Buy Royal Canin For Cats online at cheapest prices.

Langsir Sliding Door Murah di Shopee

Sii Nurul
5
Assalamualaikum
Bismillah

Dah lama tak mencoret di blog sampai lupa nak intro macam mana. Banyak sangat nak kongsi pasal pengalaman pindah rumah, kemas rumah, aktiviti baru bercucuk tanam dan sebagainya. 

Tak tahu nak mula dari mana. Dah nak masuk 15 hari kami tinggal di rumah sewa baru. Jadi hari ini aku nak kongsi tentang langsir sliding door aku beli di Shopee. 

langsir sliding door

Mulanya nak beli langsir warna peach pink gitu. Tetapi setelah berbincang dengan suami, kami akhirnya memilih untuk beli langsir warna hijau atau biru. 

Aku beli langsir ini masa Shopee Live. Antara saiz yang ada :
  • Langsir pendek : 120cm (L) x 160cm (H)
  • Langsir panjang : 120cm (L) x 220cm (H) 
Disarankan beli 1 langsir untuk 1 panel pintu atau tingkap. 

Apa yang best dengan langsir ini, korang boleh guna dawai (rod) atau cangkuk (hook). Untuk sliding door aku guna cangkuk saja. 

langsir sliding door 3 panel

Dari segi warna kami pilih warna biru ke hijau macam tu. Design just simple saja. Tak suka berbunga-bunga sangat. 

Langsir ini jenis semi blackout. Jadi tidak terlalu nampak sangat dari luar sebab sliding door pun gelap. Kalau sliding door 3 panel disarankan untuk beli 3-4 keping langsir. 

Kain pula jenis cotton sederhana nipis dan ringan. Labuh pun sesuai dengan saiz pintu di rumah. Langsir nie lawa kalau biar macam tu saja. Kalau diikat atau klip cepat berkedut. 

Aku beli langsir ini sebab sewa di rumah nie tak lama. Cuma 2 tahun saja. Nak beli langsir mahal rasa membazir sebab kalau dah balik Sabah renyah juga nak packing kalau terlalu banyak barang. 

Selain itu, nak cepat beli langsir sebab rasa tak senang rumah takda langsir. Ketiga sebab nak save bajet untuk tahun ni sebab dah banyak sangat guna untuk balik Sabah bulan lalu. 

Kalau ikutkan aku suka langsir yang tebal, berat dan blackout. Tetapi banyak benda lagi nak kena fikir. So, asal ada langsir okaylah. 

Kalau korang berminat nak tengok langsir yang murah di shopee, boleh beli di  https://s.shopee.com.my/10gyFYD8rr

Catat Ulasan

5Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. semi blackout pun ok je , cantik warna biru tu

    BalasPadam
  2. Linda pun pakai langsir recycle je.. Hihihi..asal ada langsir..

    BalasPadam
  3. Saya pun belum tukar langsir lagi. Fikir kalau tukar langsir, mana nak letak langsir sedia ada ni. Kain blackout kan tebal. penuh satu almari

    BalasPadam
  4. Betul kak. Kalo cuma sementara di rumah itu, baguslah beli langsir yg ringan dan simple saja. Yang terpenting bisa menutupi rumah dari luar.

    Kalo rumah sendiri barulah beli yg berat, bagus dan tebal kan 👍😊

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write