Enam Resepi Roti Mudah Untuk Sarapan Pagi

resepi-roti-mudah-untuk-sarapan

1. Resepi Roti John

Bahan-bahan:
  • Roti putih (boleh guna roti jenama apa pun contohnya roti Gardenia)
  • 5 biji telur
  • Garam
  • Lada putih
  • Daging cincang
  • Sos pilihan

Cara-cara menyediakannya :

1. 5 biji telur dikocak rata. Perasakan dengan garam dan lada putih.

2. Masukkan daging cincang. Boleh ganti hotdog, filet ketam atau daging burger. Pastikan cincang sebelum masukkan ke dalam bancuhan telur.

3. Panaskan minyak dalam pan. Masukkan bancuhan telur dan masak seperti telur dadar.

4. Letak roti atas telur. Goreng hingga telur garing.

5. Angkat dan sedia dihidangkan. Boleh letak sos cili, mayonis atau sos lada hitam.

Sumber : https://www.maggi.my/

2. Resepi Jejari Roti

Bahan-bahan:
  • 24 keping tepi roti (gunting dari 6 keping roti)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu segar
  • Sedikit garam
  • Gula halus secukupnya
  • Mentega / margerin untuk menggoreng

Cara-cara menyediakannya :

1. Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk. Pukul telur biar sebati.

2. Panaskan 2 sudu besar mentega.

3. Celup roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng sehingga perang.

4. Teruskan sampai habis. Jika mentega kering, bolehlah ditambah untuk menggoreng roti yang seterusnya.

5. Bila dah siap, taburkan gula halus ke atas roti. Sedap dimakan semasa panas-panas.

Sumber : https://www.rasa.my/

3. Roti Sosej Gulung

Bahan-bahan:
  • Sosej
  • Roti
  • Marjerin
  • Telur 2 biji
  • Bread crumb @ serbuk roti
  • Garam
  • Minyak masak

Cara-cara menyediakannya :

1. Rebus sosej sehingga agak lembut. Toskan kemudiannya.

2. Sapukan marjerin atau mentega di atas roti.

3. Kemudian gulungkan sosej dengan roti dan kepal-kepalkan agar sosej tidak tergolek keluar dari dalam roti.

4. Pecahkan telur 2 biji dan taruh sedikit garam. Kacau. Kemudian salutkan roti tadi dengan telur dan seterusnya dengan bread crumb.

5. Dan goreng dalam minyak panas.6. Angkat dan sedia dihidang.

Sumber : https://daridapur.com/


4. Resepi Sandwich Tuna

Bahan-Bahan:
  • 1 bungkus roti sandwich
  • Majerin secukupnya
  • 1 tin tuna in olive oil
  • 1/2 biji bawang besar
  • 4-5 biji cili padi merah
  • 4 sudu besar mayonis
  • Secubit serbuk lada hitam
  • Sedikit perahan lemon atau limau nipis
  • Hirisan timun
  • Hirisan tomato
  • Daun salad

Cara-cara menyediakannya :


1. Potong bahagian tepi kulit roti dengan kemas. Sapu sekata permukaan roti dengan majerin.

2. Hiris nipis bawang besar dan cili padi kepada kepingan kecil.

3. Masukkan tuna di dalam mangkuk bersama dengan bawang besar, cili padi, mayonis, serbuk lada hitam dan jus perahan lemon. Buang sedikit minyak olive. Perasakan dengan garam mengikut citarasa anda (jika suka).

4. Gunakan garfu untuk kacau campuran tuna dan tekan-tekan garfu supaya ketulan tuna menjadi kecil dan sebati.

5. Sudukan tuna dan sapu rata di atas roti. Letak bahan sayur seperti timun, tomato dan daun salad kemudian potong sandwich kepada 2 atau 4 bahagian. Siap dan sedia dihidang.

Sumber : https://myresipi.com/

5. Resepi Roti Keping Telur Sardin Viral

Bahan-bahan :
  • 1 tin kecil sardin
  • ½ biji bawang holland*
  • 3 biji cili padi*
  • Sedikit daun sup dan daun bawang*
  • Garam
  • Lada hitam/ lada sulah
  • 3-4 biji telur
  • Roti keping
Cara-cara menyediakannya :

1. Lenyek ikan sardin (ambil sedikit sos nya).

2. Cincang bahan yang bertanda*.

3. Gaul sebati bahan dengan ikan sardin, telur, garam, lada kecil, lada sulah, bawang holland, daun bawang dan daun sup.

4. Kemudian celupkan roti dalam sardin yang telah dicampur tadi.

5. Lalu, goreng macam roti telur biasa. Siap.

Sumber : Facebook Zur Ain Salim

6. Resepi Karipap Roti

Inti Karipap Sardin :
  • 4 biji kentang sederhana besar (dipotong dadu),
  • 3 biji bawang merah (hiris),
  • 3 ulas bawang putih (hiris),
  • 2 sudu besar serbuk cili (bancuh dengan air),
  • 3 sudu besar serbuk kari ayam (bancuh dengan air),
  • Minyak masak untuk menumis,
  • Kiub ikan bilis@ayam (kalau tidak suka tidak perlu letak),
  • 2 sardin tin (boleh lebih ikut selera masing-masing).

Cara-cara menyediakannya :

1. Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, serbuk cili, serbuk kari. Kacau sampai wangi.

2. Perasakan dengan garam, gula dan kiub.

3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Masukkan dua cawan air masak sampai
kentang empuk. (Tambah air kalau belum empuk).

4. Bila air sudah kering, masukkan 2 ketul sardin dan sosnya sedikit, kacau sebati.

5. Sedia untuk digunakan.Tepi roti tidak perlu buang. Lenyek roti kemudian isi inti kentang. Tekan-tekan dengan garfu untuk buat kelim.

Sumber : Fabebook Zaitul Ummi 


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

1 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. menarik ni. kadang pagi2 tak ada idea nak masak apa. boleh cuba

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama