Akhirnya Terjebak Dengan Permainan MONOPOLY GO!

Assalamualaikum
Bismillah


Sekarang nie macam trending betul permainan MONOPOLY GO! tu kan. Aku pun baru saja download MONOPOLY GO! dan nak cuba main permainan ini. Selalu sangat nampak iklannya di mana-mana. 

Rupa-rupanya Monopoly GO ini baharu sahaja dilancarkan secara global pada 11 April 2023. Kiranya masih baru lagi permainan ini. Kalau dulu Pokemon Go yang viral kan. Sekarang ni ada lagi tak yang masih main Pokemon Go?

monopoly-app

Cara Bermain Permainan MONOPOLY GO!

MONOPOLY GO! boleh dimainkan secara percuma dan data internet diperlukan bermain permainan ini. 

Korang hanya perlu download sahaja di Google Play untuk mula bermain. Nikmati keseronokan dan visual klasik dengan gameplay yang sesuai untuk telefon korang! 

monopoly-go-game

Cara untuk bermain korang hanya perlu tekan GO untuk putarkan dadu. Dalam sehari korang boleh dapat 30 dadu tetapi kalau korang bertuah boleh dapat lebih. 

Putar dadu dan kumpul harta aset seperti rumah, hotel, bangunan dan sebagainya. Korang akan dapat wang untuk beli rumah dan sekiranya bertuah berpeluang untuk dapat chance card. 

monopoly-go-game

Selain itu juga, yang bertuah dapat ambil wang dari bank orang lain atau musnahkan aset mereka untuk dapatkan wang Monopoly. 

free-monopoly-go

Bukan sekadar tu sahaja, kalau tersilap boleh termasuk perangkap dan korang kena bayar kalau nak keluar. Ada juga pemain yang terpaksa bayar sewa kat kita. Atau kita akan dikenakan income tax. 

So far best jugalah. Cuma kalau dah habis dadu memang tak dapat buat apalah. Kalau tiada sheild korang memang habislah harta korang musnah oleh pihak lawan. 

Setakat ini aku cuma main untuk suka-suka sahaja. Tak pernah lagi nak beli dadu. Main game santai saja gitu. Boleh juga dapatkan dapatkan Free Dice Monopoly Links

Boleh tahan jugalah game ini, ada yang sampai buat bisnes jual Monopoly Dice. 

Apapun sebelum itu, aku juga nak kongsikan apah hukum bermain game berasaskan dadu. 

HUKUM BERMAIN DADU


Definisi Dadu

Kata Imam Al-Manawi di dalam kitabnya Faidh al-Qadir: Sesungguhnya para ulama salaf telah sepakat atas keharaman bermain dadu. 

Ibn Qudamah juga telah menukilkan Ijmak ke atasnya. Dan dikatakan bahawa sebab pengharamannya adalah kerana: Pengasasnya yang bernama Sabur bin Azdasyir yang merupakan pemerintah Sasan yang terawal telah menyerupakan papan dadunya itu dengan permukaan bumi. 

Pembahagian segiempat diserupakan dengan empat fasal, 30 orang disamakan dengan 30 hari, warna hitam dan putih menunjukkan kepada siang dan malam, 12 buah rumah menunjukkan kepada 12 bulan dalam setahun. [Lihat: Faidh al-Qadir, Al-Manawi 6/219]

Syeikh Al-Zubaidi juga menyatakan pendapat yang hampir sama dengan katanya: Al-Nardasyir merupakan suatu sandaran kepada pengasasnya yang bernama Ardasyir yang merupakan salah seorang daripada raja Parsi. [Lihat: Taj Al ‘Urus, Al-Zubaidi 9/219]

Ibn Manzur mengatakan: Al-Nard adalah suatu permainan. Ia berasal dari Bahasa Parsi dan bukannya Bahasa Arab. Ia dinamakan sebagai Nardasyir, dan Al-Nard itu nama ‘ajam (bukan Arab) manakala Syir itu bermaksud manis. [Lihat: Lisan al-Arab, Ibn Manzhur, 3/421]

Berkenaan dengan makna Syir, al-Zubaidi mengatakan terdapat padanya waham (keraguan) terhadap kenyataan tersebut. Ini kerana, manis di sisi mereka adalah Syirin sebagaimana yang makruf dalam kalangan mereka. [Lihat: Taj al-‘Urus, Al-Zubaidi 9/219]


Hadith-Hadith Dan Hukum Bermain Dadu


Antara hadith-hadith yang menceritakan berkaitan dadu adalah:

Daripada Buraidah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‏مَنْ لَعِبَ‏ ‏بِالنَّرْدَشِيرِ‏ ‏فَكَأَنَّمَا صَبَغَ يَدَهُ فِي لَحْمِ خِنْزِيرٍ وَدَمِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang bermain dadu seperti mencelup tangannya di dalam daging khinzir dan darahnya”. [Riwayat Muslim (2260)]


Daripada Abi Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ لَعِبَ ‏بِالنَّرْدِ،‏ ‏فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَرَسُولَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang bermain dadu maka dia telah melakukan dosa kepada Allah dan rasulnya”. [Riwayat Abu Daud (4938)] [Hadith ini hasan walaupun sanadnya dhaif disebabkan terdapat keguguran pada sanad sebagaimana yang dinilai oleh Syeikh Syu’aib al-Arna’outh]


Kami melihat pengharaman permainan dadu adalah disebabkan terdapat padanya unsur judi bukannya zat dadu itu sendiri. Ini kerana, para ulama’ bersepakat bahawa berjudi itu adalah haram kerana nas yang jelas di dalam al-Qur’an.

Di dalam Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah mengatakan perjudian yang melalaikan seperti bermain dadu dan catur. Jika permainan ini tidak disertakan dengan duit telah berlaku perselisihan dalam kalangan para fuqaha’ pada menentukan hukumnya. [Lihat: Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 406/39]

Ini menunjukkan bahawa terdapat dua pendapat dalam kalangan ulama’ berkaitan hukum bermain dadu jika ia tidak melibatkan perjudian. Di mana satu pihak mengatakan ianya adalah haram berdasarkan zahir hadith di atas dan satu pihak mengatakan ianya adalah makruh. Hal ini, disebut oleh Imam al-Nawawi bahawa jumhur ulama’ mengatakan haram bermain dadu dan telah berkata Abu Ishaq al-Marwazi (iaitu seorang tokoh besar dalam mazhab al-Syafie) daripada ashab atau ulama’ kami (yang bermazhab al-Syafie) bahawa permainan itu adalah makruh dan bukannya haram. [Lihat: al-Minhaj, 15/15]

Kesimpulannya 

Justeru itu, kami membuat kesimpulan berkaitan isu ini adalah dengan mengatakan bahawa bermain dadu adalah dibolehkan jika ianya tidak disertakan atau menatijahkan unsur-unsur yang haram seperti judi dan kelalaian (dalam melaksanakan tuntutan agama). 

Di samping itu juga, kemungkinan permainan dadu yang dimaksudkan oleh hadith di atas tidak sama seperti yang kita lihat pada hari ini. 

Sekali lagi, kami ingin tegaskan bahawa jika adanya sebarang bentuk atau unsur perjudian, pergaduhan dan juga yang membawa kepada kelalaian sehingga berlaku pengabaian terhadap amanah kepada Allah SWT serta tanggungjawab sesama manusia maka hukumnya adalah haram. 

Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama ini kerana ia merupakan tanda bahawa Allah SWT inginkan kebaikan kepada kita. Amin.

Semoga bermanfaat buat semua. 

RUJUKAN : IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-196: HUKUM BERMAIN DADU



Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

4 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. ada donlod juga aritu hahaha tp mcm mls plak nak cuba main hahaha takut gian kang terbawa2 dalam tido hahaha

    BalasPadam
  2. Waah saya baru tahu ada game online nyaaa 😄😄👍. Nanti nak coba download. Dalam 1 permainan ini bisa main dengan orang lain berarti ya kak? Sukaaa main monopoly dulu. Seru memang apalagi bisa menguasai banyak aset kan.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama