Assalamualaikum
Bismillah
Memiliki satu ruang khas untuk anak-anak bermain dan belajar adalah impian setiap ibu bapa. Selain memberikan ruang untuk kreativiti dan pembelajaran, ia juga dapat mengurangkan beban ibu bapa dalam membersihkan rumah.
Namun, kadangkala kita berfikir juga adakah kita perlu membelanjakan banyak wang untuk untuk mencipta ruang seperti ini?
Tidak perlu! Terdapat banyak cara untuk membuat playroom yang hebat tanpa melanggar bajet. Di sini, aku kongsikan beberapa contoh idea untuk playroom yang murah tetapi pasti akan membuatkan anak-anak korang tersenyum gembira.
Idea Playroom Simple dengan Bajet Murah untuk Anak-Anak
1. Penyimpanan Mainan
Gunakan kotak simpanan plastik murah atau bakul anyaman untuk menyusun mainan. Ini tidak hanya menjimatkan ruang tetapi juga menjadikan proses kemasan lebih mudah. Korang boleh beli di kedai Eco, MR DIY, atau Ninso.- Toy Storage 👉 https://s.shopee.com.my/7pXLWZnI1c (RM1.34)
- Storage box with lid 👉https://s.shopee.com.my/g4AzYt0Ff (RM5.52)
- Clear Mini Storage Box Transparent 👉https://s.shopee.com.my/2AsymSEinm (RM2.91)
2. Hiasan Dinding
Korang juga boleh mencetak gambar-gambar yang ceria dari internet dan memaparkannya di dinding dengan menggunakan klip kertas atau frame yang murah. Ini akan memberikan sentuhan personal kepada ruang bermain kanak-kanak.Kalau nak lagi simple, korang boleh buat aktiviti melukis bersama anak-anak dan menggantung hasil karya anak di dinding untuk lebih menarik dan berseni.
- Children's Education Posters 👉https://s.shopee.com.my/2fpFNiYznW (RM1.75)
- Cute Animals Tree Kids Height Measurement 👉 https://s.shopee.com.my/5V9QkxEoBS (RM2.30)
- Wall sticker kids room 👉https://s.shopee.com.my/6V1xwqMv6b (RM9.70)
3. Tikar Mainan/ Playpen Keselamatan
Beli tikar mainan yang murah tetapi berkualiti untuk melindungi lantai daripada kerosakan ketika anak-anak bermain. Selain itu, ia juga memberikan keselesaan kepada anak-anak semasa bermain terutama kepada bayi.Sekiranya anda mempunyai anak yang masih kecil, playpen adalah keperluan untuk memastikan keselamatan mereka semasa bermain. Anda boleh mencari playpen yang ringkas dan mudah dipasang dengan harga yang berpatutan.
- Playmat Kids Pattern 3D Printing 👉https://s.shopee.com.my/5AWaMtSflp (RM9.21)
- Stripe Pattern 3D Carpet 👉https://s.shopee.com.my/605hMME3Qz (RM9.44)
- Baby Playmat Foam Floor 👉 https://s.shopee.com.my/3AlVz6qJUV (RM1.70)
4. Education toys
Permainan seperti blok pembinaan, puzzle, dan alat muzik sederhana adalah pilihan yang bagus untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran anak-anak. Korang boleh mencari mainan-mainan ini dengan harga yang berpatutan dalam kedai-kedai barangan rumah.- Building Blocks Shape Puzzle 👉https://s.shopee.com.my/8KTc9M0Wof (RM2.85)
- Wooden Educational Toys 👉 https://s.shopee.com.my/5AWaNdf1iF (RM2.32)
- Music Instruments 👉https://s.shopee.com.my/4Ae3BwsGA5 (RM7.80)
5. Set Meja dan Kerusi
Meja kecil dengan kerusi adalah penting untuk anak-anak melakukan aktiviti seperti mewarna atau melukis. Belilah set meja yang ringkas tetapi kukuh untuk memastikan keselesaan anak-anak semasa menggunakan.- Plastic Chair Rabbit Design 👉https://s.shopee.com.my/6peoNCzgiv (RM18.43)
- Ikea Mammut Sets Kids Table Chair 👉https://s.shopee.com.my/2LCP10JOft (RM54.90)
- Study Drawing Table👉https://s.shopee.com.my/605hNmHpUT (RM43.90)
- Table Hpyhome Foldable 👉https://s.shopee.com.my/2VVpDOU9FH (RM19.55)
6. Buku-Buku Cerita
Korang tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk mendapatkan koleksi buku cerita yang bagus. Cari buku-buku yang murah tetapi berkualiti dari kedai buku terpakai atau jualan buku online.
- Buku Cerita Kegemaran Sayangku👉https://s.shopee.com.my/6V1xz7Iti7 (RM4.21)
- (60 Books Per Set) Kids Early Learning Story Books 👉https://s.shopee.com.my/5pmHBxxLfH (RM3.60)
- Bright Kids Nursery Series Exercise Book 👉https://s.shopee.com.my/7fDvNOxU4H (RM5.28)
Dengan menggabungkan idea-idea di atas, ibu bapa boleh mencipta playroom yang hebat dan menyeronokkan untuk anak-anak tanpa perlu membelanjakan banyak wang.
Ingatlah, yang penting adalah memberikan ruang untuk kreativiti dan pembelajaran anak-anak tidak kira berapa besar bajet yang korang miliki.
bagus ni... boleh cari barang barang nak deco bilik belajar dan bermaik anak anak tu
BalasPadamSaya minat idea kedua!
BalasPadamBila ada ruang khas, takdelah penat mak mak nak mengemas.
BalasPadamldy hanya letak dlm kotak yg dijual kat diy tu.. yg sedikit besar.. susun dalam bilik si adek..
BalasPadamdiy je sekarang
BalasPadamKalo lihat design2 seperti ini, ya Allah, teringin langsung nak renov rumah 😄😄. Tapi memang budget harus pelan2 , tak murah kan. Anak saya pula minta dibuatkan kamar sendiri. Tuh laah sedang nabung utk deko kamar dia 😄
BalasPadamCatat Ulasan
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.