Langkau ke kandungan utama

Cara Mudah Buat Kek Coklat Moist Leleh

Assalamualaikum
Bismillah

Kek Coklat Moist ni memang sangat popular. Nak buat pun tak susah, boleh jadi peluang berniaga juga. Resepi ni buat kek coklat moist yang premium tapi bahan-bahannya tak mahal sangat. 

Sejak berkahwin, antara resepi yang aku selalu tiru dan tak pernah tak jadi ialah resepi dari Che Nom. Kebanyakkan resepi yang aku follow dari channel youtube Che Nom memang selalu berjaya. UntuK resepi kek coklat moist leleh ini aku boleh dapat dalam 5 bekas. 

Kek Coklat Moist Leleh


Bahan kek coklat:
  • 4 biji telur
  • 1 cwn gula kastor
  • 1 sk esen vanila
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 1 1/4 cwn tepung gandum
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1 sk serbuk penaik
  • 1/4 sk garam halus
  • 1 cwn susu krim penuh
  • 1 cwn minyak jagung
  • 1/2 sk serbuk kopi segera
  • 1 sb air panas

Bahan-bahan untuk coklat ganache:
  • 350g coklat gelap compound
  • 1 cwn susu cair
  • 3 sb mentega

Cara-cara menyediakannya 

1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan baking soda supaya kek lagi gebu. Untuk naikkan rasa coklat, letak sedikit garam.

2. Pecahkan telur, pukul telur dengan gula. Masukkan esen vanila, pukul sehingga kuning pucat. Kemudian masukkan susu pekat. Kacau 2-3 minit (tak guna mixer pun boleh)

3. Setelah itu, masukkan bahan yang diayak tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati. 

4. Apabila adunan dah sekata, masukkan susu penuh krim. Kemudian, masukkan minyak jagung. 

5. Akhir sekali masukkan air bancuhan kopi.

6. Sendukkan adunan dalam bekas kecil dalam 3/4 penuh macam tu. 

7. Masukkan bekas dalam pengukus. Kukus selama 15-20 minit. Kalau lidi bersih bila dicucuk dalam kek, kiranya dah masaklah tu kek kita.

Nota: Kalau nak bakar, suhu oven 160°C masa 18-25 minit atau ikut kesesuaian oven masing-masing. Pastikan guna bekas aluminium jika bakar.


Cara penyediaan coklat ganache

1. Guna mangkuk kaca atau aluminium tahan panas. Jangan bagi mangkuk kena permukaan air tau. Kita nak masak coklat ni dengan wap air panas saja bukan masak atas air. 

2. Kacau colat dan butter sehingga cair sekata. Tutup api kemudian masukkan susu cair. Kacau sebati. 

3. Kek yang dah sejuk tadi boleh tuang coklat ganache di atas kek. Kemudian tabur coklat urai sebagai hiasan. 


Link video Kek Coklat Moist Leleh


Ulasan

  1. sedapnya tengok. nanti boleh la try resepi ni. terima kasih share.

    BalasPadam
  2. Rajin Nurul...
    Bolehlah cuba nanti kalau akak ada kerajinan nak buat 🤣

    BalasPadam
  3. dah lama tak buat kek coklat moist ni , CCL suka kukus lagi dari bakar dalam oven

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bakar mcm kering sy rasa.. kalau kukus rasa lgi lembut

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catatan popular daripada blog ini

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...