Berkhitan, atau "khatan" dalam bahasa Melayu, adalah amalan penting dalam agama Islam yang melibatkan pemotongan kulit yang menutupi kepala zakar lelaki dan sedikit pemotongan kulit klitoris pada wanita.
Ia juga dikenali sebagai sunat atau dalam bahasa inggeris circumcision. Ia bukan hanya sekadar satu tindakan fizikal, tetapi juga mempunyai makna mendalam dalam Islam.
BERKHITAN
"Khitan" atau berkhatan (dalam istilah Melayu) bermakna memotong kulit (kulup) yang menutupi kepala zakar (bagi lelaki) dan memotong sedikit hujung kelentit (clitoris) (bagi perempuan).
Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, daripada Nabi SAW sabdanya:
اَلْفَطْرَةُ خَمْسٌ - أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ : الْخِتَانُ، وَالِاسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الْإِبْطِ، وَتَقْلِيْمُ الْأَطْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ.
Maksudnya: "Fitrah itu lima perkara- atau lima perkara termasuk daripada fitrah-: khatan, mencukur bulu kemaluan (lelaki ataupun wanita), mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan menggunting misai." Hadis riwayat al-Bukhari (5552)
Imam al-Ramli menyebut:
(وَيَجِبُ) (خِتَانٌ) لِذَكَرٍ وَأُنْثَى
Maksudnya: Dan wajib berkhatan bagi lelaki dan perempuan.
Antara dalil yang menyebut tentang pensyariatan khatan ialah:
Firman Allah SWT dalam al-Quran:
ثُمَّ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Maksudnya: Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik. (Surah Al-Nahl, 16: 123)
Selain itu, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
اخْتَتَنَ إِبْرَاهِيمُ بَعْدَ ثَمَانِينَ سَنَةً، وَاخْتَتَنَ بِالْقَدُومِ
Maksudnya: “Nabi Ibrahim AS berkhatan selepas berumur 80 tahun dengan menggunakan qadum (alat seperti beliung, kapak kecil).” Riwayat al-Tirmidzi (2799)
HUKUM BERKHITAN
Ada perbezaan pendapat tentang hukum berkhitan ini. Ada yang mengatakan ia sunat, dan mazhab asy-Syafi'i pula mengatakan berkhitan wajib bagi lelaki dan wanita.
Sepotong hadis riwayat Imam Ahmad r.a. daripada Nabi SAW:
الْخِتَانُ سُنَّةٌ لِلرِّجَالِ، مَكْرُمَةٌ للنساء.
Maksudnya: "Khitan itu disunatkan bagi kaum lelaki dan merupakan kemuliaan bagi kaum wanita." Hadis riwayat Imam Ahmad (21262)
Manakala bagi mereka yang mengatakan wajib pula berpegang kepada sabda Nabi SAW kepada seorang lelaki yang baru memeluk agama Islam:
أَلْقِ عَنْكَ شَعَرَ الْكُفْرِ، وَاخْتَتِنْ.
Maksudnya: "Buanglah daripadamu rambut kekufuran dan berkhitanlah." Hadis riwayat Abu Daud (356)
Seorang anak yang baru lahir disunatkan untuk berkhitan ketika berusia tujuh hari. Namun, kiraan ini tidak mengambil kira hari ia dilahirkan.
Perlu diingatkan juga agar keadaan tubuh badan si anak selamat dan tidak mendatangkan kesan buruk selepas khitan dilakukan.
Jika khitan dilewatkan, para ulama menggalakkan khitan itu dilakukan ketika anak berusia tujuh tahun. Hal ini kerana pada waktu itu, mereka diperintahkan dan dilatih untuk mengerjakan solat serta perlu berada dalam keadaan suci daripada najis.
KHATAN BAGI LELAKI
Ibnu Hajar al-Haitami menyatakan bahawa:
(وَ) فِي (الرَّجُلِ بِقَطْعِ) جَمِيعِ (مَا يُغَطِّي حَشَفَتَهُ)؛ حَتَّى تَنْكَشِفَ كُلُّهَا وَبِهِ يُعْلَمُ أَنَّ غُرْلَتَهُ لَوْ تَقَلَّصَتْ حَتَّى انْكَشَفَ جَمِيعُ الْحَشَفَةِ فَإِنْ أَمْكَنَ قَطْعُ شَيْءٍ مِمَّا يَجِبُ قَطْعُهُ فِي الْخِتَانِ مِنْهَا دُونَ غَيْرِهَا وَجَبَ وَلَا نَظَرَ لِذَلِكَ التَّقَلُّصِ؛ لِأَنَّهُ قَدْ يَزُولُ فَتُسْتَرُ الْحَشَفَةُ وَإِلَّا سَقَطَ الْوُجُوبُ كَمَا لَوْ وُلِدَ مَخْتُونًا.
Maksudnya: Dan pada lelaki (yang berkhatan) dipotong kesemua (kulit) yang menutupi hasyafah (kepala zakar); sehingga terbuka keseluruhannya dan dengannya dapat difahami bahawa bahagian yang tidak dipotong itu, jika terlipat sehingga terbuka keseluruhan kepala zakar , maka boleh dipotong sebahagian daripada bahagian yang ditentukan untuk dipotong bagi khitan tanpa bahagian selainnya maka wajib (dipotong). Tidak diambil kira bahagian yang terlipat (sebagai khitan) kerana bahagian tersebut adakalanya boleh hilang sehingga boleh tertutup kepala zakar. Jika tidak (boleh hilang dan tertutup kepala zakar) maka gugurlah kewajipan khitan sepertimana jika dilahirkan dalam keadaan yang sudah berkhitan.
Oleh itu, khatan dengan cara yang betul dan sempurna adalah dengan memotong kulit pada bahagian zakar tersebut sehingga nampak keseluruhan kepala zakar. Khatib al-Syirbini menyebut bahawa tidak memadai dan tidak cukup hanya potong sebahagian kulit.
Adapun bagi isu kulit zakar yang terlipat sehingga boleh menampakkan keseluruhan hasyafah, maka wajib potong sebahagian daripada yang sepatutnya yang dianggap sebagai khatan untuk dipotong dengan tidak mengambil kira kulit itu terlipat.
Hal ini kerana, kulit yang terlipat itu kadang-kadang boleh menutupi hasyafah dan jika tidak menutupinya maka gugur kewajipan khatan kerana dianggap seperti dilahirkan seperti orang yang sudah berkhatan.
BERKHATAN BAGI WANITA
Disebutkan oleh Imam Abu Daud daripada Ummu 'Athiyyah bahawa Rasulullah SAW pernah menyuruh seorang wanita yang mengkhitan seseorang supaya tidak memotong keterlaluan dengan sabdanya:
لَا تُنْهِكِيْ. فَإِنَّ ذَلِكَ أَحْظَى لِلْمَرْأَةِ، وَأَحَبُّ إِلَى الْبَعْل.
Maksudnya: "(Apabila engkau mengkhitan wanita,) janganlah berlebihan (dalam memotong bahagian yang dikhitan). Sesungguhnya ia lebih memberi manfaat (membahagiakan) wanita dan lebih menyenangkan bagi suami." Hadis riwayat Abu Daud (5271)
Berdasarkan hadis ini dapat kita melihat bahawa khitan bagi wanita adalah dengan memotong sedikit mungkin bahagian kulit yang terdapat pada klitoris.
Sabitnya pensyariatan khatan ini juga dikuatkan dengan hadis daripada Humaid bin Bilal, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
وَمَسَّ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ
Maksudnya: Dan apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan wanita, ertinya jimak) maka wajiblah mandi. Hadis riwayat Imam Muslim dalam al-Sahih (no. 349)
Hadis ini menunjukkan bahawa wanita juga berkhatan, dan bukan sahaja lelaki. Dalam mazhab al-Syafie, hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib mengikut pendapat yang masyhur dan seperti mana yang diputuskan oleh Imam al-Syafie.
Imam al-Rafie daripada Syafieyyah ada menyebutkan suatu wajah (pendapat) dalam mazhab Syafie bahawa hukumnya sunat ke atas wanita, tetap pendapat ini dianggap syadz (ganjil).
Imam Ahmad turut menyatakan kewajipannya tetapi Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan majoriti ulama menyatakan ianya sunat. Rujuk Majmu’ Syarh al-Muhazzab (1/300-301) oleh Imam al-Nawawi
HIKMAH BERKHITAN
1. Boleh membawa kepada kesempurnaan beragama.
Khitan adalah salah satu sunnah atau tindakan yang dianjurkan dalam Islam. Melaksanakannya membawa kesempurnaan dalam amalan agama dan memenuhi tuntutan ajaran Islam.
2. Membezakan antara orang Islam dan bukan Islam.
Khitan juga berfungsi sebagai tanda pengenalan bagi individu sebagai Muslim. Ini membezakan orang Islam dari bukan Islam dan mengukuhkan identiti keagamaan mereka.
3. Menjaga kesihatan dan mengawal syahwat.
Khitan membantu menjaga kesihatan lelaki dengan mengurangkan risiko jangkitan dan masalah kesihatan berkaitan dengan kawasan kemaluan. Selain itu, ia juga dikaitkan dengan pengawalan syahwat dan pemeliharaan kebersihan.
4. Pemeliharaan diri daripada bahaya penyakit.
Khitan membawa manfaat kesihatan dengan mengurangkan risiko penyakit kulit dan jangkitan dalam kawasan kemaluan. Ia juga dikaitkan dengan penurunan risiko penularan HIV dalam beberapa kajian.
RINGKASAN :
Dalam khitan lelaki, prosedur melibatkan pemotongan kesemua kulit yang menutupi kepala zakar sehingga kepala zakar terdedah sepenuhnya. Jika ada bahagian kulit yang terlipat dan dapat menutup kepala zakar, bahagian ini juga harus dipotong untuk khitan dianggap sah.
Pemotongan kulit yang terlipat tidak memadai dan tidak memenuhi syarat khitan yang betul. Oleh kerana kulit yang terlipat kadang-kadang boleh menutupi kepala zakar atau tidak, kewajipan khitan harus dilaksanakan dengan memotong bahagian yang seharusnya dipotong, tanpa mengambil kira kulit yang terlipat.
Ini kerana, jika kulit yang terlipat dapat menutup kepala zakar, kewajipan khitan dianggap telah dilaksanakan seperti dalam keadaan seseorang yang sudah berkhatan.
Oleh itu, prosedur khitan yang betul melibatkan pemotongan kulit pada kepala zakar sehingga kepala zakar terdedah sepenuhnya.
Bagi perempuan, bahagian kulit diatas saluran kencing (klitoris), yang seperti balung ayam jantan dan disunatkan agar dinipiskan atau dikemaskan sahaja, dan jangan melampau-lampau dalam memotong seperti amalan female genital mutilation yang mana sehingga merosakkan dan mencacatkan klitoris. Bahkan perbuatan seperti itu diharamkan dalam Islam.
RUJUKAN :
- Kementerian Kesihatan Malaysia, Garis Panduan Berkhatan teknik Dorsal Slit Penolong Pegawai Perubatan, Percetakan Mesbah Sdn Bhd:KKM, Hlm.1.
- Al-Ramli, Nihayah al-Muhtaj, Dar al-Fikr:Beirut, Jld.8, Hlm.35.
- Ibnu Hajar al-Haitami, Kitab Tuhfah al-Muhtaj, Kitab al-Siyal, Jilid.9, Hlm.199
- Khatib al-Syirbini, Mughni al-Muhtaj, Kitab al-Siyal, Jld.5, Hlm.539
- AL-KAFI #1862 : HUKUM KHATAN TIDAK SEMPURNA BAGI LELAKI
- AL-KAFI #419 : HUKUM BERKHATAN BAGI KAUM WANITA
- Buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus, Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid
Saya punya banyak teman lelaki non muslim, dan mostly mereka dikhitan. Saya pernah tanya kenapa, dan mereka mengakui bahwa khitan itu bagus untuk kesehatan dan related sangat dengan kebersihan. Bahkan ada ajaran kristiani yg sebenarnya mewajibkan khitan. Walopun ini tidak dilakukan oleh semua.
BalasPadamKalo bagi wanita, saya ingat dulu anak saya yg perempuan mau saya khitan di dokter rumah sakit tempat dia lahir. Tapi dokternya menolak. Dia menentang khitan utk anak perempuan 😁.
Saya paham alasan dia. Tapi bagi saya anak perempuan ttp wajib dikhitan. Jadi saya respect dengan pilihan beliau untuk tidak mau khitan anak bayi perempuan, tapi akhirnya saya cari dokter lain yang mau. Untungnya ketemu. Tinggal yang bungsu nih , planning Dec pas cuti sekolah khitan lah dia 😄
IKut syariat maka dapat kesempurraan beribadah...lebih banyak manfaat berkhatan untuk golongan lelaki
BalasPadamCatat Ulasan
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.