JOM TULIS ARTIKEL 2024

Assalamualaikum
Bismillah


Jika korang seorang yang memiliki minat mendalam dalam dunia penulisan dan khususnya ilmu dakwah Islamiah, inilah peluang emas untuk menyinari dunia kreativiti korang.

Majalah Dakwah, terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), kini membuka peluang kepada semua untuk menghantar artikel terbaik yang mungkin akan menjadi penyinari minda pembaca pada tahun 2024!

JOM TULIS ARTIKEL 2024

Kriteria Penulisan:

  • Panjang Artikel: Antara 700-800 patah perkataan sahaja.

  • Keaslian: Pastikan artikel adalah hasil ciptaan sendiri dan belum pernah diterbitkan di mana-mana platform.

  • Bentuk Penulisan: Pilihan perkataan santai dan mudah difahami. Kita mahukan pembaca merasai keselesaan dan kefahaman semasa membaca.

  • Genre Artikel: Korang bebas memilih genre mengikut kesesuaian, namun pastikan unsur dakwah Islamiah tidak terpinggir.

  • Gambar: Sekiranya artikel dapat diperkayakan dengan gambar, jangan malu-malu untuk menghantarnya bersama. Gambar aktiviti atau berkaitan dengan artikel lebih dialu-alukan!


Hantar Karya Anda:

  • Emelkan artikel terbaik anda ke 📧 majalah.dakwah@yadim.com.my sebelum tarikh tutup penghantaran.


Yang Menariknya:

  • Artikel terpilih yang berjaya diterbitkan akan menerima sesuatu yang istimewa dari pihak YADIM sebagai tanda penghargaan. InsyaAllah, kontribusi anda akan memberi impak positif kepada pembaca!


Jangan Lupa Sertakan:

  • Sebagai sebahagian daripada permohonan, sila lampirkan CV (resume) anda serta nombor akaun bank terkini. Ini akan memudahkan proses penghantaran hadiah sekiranya artikel anda dipilih.

Hantar artikel terbaik anda sekarang dan jadilah penyumbang inspirasi dalam keluaran terkini Majalah Dakwah YADIM tahun 2024!

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

2 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Menarik.. siapa yang bijak mengarang artikel ilmiah bolehlah join...

    BalasPadam
  2. Wahhh menarik tu.. siapa yang minat tu bolehlah cuba

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama