Beli Kalender 2024 di Shopee

Assalamualaikum
Bismillah

Dah nak penghujung bulan Januari baru dapat beli kalender. Aku beli kalender 2024 di Shopee sahaja. Dari tahun lalu lagi nak beli kalender cuma aku tak tahu nak beli di mana. 

Selalunya kalau hujung tahun mesti dapat kalender percuma dari supermarket setiap kali beli barang. Tetapi tahun lalu tak dapat langsung. Hahaha~

Apabila balik Sabah aku tak ingat dah nak beli kalender. Balik saja Pontian dah masuk tahun 2024. Cari di kedai tak jumpa pula kedai mana yang jual kalender. Jadi malas nak fikir aku order sajalah di shopee. 

Table Desk Calender 2024 - Harga RM5.90 sahaja

Kalender ini aku beli di shopee tak sampai 3 hari dah sampai. Memang cepat betul seller dan delivery buat kerja. Aku beli sekali dengan sticker untuk tampal di kalender untuk event atau tarikh yang penting. 

Walaupun zaman dah canggih dan kita boleh saja tengok kalender dari smartphone. Cuma fizikal kalender nie lagi best kalau ada di rumah sebab boleh conteng-conteng. 

Table Desk Calender 2024


Selain itu, kalender ini juga ada Public Holiday Malaysia. Jadi senang nak buat perancangan kalau nak bercuti ataupun buat apa-apa planning di rumah. Suami aku pula selalu outstation kerja, jadi memang perlu sangat kalender.

Dari segi design memang banyak sangat design untuk kalender ini. Dan aku order design Seasons of The Year. Cantik sangat lihat gambar musim-musim di luar negara. Angan-angan mahu pergi luar negara, tetapi hanya mampu lihat dari gambar saja hehe.

Sekiranya korang berminat, boleh beli di link https://shope.ee/5V6fmufr3N

Bukan kalender saja yang ada, planner, notebook, stickers, washi tape dan banyak lagi yang ada dijual di kedai shopee ini.


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

2 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama