DOA HARIAN UNTUK KANAK-KANAK PART 1

Sii Nurul
0

Setelah diasuh untuk mengenal Allah & Rasul, latihan solat, membaca al-Quran dan mengetahui serba sedikit tentang kisah-kisah nabi, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengajarkan beberapa adab dan doa kepada anak-anak atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka. 


Doa merupakan satu pergantungan harapan agar Allah SWT sentiasa memberi perlindungan kepada kita dalam setiap gerak kerja harian kita. 


DOA HARIAN UNTUK KANAK-KANAK

Semoga panduan ini dapat membantu anak-anak korang mengamalkan doa harian dengan lebih baik.

1. Doa Sebelum Makan

Doa Sebelum Makan

Kemudian, barulah menyuap makanan atau mengangkat minuman dengan menggunakan tangan kanan. Dianjurkan makan dan minum sambil duduk. 

2. Doa Selepas Makan

Didiklah anak korang melafazkan bacaan doa sebelum dan selepas makan. 

Sumber : Hadis Riwayat Abu Daud (4023), at-Tirmizi (3458), lih.Jami' at-Tirmizi (2751)


3. Doa Masuk Tandas/Bilik Air

doa-masuk-tandas

Kemudian, melangkah masuk ke dalam tandas dengan mendahulukan kaki kiri. Dilarang membuang air kecil sambil berdiri kerana Rasulullah SAW melarang keras perbuatan ini. 

Juga dilarang membuang air kecil atau besar dalam keadaan membelakangkan kiblat kecuali tempat yang tertutup. 

Sumber : Hadis Riwayat al-Bukhari (142) dan Muslim (375)

4. Doa Keluar Tandas/Bilik Air

doa-keluar-tandas

Keluar dari tandas atau bilik air hendaklah mendahulukan kaki kanan. 

Sumber : Hadis Riwayat at-Tirmizi (7), Abu Daud (30), Ibnu Majah (300). Dianggap sebagai sahih oleh al-Hakim


5. Doa Sebelum Tidur

doa-sebelum-tidur

Tidur disifatkan sebagai kematian sementara, oleh itu sebelum melelapkan mata, eloklah dibaca doa ini. Bacalah doa sebelum tidur bersama-sama dengan anak. Seeloknya tidur dengan mengiring ke kanan menghadap ke arah kiblat sesuai dengan Sunnah Rasulullah SAW.

Sumber : Hadis Riwayat al-Bukhari (6320), Muslim (2714) at-Tirmizi (3401), dan an-Nasa'i dalam 'Amal al-Yaum wa al-Lailah (796)

6. Doa Bangun Tidur

doa-bangun-tidur

Segala kesyukuran dilafazkan ke hadrat Allah SWT kerana dipanjangkan usia kita lagi. Sesudah bangun dari tempat tidur untuk menyucikan diri (mandi) kemudian tunaikan solat Subuh. 

Kesimpulannya 

Doa adalah tali penghubung antara manusia dengan pencipta. Doa adalah bukti bahawa kita bergantung kepada Allah SWT dalam apa jua urusan seharian kita. 

Orang yang sentiasa berhubung dengan Allah adalah orang yang selalu mengingatiNya, sekali gus mengingati perintahNya dan menjauhi laranganNya.

Allah menyatakan di dalam al-Quran yang bermaksud:
Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram — Surah Ar-Rad ayat 28


Semoga dengan usaha yang kecil ini mendapat keredaan Allah di dunia dan akhirat.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write