : Saya peka kepada perubahan persekitaran

Soalan 2 :Saya tidak peduli jika kawan saya gagal

Soalan 3 : Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul

Soalan 4 : Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah

Soalan 5 : Saya memerlukan bantuan seseorang untuk membuat pilihan semasa membeli-belah

Soalan 6 : Teguran dan nasihat saya terima

Soalan 7 : Saya tidak boleh menerima kegagalan

Soalan 8 : Saya dipilih mewakili pelajar semasa di sekolah

Soalan 9 : Saya menyesal di atas keputusan yang telah dibuat

Soalan 10 : Guru selalu memuji saya kerana dapat melaksanakan tugasan dengan berkesan

Variasi Pilihan Jawapan Untuk Soalan 1 - 47

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tidak Pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Soalan 48 : Saya benar-benar seronok bercakap dengan orang ramai

Soalan 49 : Saya suka melakukan aktiviti yang banyak menimbulkan kegembiraan

Soalan 50 : Saya seorang yang sangat aktif

Soalan 51 : Saya seorang yang berdisiplin

Soalan 52 : Saya gemar menyelesaikan aktiviti yang mencabar minda

Soalan 53 : Saya mempunyai hubungan emosi yang kuat dengan kawan-kawan saya

Soalan 54 : Saya suka apabila ada ramai orang di sekeliling saya

Soalan 55 : Saya seronok menghadiri majlis keramaian

Soalan 56 : Saya berusaha mencapai kecemerlangan dalam apa jua perkara yang dilakukan

Soalan 57 : Saya seorang yang sentiasa menyelesaikan sesuatu kerja

 Variasi Pilihan Jawapan Untuk Soalan 48 - 68

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Tidak Pasti
  • Setuju
  • Sangat Setuju 

Soalan 69 : Pernahkah anda berasa benci pada ibu bapa anda?

Soalan 70 : Pernahkah anda berasa bersalah?

Soalan 71 : Pernahkah anda berasa untuk membunuh sesiapa?

Soalan 72 : Pernahkah anda berasa marah?

Soalan 73 : Pernahkan anda membuat kesilapan bodoh di hadapan orang lain?

Soalan 74 : Pernahkan anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?

Soalan 75 : Adakah perkara dalam hidup yang membuat anda sedih?

Soalan 76 : Adakah anda ada kenangan yang buruk?

Soalan 77 : Pernahkah terlintas difikiran anda bahawa ibu bapa anda membenci anda?

Soalan 78 : Adakah anda berangan-angan berhubungan romantik?

 Variasi Pilihan Jawapan Untuk Soalan 69 - 79

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Kurang Setuju
  • Agak Setuju
  • Setuju
  • Sangat Setuju
  • Sangat Setuju Sekali

Soalan 80 : Sekali sekala saya mahu melepaskan geram dengan menyumpah seseorang

Soalan 81 : Saya tidak sesekali bercakap bohong

Soalan 82 : Saya membaca setiap rencana pengarang dalam akhbar yang saya baca

Soalan 83 : Sekali sekala saya menangguhkan kerja hari ini untuk hari esok

Soalan 84 : Kadangkala saya cepat marah apabila tidak sihat

Soalan 85 : Saya tidak pernah merasa lemah

Soalan 86 : Adab makan saya semasa di rumah tidak sebaik apabila berada di khalayak ramai

Soalan 87 : Sekiranya saya boleh menonton wayang tanpa membayar tiket dan tidak dilihat oleh sesiapa sahaja, kemungkinan saya akan melakukannya.

Soalan 89 : Jika turut serta dalam pertandingan badminton, saya lebih suka untuk bersuka-suka daripada menang 

Soalan 90 : Saya suka mengenali orang-orang penting kerana ia membuat saya penting juga

 Variasi Pilihan Jawapan Untuk Soalan 80 - 93

  • Ya
  • Tidak

Maaf aku tidak sertakan semua soalan tersebut. Sekurang-kurangnya korang yang jawab ujian psikometrik pada masa akan datang tahu serba sedikit soalan tu macam mana. 

Ujian Psikometrik ni ada 2 objektif utama iaitu :
  • Nak kurangkan jumlah calon untuk ditemuduga
  • Nak cari calon yang sesuai untuk jawatan yang ditawarkan

Untuk tips penuh macam mana nak sukses dalam perangkap UJIAN PSIKOMETRIK 2022,
dapatkan rujukan 90+ mukasurat ini. 




Sebelum exam lagi aku memang ada beli panduan ini untuk persediaan sebelum jawab soalan ujian psikometrik. Dan panduan tersebut memang membantu dan banyak latihan yang diberikan. 

Yang dapat exam yang sama, semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.


UJIAN PSIKOMETRIK JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S41

Assalamualaikum
Bismillah

Semalam bila buka email, eh dapat email dari SPA9.. Ada ujian psikometrik nanti 15 Julai 2022 untuk pengambilan jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 di Sabah. 

Ujian Psikometrik ni ada dua objektif utama iaitu nak kurangkan jumlah calon untuk ditemuduga dan nak cari calon yang sesuai untuk jawatan yang ditawarkan. 

Terus teringat Ebook Ujian Psikometrik.. Aku baru ja beli sebenarnya sebab mau tau apa yang ada dalam ebook nie.
spa9 soalan ujian psikometrik

Review Ebook Ujian Psikometrik

Dalam Ebook Ujian Psikometrik nie terdapat 3 ebook yang akan diberikan apabila korang beli. Antaranya ialah Rujukan Psikometrik, Ebook Tambahan Khas SPiER dan Ebook Extra Matemetik.

Dalam Rujukan Psikometrik ini mempunyai 91 muka surat. Korang juga akan dapat 200 contoh soalan, senarai semak, kit persediaan, beserta jawapan dan penerangan.

Contoh Soalan Psikometrik Beserta Jawapannya 

1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

Jawapan : A - Setuju

Penerangan : Ketua yang bagus memberikan ‘clearity’ kepada pasukan supaya mencapai objektif yang diinginkan sebelum memulakan tugasan tersebut.

2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.

Jawapan : B - Tidak

Penerangan : Menegur secara berhemah dimulakan dengan teguran tertutup.


3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

Jawapan : B - Tidak

Penerangan : Sentiasa bersedia termasuk dalam domain penilaian KOMPETENSI (daya tahan, keberanian)


4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.

Jawapan : A - Setuju

Penerangan : Jangan biarkan majikan/ketua anda menanti. Berikan keadaan/situasi anda yang membuatkan anda lewat ke pejabat.


5. Saya akan memaklumkan pesanan ringkas kepada ketua saya sebelum bercuti ke luar negara.

Jawapan : B - Tidak Setuju

Penerangan : Untuk bercuti dalam atau luar negara, perlu maklumkan secara formal mengikut tatacara yang dikeluarkan oleh pejabat anda. Tidak boleh hanya menggunakan ‘pesanan ringkas’.


6. Masalah kewangan membuatkan saya rasa kurang bersemangat untuk bekerja.

Jawapan : B - Tidak

Penerangan : Jangan biarkan masalah peribadi (seperti masalah kewangan) mengganggu prestasi kerja. Nilaian positif adalah pada domain penilaian PERSONALITI ‘kestabilan emosi’.


7. Saya rasa tidak berpuas hati apabila rakan sejawatan mendapat penilaian cemerlang.

Jawapan : B - Tidak

Penerangan : Tidak berpuas hati pada orang lain membawa kepada elemen negatif. Kita harus rasa tercabar dan berusaha meningkatkan diri untuk mendapat penilaian cemerlang juga.


8. Saya suka menjauhkan diri daripada perkara negatif di pejabat.

Jawapan : A - Ya

Penerangan : Sentiasa positif dan jauhkan diri dari perkara negatif adalah ciri pekerja yang cemerlang.


9. Saya lebih gemar menyembunyikan rasa tertekan akibat lambakan kerja daripada pengetahuan ketua saya.

Jawapan : B - Tidak

Penerangan : Cabaran kerja harus diserap dan diselesaikan jika ianya dalam skop tugasan. Tetapi jika ianya ‘lambakan kerja’ yang tidak sepatutnya, dan disebabkan oleh rakan sekerja, ianya harus dimaklumkan kepada ketua jabatan supaya dapat diselesaikan. Jadi tindakan tepat ‘tekanan akibat lambakan kerja’ harus dimaklumkan dan bukan disembunyikan. Untuk khidmat nasihat akibat tekanan, ketua jabatan akan merujuk Bahagian Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)


10. Saya lebih mementingkan hasil kerja daripada cara melakukan kerja.

Jawapan : B - Tidak

Penerangan : Cara melakukan kerja yang tidak terkawal semata-mata untuk mencapai hasil yang diharapkan boleh mendorong kita membuat kerja tanpa mempeduli undang-undang atau batasan. Ianya boleh menyusahkan orang lain dan melebihi had yang sepatutnya. Ini adalah nilaian negatif. Jika nilaian positif ia sepatutnya; “Saya akan berusaha semaksimum mungkin untuk mencapai objektif kerja tanpa melanggar prinsip integriti”.


11. Apabila saya melakukan kesalahan saya takut untuk bertanggungjawab

Jawapan : B - Tidak Setuju

Penerangan : Bertanggungjawab atas kesalahan dan berusaha membetulkan kesalahan adalah domain penilaian INTEGRITI.


12. Apabila perlu membimbing orang lain menjalankan tugas, saya berasa kurang senang

Jawapan : B - Tidak Setuju

Penerangan : Tugasan membimbing orang diberikan kepada mereka yang layak sahaja. Apabila anda diberikan tugasan seperti ini, ertinya anda dirasakan layak oleh majikan untuk memikulnya. Jadi anggap ianya sebagai satu penghormatan dan peluang untuk anda pergi lebih jauh.

13. Apabila melakukan pekerjaan berkumpulan segala tindakan perlulah mendapat persetujuan dari ketua kumpulan.

Jawapan : A - Setuju

Penerangan : Ketua kumpulan memainkan peranan membawa kumpulan mencapai objektif. Setiap ahli kumpulan harus bergerak selari dengan koordinasi ketua kumpulan dan tidak mengambil tindakan secara solo tanpa izin ketua kumpulan. Itu adab dan tatakelola dalam berkumpulan.


14. Apabila memuji orang bawahan, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang memalukan

Jawapan : A - Setuju

Penerangan : Memuji dan memberi penghargaan kepada orang bawahan adalah nilaian
positif dalam mewujudkan ekosistem organisasi yang sihat.



15. Saya berasa simpati apabila ada kutipan derma dilakukan untuk mereka yang ditimpa kemalangan.

Jawapan : A - Setuju

Penerangan : Rasa simpati pada kesusahan orang yang ditimpa kemalangan adalah nilai diri yang tinggi dalam kehidupan. Jika tidak dapat membantu dari segi wang atau barangan, melahirkan simpati juga satu medium bantuan emosi.


16. Apabila ada tugas yang perlu membimbing orang, saya berharap agar saya tidak diberi tugasan tersebut.

Jawapan : B. Tidak Setuju

Penerangan : Tugasan membimbing orang diberikan kepada mereka yang layak sahaja. Apabila anda diberikan tugasan seperti ini, ertinya anda dirasakan layak oleh majikan untuk memikulnya. Jadi anggap ianya sebagai satu penghormatan dan peluang untuk anda pergi lebih jauh.


17. Apabila saya melakukan sesuatu kerja, saya berharap agar ada orang yang memberi perhatian

Jawapan : A - Setuju

Penerangan : “BERHARAP orang memberi perhatian” kerana kerja kita bagus. “BERHARAP orang tidak beri perhatian” kerana kerja kita tak bagus. Nilaian positif di sini adalah kita akan memastikan kerja/tugasan kita dalam keadaan terbaik. Keberadaan kita diharapkan. Pekerja yang bagus akan diberi perhatian atas kerjanya. Contohnya jika Lionel Messi atau Christiano Ronaldo berada di padang, kita akan beri perhatian dalam gerakan permainan bola sepaknya kerana kita tahu mereka terbaik dunia.Tetapi, soalan sebegini akan jadi nilaian negatif jika ianya diubah menjadi; “Apabila saya melakukan sesuatu kerja, saya berharap agar ada orang memberi pujian”.


18. Membincangkan sesuatu idea dengan orang lain disukai oleh saya

Jawapan : A - Ya

Penerangan : Pada tahap cambahan idea, perbincangan dengan orang lain diperlukan sebelum masuk ke fasa perlaksanaan. “Two heads are better than one”.


19. Semasa merancang sesuatu projek, saya tidak menggemari untuk mengajak orang lain menyertainya

Jawapan : B - Tidak

Penerangan : Dalam fasa perancangan, percambahan idea diperlukan. Mengajak orang lain untuk turut serta boleh memberikan impak positif dalam perancangan anda. “Two heads are better than one”.


20. Apabila saya tidak setuju dengan pandangan pihak atasan, saya berani untuk menyuarakan pendapat saya.

Jawapan : A - Ya 

Penerangan : Memberi pendapat untuk perbincangan apabila tidak bersetuju adalah nilaian yang positif. Beremosi apabila tidak bersetuju pula adalah nilaian negatif yang perlu dielakkan.

Manakala untuk Ebook Tambahan Khas SPiER pula mempunyai 28 muka surat. Korang akan dapat lihat contoh soalan dan cara menjawab. Selain itu juga disertakan sekali jawapan penilaian SPiER untuk senang semak jawapan korang. 

spa9 soalan daya menyelesaikan masalah

Bukan itu sahaja, korang juga akan dapat Ebook Extra Matematik dalam 54 muka surat. Dalam ini korang boleh ulangkaji Nota Matematik dan diberikan 50 contoh soalan beserta jawapan dan jalan penyelesaian.

Harga ebook nie RM40 tetapi memang berbaloi sangat untuk dibeli.. Sesuai untuk buat latihan sebelum exam.. dan memang sangat details jawapan yang diberi terutama bahagian daya penyelesaian masalah (Matematik)

Ujian Psikometrik ini sebenarnya ujian yang paling mudah nak jawab.

Kita hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4 - 5 jawapan yang menguji keyakinan korang (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan dalam membuat pilihan.

Nampak mudah kan? Tetapi ramai yang terperangkap dengan masa dan atitude suka hentam sebab tak cukup masa.

Tahu tak, bila kita hentam, sebenarnya kita terperangkap dengan susunan soalan yang telah dicerakinkan dari beberapa isu sahaja. Banyak lagi tips dan trick yang dikongsikan dalam
rujukan ini. 

Memang tidak expect jugalah ebook nie bagus betul.. So sesiapa yang dapat ujian psikometrik bolehlah beli ebook nie.. Boleh simpan lama dan boleh guna untuk mana-mana jawatan dalam SPA9. 


Korang inginkan lagi contoh soalan ujian psikometrik 2023? Jom klik butang di bawah untuk baca.



Contoh Soalan Psikometrik Beserta Jawapan & Penerangan




Aku highly recommended kepada korang untuk baca satu rujukan psikometrik ini. Dalam tu, Tim Infokerjaya telah terangkan secara terperinci dalam menjawab ujian psikometrik. Dalam tu ada 200 soalan berserta jawapan disediakan untuk anda.

Soalan pulak sentiasa dikemaskini mengikut standard yang dikeluarkan oleh SPA dan mengikut format psikometrik yang terkini.

Rujukan untuk Ujian SPiER / Psikometrik / SPIK. Ianya adalah rujukan umum sesuai untuk semua jawatan yang ada ujian Psikometrik.

Ebook Pertama Dah Siap

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, MasyaAllah tak sangka semuanya dipermudahkan. Akhirnya Ebook pertama dah siap! Korang boleh dapatkan ebook pertama aku secara percuma di Telegram Belajar Buat Blog.

Pertama kali buat ebook sendiri jadi mungkin banyak sangat kekurangan dalam ebook tu. Aku buat ebook tu sebab senang nak jelaskan dengan lebih terperinci tutorial step by step buat blog. 


Kalau buat ebook ni senang sikit nak letak gambar banyak-banyak. Selain itu, salam masa yang sama nak buat marketing jugalah untuk tarik lebih ramai followers join telegram. 

telegram belajar buat blog

Apabila dah post ebook kat telegram tu aku tak sangka juga dapat sambutan yang baik. MasyaAllah. Rasa penat siapkan artikel dan ebook dalam masa 2 minggu tu berbaloi sangat. Walaupun sekadar free ebook.

Ramai juga yang chat nak minta ajar macam-macam kat blog. Aku memang nak ajar juga sebenarnya cuma nak buat tutorial memang ambil masa. So aku harap korang boleh sabar menanti konten yang lain. InsyaAllah sedang usahakan untuk siapkan next ebook lagi. 

Untuk blog ini aku bukan kejar trafik sangat sebenarnya jadi aku nak buat artikel yang berkualiti supaya aku boleh kongsi banyak benda dengan korang. 

Ada juga yang chat sanggup bayar untuk aku buat topik tertentu. Terharu sebenarnya. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik dan semampu yang boleh. Doakan ya~

Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

Blog's Story

Assalamualaikum
Bismillah

Sejak aku menceburi bidang dalam blogging ini, pertama kali aku kena buat banyak sangat benda selain menulis. Nak buat ebook bukan mudah. Banyak sangat yang nak difikir.

blog's story

Sebenarnya bukan tak boleh upah orang lain. Tetapi belum mampu. Nak buat pun kena ada website sendiri juga. Nak buat cover ebook lagi, setup borang tempahan, email semuanya. 

Walaupun untuk permulaan nak buat free ebook saja pun banyak benda nak dibuat. Nampak mudah tetapi rumit juga sebenarnya ya. haha~

Aku dah tulis artikel baru tetapi tak dapat nak publish lagi sebab nak siapkan free ebook sekali. Huhu

Tak sabar sebenarnya nak berkongsi apabila dah siap semuanya. Semoga Allah permudahkan semuanya. Aamiin..



Cara Kira Loan Kereta Dengan Betul

Assalamualaikum
Bismillah

Sejak berkahwin nie, antara benda baru yang aku belajar dalam rumahtangga ialah pasal kereta. Suami minat sangat dengan kereta. Jadi banyak sangat term atau istilah pasal kereta yang aku baru dengar. 

Aku kalau bab kereta, rumah, insurans ke memang agak slow sikit nak faham. 

Jadi memandangkan suami penggemar kereta aku pun mulalah mencari info berkenaan kereta. Dan aku suka tengok youtube Dr Adam Zubir berkenaan loan kereta, tips-tips kewangan, beli rumah dan sebagainya. Memang sangat menarik konten Dr Adam Zubir. 

Cara Kira Loan Kereta Dengan Betul

Antara konten yang menarik perhatian aku adalah tentang Cara Kira Loan Kereta Dengan Betul.

Melalui perkongsian Dr Adam Zubir, beliau berkongsi cara kira loan kereta dengan melihat amaun kereta kita sama dengan jumlah tahunan gaji bersih.

Sebagai contoh gaji RM2000 sebulan x 12 Bulan = RM24,000

Jadi korang boleh cari kereta yang di bawah harga RM24K sebaik-baiknya. Tetapi sekiranya korang baru bekerja dan tidak mampu beli harga kereta RM24K, bolehlah cari used car iaitu kereta second hand.

Selain itu, boleh juga gunakan formula beliau iaitu formula 20 / 5 / 15.
  • 20% sebagai downpayment kereta
  • 5 tahun itu pula bersamaan dengan 5 tahun tempoh loan. 
  • Dan 15% bersamaan dengan gaji bersih
Bermaksud, jangan bayar kereta atau bulanan kereta tidak melebihi dari 15%  daripada gaji bersih korang.

Cara Kira Loan Kereta Dengan Betul

Sebagai contoh gaji fresh graduate ialah RM2000 x 12 Bulan = RM24,000 jumlah kereta maksimum kita boleh beli. 

Pengiraan ini khas untuk yang nak beli kereta untuk long term dan first hand untuk keselamatan misalnya. 

Gunakan Formula 20 / 5 / 15 tadi. 
  • 20% x RM34,000 (Harga kereta) = RM6,800 downpayment

Jadi, sebelum nak beli kereta kena ada sekurang-kurangnya RM6,800 untuk donwnpayment bayar kereta.

  • Bank Loan : RM34,000 - RM6,800 = RM27,200

Pertama sekali kena tahu interest rate untuk kereta baru. Misalnya interest rate sebanyak 2.5%.
Kita kena kira berapa interest yang akan dikenakan kepada kita (bergantung dengan bank loan).

Untuk kira interest pula,

  • RM27,200 x 2.5% = RM680 setahun (Keuntungan yang dikenakan banyak kepada korang)

Jadi semuanya bergantung dengan tempoh loan yang korang ambil. Jadi untuk kira jumlah interest yang dikenakan kepada kita pula,

  • Jumlah Interest sepanjang tempoh 5 tahun : RM680 x 5 tahun = RM3,400 

Sudah kira jumlah interest, korang kena kira pula total amount yang korang akan bayar kepada pihak bank.

  • RM27,200 + RM3,400 = RM30,600 (yang korang kena bayar kepada bank)
Berapakah Montly Installment (bayaran bulanan) yang korang kena banyar?

  • RM30,600 / (5 tahun x 12 bulan) = RM510 sebulan (selama 5 tahun)

Sekarang kita dah kira semuanya kan? Jadi, persoalannya 'Adakah RM510 ini menepati 15% gaji bersih?'

  • % Car Installment : 510 /2000 = 25.5% (Melebihi 15% daripada gaji bersih)

JAWAPANNYA ADALAH TIDAK!

So nak buat macam mana? Korang boleh extend tempoh loan sehingga 10 tahun.

Dalam pengurusan kewangan, pentingnya kita untuk jaga cash flow. Sekiranya kita menggunakan 15% daripada gaji bersih untuk bayar loan kereta maka sukar untuk kita membuat simpanan ataupun pelaburan. 

Korang juga boleh gunakan CarPaymentCalculator.net untuk kira. 

Korang jangan lupa follow youtube Dr Adam Zubir kerana pengkongsian ilmu beliau sangat membantu sebenarnya dalam mengurus kewangan dan pendapatan khasnya kepada golongan berpendapatan kecil. 

Malah, kebanyakkan pencerahan beliau juga sangat jelas dan membantu dalam merangka perbelanjaan kereta. 

Apapun sekena ingat kemampuan sendirilah macam mana. Sekian itu sahaja perkongsian ini. 











Logo Belajar Buat Blog

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah 'ala kulli hal, Allah permudahkan semuanya hari ini. Banyak yang nak kena setup untuk blog baru tu. Blog untuk belajar buat blog kali ini sangat berbeza dengan blog yang lain. Kalau blog aku yang lain cuma fokus untuk trafik dan google adsense sahaja.

Tetapi blog ini aku nak berkongsi semuanya tentang blog. Aku cuma mahu nampak lebih organize dengan konten berkenaan blog. Kalau kat blog ini sebenarnya okay juga cuma niche pun dah rojak. 

Bagi followers dan blogger mungkin tahu konten dalam blog ini. Cuma aku nak lebih ramai lagi yang tahu tentang dunia blogging ni macam mana. 

Okay, enough with that. Let's move on with my new logo. 

logo-canva

Logo Belajar Buat Blog

Sebenarnya semalam aku baru saja design logo untuk blog. Mungkin tidaklah nampak profesional sangat. Cuma nak juga ada branding. Lagipun logo ini boleh buat untuk header, watermark, dan profile untuk sosial media. Tujuan buat logo supaya lebih recognize gitu. 

Aku rasa terharu sebab ramai kawan-kawan yang bagi cadangan, komen dan vote logo mana yang sesuai dengan niche blog. Hasil daripada gabungan 2 logo maka jadilah logo yang sekarang. 

Apabila dah siap logo ni, senang sikit nak buat laman media sosial yang lain. Bagi yang nak tahu macam mana aku buat logo, korang boleh guna Canva. Canva sangat sesuai untuk beginners dan yang dah mahir dengan design. 

Logo aku buat simple dipadankan dengan template blog. 

Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.

Berapa Kerap Anda Perlu Cuci & Tukar Tuala Mandi

Assalamualaikum
Bismillah

Tuala mandi adalah sangat penting untuk mengeringkan tubuh badan setiap kali selepas mandi. Namun ramai juga yang hanya bersikap acuh tak acuh tentang kebersihan tuala mandi. 

Ada juga individu yang menggunakannya sehingga lumat dan kotor. Apatah lagi bagi individu yang mempunyai skin alergic perlu kerap membersihkan tuala mandi. 

Namun timbul satu persoalan yang sangat penting iaitu berapa kerap anda sepatutnya mencuci tuala mandi itu?

Berapa Kerap Anda Perlu Cuci & Tukar Tuala Mandi
Photo : Hello Doktor

Kenapa penting untuk anda cuci tuala mandi?

Untuk pengetahuan korang, penggunaan tuala mandi yang kotor dengan kerap akan menyebabkan kerengsaan pada kulit.

Selain itu, ia juga akan meningkatkan risiko penyebaran jangkitan bakteria Staphylococcus yang biasa merebak melalui pakaian.



Oleh sebab itulah, elakkan untuk berkongsi tuala mandi dengan orang lain.

Berapa kerap anda perlu cuci tuala mandi?

Menurut Cleaning Institute, adalah disarankan untuk anda mencucinya setiap kali selepas 3 kali penggunaannya.

Ini bermakna jika kalian mandi pada setiap hari, anda perlu sekurang-kurangnya mencuci tuala mandi 2 kali seminggu.

Selain mencuci tuala, ada satu lagi perbuatan yang perlu dilakukan dengannya iaitu menukar tuala apabila sudah sampai waktu!


Berapa kerap anda perlu ganti tuala mandi?

Sebenarnya, bukan sahaja anda perlu kerap mencuci tuala mandi, malahan juga harus kerap gantikan ia dalam tempoh yang ideal.

Ia adalah sangat bergantung kepada kualiti dan kuantiti penggunaannya selain anda sendiri boleh lihat pada permukaan towel tersebut.

Jika sudah terlalu kotor, nipis atau berbau dan ia tidak mampu diselamatkan lagi, maka adalah wajar untuk anda menukarnya.

Apa yang paling penting, sila baca label atau tag yang disediakan oleh pengeluar dan diselitkan pada tuala tersebut.

Namun ada juga beberapa faktor yang menyebabkan anda perlu untuk mencuci atau menukar tuala mandi dengan lebih kerap.

Faktor perlu lebih kerap cuci & ganti tuala

Pun begitu, wujud juga beberapa faktor yang menyebabkan anda perlu untuk mencuci atau menukar ia dengan lebih kerap lagi.

Antara faktor yang dinyatakan itu termasuklah:
  • Tuala mandi yang terlekat cecair badan
  • Tuala yang digunakan untuk mengelap peluh
  • Tuala yang terperap lama di dalam bag
  • Tuala yang tersimpan lama di bilik air
  • Jika anda menghidap kondisi kulit sensitif

Cara terbaik untuk anda cuci tuala mandi

  • Pastikan ia kering terlebih dahulu sebelum menjemurnya di ampaian
  • Tidak perlu sehingga menggunakan peluntur untuk membunuh kuman
  • Ikut arahan yang terdapat pada label atau tag tuala, berikan perhatian khususnya pada suhu dan tahap air mesin basuh
  • Pertimbangkan untuk guna cecair pelembut atau cuka semula jadi ketika membilas
  • Ambil tahu kondisi mesin basuh anda agar kalian tahu sama ada perlu atau tidak/ berapa kerap perlu ia disanitasi
  • Jangan membasuh lambakan tuala mandi dengan terlalu banyak kerana ia mungkin tidak dapat dibersihkan sepenuhnya
Jika anda lebih cenderung memilih untuk membasuhnya dengan tangan, juga tiada masalah malahan ia adalah pilihan lebih bijak.

Walau apapun cara anda mencucinya, ingatlah bahawa untuk melakukannya dengan kerap dan cermat untuk kesan yang lebih baik.

Ingat ya, sila basuh dan ganti tuala mandi anda apabila sudah sampai masanya!

Sumber : Hello Doktor
© all rights reserved
made with by templateszoo