Buy Royal Canin For Cats online at cheapest prices.

Penggunaan AI dalam Penulisan Blog: Manfaat dan Risiko Plagiat

Sii Nurul
3
Assalamualaikum
Bismillah

Kehadiran AI memang memberi banyak manfaat kepada para blogger dalam mencari idea dan menulis artikel. Namun, ada beberapa keburukan yang juga perlu diperhatikan, terutama dalam konteks plagiat dan etika penulisan.

Aku ada jumpa beberapa artikel yang hampir sama dengan konten blog aku. Aku boleh kenalpasti kandungan artikel tu sebab tidak ramai blogger berkongsi topik berkenaan dengan "blogging".

Aku boleh tahu artikel tersebut diambil dari blog aku sebab kandungan artikel dari tajuk sehingga kesimpulan memang sama. Aku tahu sebab aku menulis artikel tu ambil masa yang lama. Aku tak ambil kisah sangat tentang idea kerana ilham ini pun datangnya dari Allah.

Semua orang boleh mempunyai idea yang sama tetapi apa yang tak bestnya apabila baca dari segi penyampaian dan contoh pun memang sama. AI mungkin boleh mengubah susunan kata supaya nampak lebih kemas, pfofesional dan original, tetapi lenggok bahasa tu nampak ketara sangat.

Kalau bandingkan artikel tu dengan artikel yang ditulis asal memang jauh beza jugalah sebab penulisan AI lebih baik. Sedih jugalah, artikel kalah dengan AI. Hahaha

ai risiko plagiat

Manfaat AI untuk Blogger:

1. Inspirasi dan Idea Penulisan

AI dapat membantu memberikan inspirasi dengan menyediakan pelbagai topik, sudut pandang, dan maklumat terkini yang boleh dijadikan bahan tulisan. Sebagai contoh, aku nak tulis tentang tips blog tetapi tiada idea nak tulis tips blog pasal apa. 

Jadi aku boleh gunakan AI untuk senaraikan beberapa topik tentang "tips blog" seperti di bawah :
  • Panduan Asas untuk Memulakan Blog Anda Sendiri
  • 10 Tips Penting untuk Blogger Pemula
  • Kesalahan Umum Blogger dan Cara Mengelakkannya
  • Cara Menulis Tajuk Blog yang Menarik Perhatian
AI juga boleh memberikan sudut pandang baru tentang topik yang sama, menjadikan artikel lebih menarik dan bervariasi.

2. Pengoptimuman SEO

Pelbagai alat AI yang direka untuk membantu blogger dalam mengoptimumkan SEO, menjadikan artikel yang dihasilkan lebih mudah ditemui di enjin carian.

Sebagai contoh, AI boleh menganalisis kata kunci yang paling relevan dan popular yang berkaitan dengan topik artikel. Selain itu, AI juga boleh memberi cadangan tentang bagaimana untuk menyusun artikel, meletakkan kata kunci pada tempat yang strategik, dan memperbaiki meta deskripsi. 

CONTOH 1
  • Kata Kunci : Cara menulis artikel blog
  • Tajuk : Rahsia Penulisan Artikel Blog yang Berkesan
  • Deskripsi : Pelajari rahsia penulisan artikel blog yang berkesan untuk menarik pembaca dan meningkatkan trafik laman web anda.
CONTOH 2
  • Kata Kunci : Cara menarik pembaca blog
  • Tajuk : 7 Strategi Berkesan untuk Menarik Pembaca Blog
  • Deskripsi : Temukan 7 strategi berkesan yang dapat anda gunakan untuk menarik perhatian pembaca blogdan meningkatkan jumlah pengunjung. 

Ini semua akan meningkatkan kebolehupayaan artikel untuk berada di halaman pertama enjin carian seperti Google.


3. Penyuntingan dan Pemeriksaan Tatabahasa

AI dapat membantu memperbaiki tatabahasa, ejaan, dan struktur ayat, menjadikan artikel lebih profesional dan mudah dibaca.

Sebagai contoh, blogger yang mungkin tidak mahir dalam tatabahasa boleh menggunakan alat AI seperti Grammarly atau LanguageTool untuk memeriksa dan memperbaiki kesalahan tatabahasa dan ejaan. 

