Cara Mudah Sekat Iklan Google Adsense

Assalamualaikum
Bismillah

Pelik betul iklan adsense yang keluar ni. Korang perasan tak iklan Google Adsense yang keluar baru-baru nie. Yang part lelaki jilat kaki tu. Sangat mengganggu pemandangan blog nie. 

Iklan tu pasal ubat kaki saja rasanya, cuma hmm kurang menyenangkan bila tengok. Advertiser nie dah takda idea kot nak buat iklan yang kreatif. Google Adsense ni banyak ja iklan pelik-pelik. Walaupun dah block tetap saja keluar. 

sekat-iklan-adsense

Cara Mudah Sekat Iklan Google Adsense

1. Pertama sekali, login akaun Google Adsense

2. Pergi Content, pilih Brand Safety.

3. Kemudian, pilih Ad Review Center



4. Korang boleh pilih iklan mana yang nak disekat. Korang juga boleh pilih iklan yang nak dipaparkan di blog dan report iklan yang tak bagus seperti alcohol, tabbaco atau pil-pil yang memudaratkan. 


Sebenarnya memang banyak iklan yang tak bagus. Dan ada juga iklan yang tetap keluar walaupun dah disekat. 

Jadi kalau tak nak iklan tu keluar, Google Adsense cadangkan untuk terus report melalui Ad Review Center ataupun korang isi saja Google Form untuk buat report. 

Iklan yang perlu disekat sekiranya melanggar satu atau lebih daripada dasar-dasar berikut:
  • Trademarks
  • Counterfeit goods
  • Healthcare and medicine
  • Illegal drugs
  • Tobacco
  • Illegal goods/services
  • Misleading advertiser claims
  • Nudity in an image ad
  • Sexual content involving minors
  • Weapons
  • Phishing

Dasar-dasar Iklan Google

Dasar-dasar pengiklanan merangkumi 4 bidang utama:

1. Prohibited content : Kandungan yang tidak boleh iklankan di Rangkaian Google.

Maksudnya kandungan seperti yang disenaraikan tidak boleh diiklankan di blog. Sebagai contoh mempromosikan rokok, menulis konten lucah ataupun sebarang bentuk keganasan. Kandungan seperti ini akan disekat oleh Google. 


2. Prohibited practices: Perkara yang tidak boleh dilakukan jika ingin beriklan dengan Google Adsense.

Biasanya ianya berkaitan dengan penyalahgunaan rangkaian iklan dengan memanipulasi pengguna dengan mengarah ke halaman yang lain. 

Selain itu, pengumpulan dan penggunaan data secara tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat kad kredit, mengetahui status kewangan pengguna ataupun mencuri data peribadi pengguna.

Google Adsense juga tidak membenarkan iklan atau destinasi yang menipu pengguna dengan mengecualikan maklumat produk yang berkaitan atau menyediakan maklumat yang menyesatkan tentang produk, perkhidmatan, atau perniagaan.

3. Restricted content and features : Kandungan yang boleh iklankan, tetapi secara terhad. 

Google membataskan penyampaian jenis kategori iklan tertentu kepada pengguna yang tidak log masuk atau pengguna yang sistem kami tunjukkan berusia di bawah 18 tahun.

Hanya pengiklan yang berkelayakan sahaja yang dapat menyampaikan iklan tanpa had di website mereka. Beberapa format iklan tidak tersedia untuk semua pengiklan sehingga mereka memenuhi keperluan khusus atau menyelesaikan proses pensijilan.

4. Editorial and technical: Standard kualiti untuk iklan, laman web, dan aplikasi anda.

Google hanya membenarkan iklan yang jelas, bersifat profesional, dan mengarahkan pengguna kepada kandungan yang relevan, berguna, dan mudah untuk berinteraksi.

Contoh promosi yang tidak memenuhi keperluan editorial dan profesional ini:
  • Iklan yang terlalu umum dan mengandungi frasa samar seperti "Beli produk di sini"
  • Penggunaan kata, nombor, huruf, tanda baca, atau simbol seperti FREE, f-r-e-e, dan F₹€€!!
Google Adsense ingin pengguna memiliki pengalaman yang baik apabila mereka mengklik iklan, jadi destinasi iklan harus menawarkan nilai yang unik kepada pengguna dan bersifat fungsional, berguna, dan mudah untuk dinavigasi.

Jadi sekiranya pengiklan melanggar dasar-dasar tersebut, maka kita boleh sekat dan report kepada Google Adsense. 


Kita sebagai blogger tidak boleh kawal apa yang diiklankan oleh pengiklan tetapi kita boleh menyekat dan melaporkan iklan yang melanggar polisi dan dasar-dasar iklan Google. 



Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

3 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Iklan jilat kaki tu, termasuklah iklan kutil2 tu, tak suka yucks

    BalasPadam
  2. Ldy belum terpandang lagi iklan tu.. moga2 xterpandang selama-lamanya.. :D

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama