Kita selalu tunggu birthday, anniversary atau Hari Bapa baru nak bagi hadiah dekat suami, kan? Tapi sebenarnya… suami pun suka kejutan spontan!
Lagi-lagi kalau kita bagi hadiah untuk suami tanpa sebab — waktu dia tengah penat kerja, tengah stres, atau waktu dia langsung tak sangka. Barulah rasa dihargai tu berganda-ganda!
Jom tengok 10 idea hadiah murah untuk suami yang simple tapi confirm buat dia senyum lebar.
1. Minyak Wangi Pilihan Dia
Lelaki memang suka bila orang puji bau dia wangi. Cari minyak wangi yang dia selalu pakai, atau surprise dia dengan bau baru yang macho. Mesti dia perasan dan happy! Orang lelaki lagi suka apa-apa yang dipakai dihadiahkan oleh isteri.
2. Wallet Baru (Lagi-Lagi Kalau Yang Lama Dah Koyak!)
Percaya tak, ramai suami guna dompet sampai lunyai? Kadang malu nak beli baru. Dompet ni antara hadiah untuk suami yang sentiasa relevan — sebab dia guna setiap hari. Kalau isteri boleh beli handbag mahal-mahal takkan nak belikan dompet untuk suami pun tak mampu kan?
3. T-shirt / Kemeja Warna Kegemaran
Hadiah simple tapi sangat bermakna. Lagi best kalau kita belikan saiz dan warna yang dia suka. Kita yang kenal suami kita suka fashion macam mana. So sekali sekala belikan pakaian untuk suami.
4. Biskut / Kek Buatan Sendiri
Tak payah tunggu raya! Buat biskut kegemaran dia dan letak dalam balang comel. Atau buat kek coklat kukus yang meleleh. Bila dia tahu kita buat sendiri, lagi dia rasa dihargai. Kalau suami kerja jauh tak balik rumah 2-3 hari lagi better buat biskut untuk kudapan. Walaupun jauh di mata sentiasa ingat air tangan bini. Boleh juga buatkan bento khas, suami mana tak suka masakan isteri.
5. Earphone / Gadget Kecil
Suami kaki YouTube atau suka dengar lagu? Hadiahkan earphone baru, powerbank comel atau aksesori telefon. Tak mahal, tapi berguna dan thoughtful. Selain itu boleh juga belikan casing phone.
6. Pewangi Kereta
Hadiah kecil tapi sangat best, lebih-lebih lagi kalau suami jenis yang jaga kereta macam sayang anak sendiri. Pilih bau yang segar dan maskulin.
7. Keychain Number Plate
Kalau suami jenis sayang sangat dengan nombor plat kereta dia (atau kereta impian dia), keychain custom ni confirm buat dia senyum. Boleh pilih design simple atau yang nampak sporty. Tambah nama dia sekali? Lagi personal! Hadiah kecil tapi meaningful.
8. Tiket Masuk Auto Show / Event Kereta
Ini idea next level. Kalau suami kaki kereta, belikan tiket ke event mana-mana expo motorsport — dia akan rasa macam budak dapat mainan baru. Best sebab bukan sekadar hadiah, tapi memori bersama yang dia takkan lupa.
9. Dashcam
Hadiah yang nampak ‘techy’ tapi sangat praktikal. Dashcam bukan jA bantu rakam perjalanan, tapi juga penting untuk keselamatan — especially kalau selalu drive jauh atau bawa kereta sorang-sorang. Suami mesti rasa dihargai bila tahu isteri dia fikir pasal keselamatan dia di jalan raya.
10. Vacuum Kereta Wireless
Kalau suami jenis suka kereta dia kemas bersih, vacuum tanpa wayar ni life-saver. Mudah nak guna, senang simpan, tak perlu cari plug — sesuai sangat untuk touch-up bahagian seat, carpet dan ruang kecil.
Terima kasih bagi idea. Hehee kebetulan 16/5 nnt
BalasPadamTerima kasih bagi idea. Kebetulan 16/5 nanti anniversary kami.
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.