Kebaikan menggunakan AI, ia juga mencadangkan penambahbaikan dalam struktur ayat, memastikan artikel itu lebih lancar dan mudah difahami oleh pembaca.


4. Menghasilkan Konten dengan Cepat

AI dapat menghasilkan draf artikel dengan cepat sekaligus menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti blogger dalam proses penulisan.

Misalnya seorang blogger yang perlu menghasilkan beberapa artikel dalam masa yang singkat dapat memanfaatkan penggunaan AI untuk menulis draf asas. 

AI sangat membantu dalam menyediakan kerangka artikel dan mengisi kandungan utama berdasarkan topik yang diberikan. Ini membolehkan blogger fokus lebih banyak masa kepada kerja penyuntingan dan memperbaiki artikel secara keseluruhan. 


Keburukan Penggunaan AI dalam Penulisan

1. Plagiarisme

AI memudahkan seseorang untuk meniru artikel yang sudah ada dengan mengubah beberapa kata atau ayat. Hal ini boleh mengurangkan originaliti dan kreativiti dalam penulisan. Dengan kemunculan AI ni dah semakin mudah untuk plagiat artikel orang lain. 

Menggunakan AI untuk menulis artikel bermakna korang tidak terlibat sepenuhnya dalam proses penyelidikan. Korang hanya menerima maklumat yang disediakan oleh AI tanpa memahami topik secara mendalam. 

Ini boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai pemahaman yang cetek dan tidak mampu menjawab soalan yang lebih kompleks tentang topik tersebut.


2. Kualiti Artikel Menurun

Artikel yang dihasilkan oleh AI tidak memiliki kedalaman dan pemahaman wawasan yang sama seperti artikel yang ditulis oleh manusia atau penulis asal. Individu yang terlalu bergantung pada AI mungkin kehilangan suara dan gaya penulisan peribadi mereka. 

Artikel yang dihasilkan oleh AI cenderung mempunyai nada dan struktur yang seragam. Ini boleh mengakibatkan korang kehilangan keunikan yang membezakan tulisan korang daripada orang lain.

3. Ketergantungan pada AI

Ketergantungan pada AI dalam penulisan bermaksud korang menggunakan AI secara berlebihan untuk menghasilkan kandungan, sehingga tidak aktif untuk terlibat dalam proses penulisan itu sendiri.

Sekiranya korang sering menggunakan AI untuk menghasilkan artikel dan tidak meluangkan masa untuk berlatih menulis, korang akan cenderung untuk mengabaikan pemilihan kata yang tepat, menyusun ayat dengan baik atau mengembangkan argumen yang kuat. 

Terlalu bergantung pada AI untuk memperbaiki kesilapan tidak membantu kita belajar dari kesilapan tersebut.

Secara dasarnya, artikel nampak profesional dan asli namun kemahiran menulis tidak berkembang kerana tidak berlatih menulis secara aktif. 


4. Isu Etika Penulisan

Menggunakan AI untuk menghasilkan kandungan yang kemudian dipersembahkan seolah-olah ditulis secara manual oleh penulis asli boleh dianggap tidak beretika. Apatah lagi artikel tersebut ditiru daripada penulis asal blog yang lain. 

Selalu patuhi etika penulisan dengan memberikan kredit pada sumber informasi dan tidak mengklaim karya orang lain sebagai milik kita terutama sekali sumber daripada gambar.


Cara Mengatasi Masalah Keburukan Penggunaan AI 

Berikut adalah cara mengatasi keburukan penggunaan AI:

1. Menggunakan AI sebagai Alat Bantu, Bukan Pengganti

Boleh sebenarnya gunakan AI untuk mendapatkan idea, memeriksa tata bahasa, atau membantu reset kata kunci, tetapi tetaplah menulis konten dengan gaya dan kreativiti sendiri. Penggunaan AI sebenarnya membantu meningkatkan tahap kecekapan dan kualiti penulisan artikel, bukan menggantikan kreativiti dan keunikan gaya penulisan blogger. 

Walaupun AI membantu dalam proses menghasilkan artikel tetapi penulis masih perlu mengawal kandungan yang dihasilkan agar artikel tersebut sesuai dengan isi dan gaya penulisan sendiri. 

2. Memeriksa Plagiarisme

Memeriksa plagiarisme adalah langkah penting untuk memastikan bahawa konten yang kita hasilkan adalah asli dan tidak menyalin karya orang lain tanpa izin.

Terdapat pelbagai alat dalam talian yang korang boleh gunakan untuk memeriksa keserasian teks dengan karya-karya yang telah wujud sebelum ini. 

Antara salah satu alat untuk memeriksa plagiarisma ialah https://plagiarismdetector.net/

 Alat ini membolehkan pengguna memuat naik teks mereka dan mengimbas keseluruhan pangkalan data untuk mencari kesamaan dengan karya-karya yang telah diterbitkan sebelum ini.
Ini adalah contoh artikel blog aku yang ditiru oleh penulis lain. Kelemahan alat ini ialah korang hanya boleh menyalin teks sebanyak 1000 patah perkataan sahaja. 

Dengan melakukan pemeriksaan plagiarisme korang dapat memastikan bahawa konten yang dihasilkan adalah asli dan tidak menyalin dari sumber lain.

3. Asah Kemahiran Menulis

Teruslah mengasah kemahiran menulis dengan melakukan latihan menulis, membaca, dan mempelajari teknik-teknik penulisan yang berbeza supaya AI hanya menjadi alat bantu, bukan sumber utama dalam menghasilkan konten yang berkualiti. 

Berlatih menulis setiap hari, walaupun hanya dalam jangka masa yang singkat. Kemahiran menulis akan terasah dengan lebih baik melalui amalan yang berterusan.

Kesimpulan

Kemunculan AI memberikan manfaat besar kepada para blogger dalam penulisan artikel blog. Walaupun begitu, ia juga menimbulkan risiko plagiarisme serta kehilangan daya untuk menghasilkan artikel yang berkualiti.

Oleh itu, penting untuk menggunakannya secara bijak sebagai alat bantu, sambil terus mengasah kemahiran menulis dan memeriksa plagiarisme untuk menjaga etika penulisan. Dengan pendekatan yang seimbang, penggunaan AI dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti penulisan blogger dengan lebih baik. 

Akhir kata, tidak dinafikan mungkin dalam blog ini juga mempunyai kandungan yang diplagiat hasil karya orang lain. Oleh itu, aku dengan sedaya upaya berusaha untuk melihat kembali penulisan lama sekiranya pernah mengambil idea atau maklumat dari sumber lain tanpa diberikan kredit kepada sumber asal tersebut. 


Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. isu plagiat ni memang tak kan habis.. pelik betul yg suka copy paste ni.. kerja senang je.. Busyra pernah dulu ada rakan blogger juga tiru entri.. sama sebijik. dan gambar busyra pun dia ambil. huhu.. tapi malas nak cakap apa. diam je la.. bagi busyra orang yang copy paste ni, dorang tak ada special tersendiri dalam penulisan..

    BalasPadam
  2. Setujuuuu. Pakai AI itu akan hilang ciri khas, dan kliatan tidak berjiwa tulisannya. Krn itu saya lebih suka menulis dengan cara story telling, supaya ciri khas saya tetap ada.

    Selama ini jarang sangat pakai AI. Pernah saya coba utk mencari contoh itinerary traveling ke suatu tempat. tapi kebanyakan semua rekomendasi yg dia kasih terlalu biasa, mainstream. Jadi sejak itu saya malas pakai. Tidak ada keunikan. Better saya yg browsing dan searching, lalu buat ITIN sendiri

    BalasPadam
  3. Banyak rupanya tips berblog yaa. Hehehe. Dah lama sangat tinggal dunia blog nii. Bukak sekejap2 jee untuk tengok blog sendiri dan kadang jengah blog kawan2. Kebanyakan diorang pon dah tak aktif, Rinduuu nak berblgwalking macam duluuu. Banyak perubahan dengan dunia blog sekarang kann. Taktau pulak AI membantu dalam penulisan blog. Hehehe saya ni menulis blog sebagai suka2 jeee. Ituu yang tak kisah sangat tuu dengan yang lain. Apa2 pon semoga awak terus cekal dan tabah sebagai penulis blog yaaa :)

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write