Kenaikan Harga Domain NETKL 2023

Notis : Kenaikan harga domain (bermula 1 September 2023)

Berikutan pengumuman kenaikan harga domain oleh pihak Registry (Verisign) (bermula pada 1 September 2023), maka, NetKL tiada pilihan selain turut menaikkan harga jualan domain kami (bermula 1 September 2023), seperti berikut :

harga-domain-netkl

NOTA : jika anda ada 'unpaid invoice' pada 1 September 2023 (yang mengandungi harga lama), harga lama tersebut sudah tidak lagi sah, dan akan dikemaskini kepada harga baru, secara automatik.

Makluman :
  • Sila maklum bahawa; penggubal domain Pengawalselia Domain (ICANN) membenarkan Registrar (Verisign) menaikkan harga domain sebanyak 7% setiap tahun (pada 2020, 2021, 2022, dan 2023).

  • Selepas 'pembekuan harga' 2 tahun, Verisign boleh menaikkan harga lagi, sebanyak 7% setahun (dari 2026-2029), dan diikuti oleh 2 tahun lagi 'pembekuan harga'.

  • Kitaran ini akan berterusan, setiap 10 tahun sekali.

Tahun lalu aku ada update juga pasal kenaikan harga domain. Dan sepatutnya tahun ini harga domain tidak dinaikkan. Kenaikan hanya bermula tahun 2024. Tetapi tak sangka pula NETKL caj kenaikan harga tahun ini. 

Ada yang kata dah tak nak teruskan renew domain sebab jarang update dan job pun semakin berkurang. 

Aku pun berfikir juga sebenarnya sebab aku ada 3 blog yang mempunyai domain. Jumlah nak bayar setiap tahun selepas kenaikan harga domain semuanya RM180. 

Sebagai blogger sepenuh masa untuk bayar domain ketiga-tiga blog Alhamdulillah masih mampu cuma memang struggle juga sekarang nak maintain income adsense dan kerja-kerja blog yang lain.

Tak tahulah apa akan jadi dengan dunia blog dua atau lima tahun akan datang. Kalau naik terus macam nie kena beli untuk 5 tahun terus lah kalau macam nie haha.

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

2 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. tak mustahil soon boleh cecah rm 100 setahun.. harap idok ler.. pernah terbaca blog sapa tah x ingat dia renew 10 tahun terus haa

    BalasPadam
  2. Terkejut jugak bila terima email ni dari NetKL T.T Lenne normally memang renew untuk 3 tahun terus. Maybe lepas ni, nak kena renew for 5 atau 10 tahun terus!

    Lenne | lennezulkiflly.com

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama