Jerebu dan Kesan Kepada Kesihatan [Infografik]

Jerebu merujuk kepada keadaan di mana udara tercemar disebabkan oleh debu, asap dan bahan-bahan lain yang membawa kepada penurunan kualiti udara. 

Jerebu biasanya berlaku apabila terdapat aktiviti seperti pembakaran hutan, pembakaran terbuka, atau aktiviti industri yang menghasilkan banyak asap dan zarah-zarah kecil yang melayang dalam udara.

Biasanya ia mengandungi habuk, bahan berbahaya dan bahan kimia yang tidak sihat untuk pernafasan manusia.

haze-mask

Kadar pencemaran udara yang tinggi akibat jerebu boleh mengakibatkan masalah kesihatan, terutama bagi individu yang mempunyai masalah pernafasan seperti penyakit asma, jangkitan saluran pernafasan, atau masalah kardiovaskular.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. 

IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :

Indeks Pencemaran Udara (IPU)
Untuk bacaan Indeks Pencemaran Udara / Air Pollution Index (API), sila layari apims.doe.gov.my

Pada masa jerebu, kualiti udara secara umumnya akan menurun dan kejelasan udara turut terjejas, keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.. 

Aktiviti luar seperti sukan dan rekreasi perlu dihadkan semasa keadaan jerebu untuk mengurangkan risiko kesihatan. 

Korang perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat korang supaya dapat mengambil langkah-Iangkah pencegahan.

Tanda & Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Tanda & Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan


Tindakan Semasa Jerebu


Tindakan Semasa Jerebu

Tindakan Semasa Jerebu

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama