Segmen Review Bersama Cuya Si Primadonno

Assalamualaikum
Bismillah

Cuya ajak join segmen dia. Jom kita ramai-ramai memeriahkan blog Cuya. Hehe~ Segmen yang dijalankan lebih kurang seminggu saja. 

Segmen Review Bersama Cuya Si Primadonno
klik banner

Syarat untuk join pun mudah :

1. Buat artikel bertajuk Segmen Review Bersama Cuya Si Primadonno
2. Copy banner dan backlink ke blog Cuya.
3. Review pendek blog Cuya + Mention 2 blog
4. Komen link entri

Segmen Review

Review Blog Cuya

Nak review apa ya? Kalau korang singgah blog Cuya memang boleh kenal dah itu blog Cuya. Hahaha.. I mean ada identiti tersendiri, unik dan senang nak kenal empunya blog.

Cuya orangnya friendly dan kalau korang save contact memang selalulah nampak status whatsapp yang lawak-lawak. Hahaha Aku jenis memerhati saja sebenarnya. 

Cuya antara blogger yang rajin blogwalking dan komen. Jadi rugi korang tak follow. Nak blog banyak komen? Cari je Cuya~ hehe

Kalau korang perhatikan bahagian label blog dia banyak kongsi tentang Bookreview, rajin join Giveaway, suka melukis dan tulis puisi. Cuya juga kreatif dalam buat Pickupline haha.

Itu saja. Thanks Cuya sebab anjurkan segmen ini sebab nak buat banyak artikel sikit bulan nie haha.

Aku tag Cik Rose dan  Qisstiera

Updated : Lupa nak review 2 blog lagi.


Review Blog Fanny Dcatqueen

Aku pilih blog yang ada dalam top commentators iaitu blog fanny_dcatqueen. The reason is because she always left comment in this blog. Aku baru saja kenal dengan blogger dari Indonesia. Aku suka baca blognya tentang traveling dan food. 

Aku suka dengan design blognya yang unik dan menarik. Simple saja warna purple. Sekiranya korang berminat dengan niche travel dan food bolehlah singgah ke blog Fanny.

Review Blog Nonasani Life With Love


Blog seterusnya ialah Blog Nonasani. Aku suka baca blog nona sebab kebanyakkan entrinya menarik. Aku paling suka entri yang berkaitan dengan Islam. 

Selain itu, nona rajin update blog. Korang boleh nampak sendiri kat blog archieved. So kalau tiada idea blog, korang singgahlah blog Nona. Aku selalu dapat idea selepas blogwalking blog kawan-kawan. It's really helpful. 


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

5 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Semoga menang kak Nurul 🎉🎉🎉🎉. Cuya memang ramaaah sangat orangnya. Teringin pula ketemu dia suatu masa nanti ☺️

    BalasPadam
  2. datang singgah dari http://www.thefox.my/ ^^

    BalasPadam
  3. Best of luck, Nurul... Akak pun baru join jugak...

    BalasPadam
  4. good luck nurul...baru sempat nk BW geng2 blogger yang join segmen...Salam kenal ya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama