Ceritakan Satu Perkara Yang Lelaki Harap Wanita Faham Mengenai Lelaki

Assalamualaikum
Bismillah

Sebenarnya aku terbaca ramai yang berkongsi status dari Melaka Daily tentang "Ceritakan Satu Perkara Yang Lelaki Harap Wanita Faham Mengenai Lelaki". Aku rasa lucu dan mungkin  sedikit "relatable" bagi pasangan yang sudah berkahwin. 

Ceritakan Satu Perkara Yang Lelaki Harap Wanita Faham Mengenai Lelaki

Aku saja nak simpan di blog sekadar untuk hiburan. Jadi di sini aku ringkaskan apa yang kebanyakkan lelaki nak wanita faham tentang mereka. 


1. Diam bermaksud kuota perkataan dah habis.

Fakta menarik : Kuota untuk bercakap bagi seorang Lelaki ialah 7,000 perkataan sehari (kurang bercakap pada waktu malam - kuota dah habis). Kuota bercakap bagi seorang Wanita untuk sehari pula ialah 20,000-25,000 patah perkataan!
Since kuota perempuan masih banyak, kenalah layan mereka cakap sampai habis. Hahaha~ Kemahiran mendengar juga adalah salah satu bentuk komunikasi. Tidak bercakap bukan bermaksud tidak perlu mendengar. 


2. Lelaki juga mudah emosi (sedih, menangis, gembira dll)

Yang ini sangat betul. Lelaki juga berhak untuk mengekspresikan emosi mereka. I mean we have to respect their emotions. Menangis adalah salah satu cara untuk melepaskan emosi. Tiada alasan mengapa lelaki tidak boleh menangis. Malah, mengekspresikan emosi secara sihat dapat membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan emosi dan mental.

3. Lelaki kurang suka dinasihati setiap masa.

Tidak tepat untuk menggeneralisasi bahawa "lelaki kurang suka dinasihati setiap masa," kerana ianya bergantung dengan karekter seseorang, pengalaman atau konteks individu tersebut. Ada ramai juga lelaki yang lebih terbuka dalam menerima nasihat. 

It depends on situations. Orang tu tengah stres dan nak tenangkan fikiran takkan masa tu juga nak bagi macam-macam nasihat kan. If they needed, they will ask.



4. Tak perlu basuh seluar jeans setiap hari

Yang ni aku tak pasti samada dia maksudkan 'seluar jeans' sahaja ataupun seluar lain-lain juga. Penjagaan seluar jeans tak sama dengan seluar lain. Sebenarnya okay saja pun basuh melainkan mereka nak pakai seluar tu balik. 

5. Jemur pakaian asal kering

Hahaha~ Ada sesetengah wanita mungkin teliti dan cerewet kot bab jemur kain. Aku pun asalkan semua pakaian tu dapat jemur dan kering dah okay. 


6. Diam bukan bermaksud marah

Orang perempuan mungkin tidak boleh tahan kot dengan suasana sunyi. Aku sendiri pun kalau suami diam saja pasti akan cari topik untuk sembang. Kalau tak nak bercakap, masing-masing dengan smartphone. 

7. Suka tarik nafas panjang

Yang nie sungguh 'relatable' hahaha~ Aku pun kalau dengar suami mula tarik nafas panjang tu memang tak keruan dah. Confirm tanya 'Ada masalah ke?', 'Ada nak kongsi?'... Hahaha Mungkin sebab orang perempuan kalau tarik nafas panjang tu banyak maksudnya. 



8. Tutup pintu kereta slowly please!

Yang nie pun selalu juga TERlepas. Kadang bukan sengaja tetapi tak taulah kenapa kalau tutup pintu perlahan kadang tak tertutup. Hahaha. Tapi taklah tutup sampai bergegar orang di dalam tu. Itu memang sadis!


9. Tak perlu tanya, masak saja apa yang ada

Aku sejenis yang memang akan tanya nak makan apa. Hahaha. Pertama, sebab nak tahu in case suami ada craving nak makan apa-apa. Kedua, supaya boleh buat keputusan nak masak apa sebab kadang ada benda nak makan tetapi tiada bahan. 

Aku cuma tak tanya kalau aku rasa masa tu aku malas mahu masak. Jadi, memang terus masak saja. Dan kadang bila dah masak kena tanya pula 'hari ini masak ini saja?' ehh pelik... hahaha

10. Kalau nak sesuatu terus terang je

Aku bab makan dan beli barang ni jaranglah simpan dalam hati. Ada benda aku nak makan atau beli memang aku cakap kat suami. Paling penting suami kena tahu apa kemahuan isteri. Dapat atau tidak itu boleh fikir kemudian. Hahaha


Banyak lagi lah yang mereka luahkan. Dan lawak jugalah kalau baca. Korang boleh baca di Melaka Daily


3 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. ciknur pun x penH tNya suami nk. mkn apa he hee tp tahu kesukaan dia telur

    BalasPadam
  2. Baca ini saya sebenarnya heran dengan suami dan saya sendiri, rasanya jiwa kami tertukar Kot 🤣. Dia lebih banyak bicara, bisa tahan seharian, dan saya pula lebih banyak diam 😅. Tapi saya lebih blak-blak an kalo menginginkan sesuatu, langsung sebut saya nak apa. Terbalik dengan suami, suka pakai kode 🤣🤣

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama