4 Resipi Sarapan Terbaik Untuk Menurunkan Berat Badan

Apabila ingin menurunkan berat badan dengan cepat, anda mungkin berfikir melewatkan sarapan adalah cara yang baik untuk menjimatkan kalori.

Ternyata pemikiran ini adalah salah sama sekali! Sebenarnya, ‘makanan pertama’ anda dapat bantu membakar lebih banyak kalori pada jam-jam berikutnya.

Ia juga dapat menghentikan rasa lapar atau mengidam makanan berkalori tinggi sepanjang hari tersebut, lantas membuatkan kalian tidak cenderung untuk makan banyak.

Tetapi, apakah sarapan terbaik untuk menurunkan berat badan?

4 Resipi Sarapan Terbaik Untuk Menurunkan Berat Badan

Di bawah ini, penulis akan berkongsi 4 resipi sarapan yang mudah dibuat dan sesuai diamalkan untuk menguruskan badan oleh Pakar Pemakanan, Rick Hay.

1. PROATS

Usah terkejut dengan namanya yang aneh, proats hanyalah gabungan oat dengan serbuk protein.

Terdapat banyak sebab proats adalah cara yang baik untuk memulakan hari anda jika ingin menurunkan berat badan…

Menurut Hay, kandungan serat oat dapat membantu sistem pencernaan dan memberikan rasa kenyang bagi masa yang lama.

Tambah beliau lagi, gabungan makanan ini turut bantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan metabolisme.

Resipi Hay, termasuklah 1 sudu teh kayu manis bagi mendapatkan rasa dan manfaat kesihatannya.

Menambah kayu manis dapat menyokong penurunan berat badan, mengurangkan keinginan dan bahkan membantu anda menghilangkan lemak viseral (lemak yang disimpan di sekitar organ dalaman).

RESEPI PROATS

1. Campurkan bersama 1/2 cawan oat, 1 cawan air dan 1/2 sudu teh kayu manis ke dalam periuk.

2. Setelah dimasak, campurkan 1 hidangan serbuk protein dan sertakan buah-buahan segar.

2. ZOATS

Namanya semakin pelik, bukan? Namun, ini adalah semangkuk oat yang akan membuat anda kenyang hingga waktu makan tengah hari, di samping membekalkan badan banyak nutrien.

Hay menjelaskan, zoats dibuat dengan oat, zukini dan telur. Gabungan protein, karbohidrat dan lemak baik yang sempurna ini akan membuat anda kenyang lebih lama!

zoats


Anda juga mendapat manfaat tambahan vitamin dan mineral di dalam zukini, termasuk vitamin A, C, serta magnesium, tambah Hay.

Magnesium memainkan peranan penting dalam mengubah makanan kita menjadi tenaga, manakala vitamin C baik untuk sistem imunisasi tubuh dan vitamin A dapat membantu penglihatan dan kulit, serta melawan penyakit!

RESEPI ZOATS

1. Hanya campurkan 1/2 cawan oat, 200ml air, 1 cawan zukini diparut (diperah semua cecair) dan 1 telur organik.

2. Masukkan garam secukup rasa kemudian panaskan ke dalam ketuhar gelombang mikro atau di atas dapur selama 2 minit.


3 BUAH BERI, YOGURT GREEK & BIJI CHIA

Biji-bijian, seperti sudah kita sedia maklum adalah sangat baik untuk kesihatan, terutamanya biji chia. Biji chia adalah salah satu makanan padat nutrien dengan kalori yang sangat sedikit.

Tambah Hay, biji chia juga sarat dengan antioksidan dan protein berkualiti tinggi. Kandungan serat tinggi yang digabungkan dengan protein berkualiti seperti yogurt Greek dapat membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat!

Lebih-lebih lagi, tambahan buahan beri, membantu meningkatkan lagi tahap vitamin C. Selain menghasilkan sarapan pagi untuk menurunkan berat badan, anda juga membantu sistem pencernaan, dan memperoleh sumber vitamin K, yang cukup penting untuk penyembuhan luka.

RESEPI 

1. Cara pembuatannya, hanya campurkan 200ml yogurt Greek, 2 sudu besar biji chia dan 4 sudu susu badam.

4. GRANOLA LIMAU GEDAN

Anda mungkin pernah mendengar bahawa limau gedang bagus untuk menurunkan berat badan, kan? Buah rendah kalori ini telah didapati baik dalam membantu mengawal peningkatan selera makan.

Malah, sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nutrition & Metabolism menyimpulkan, pengambilan limau gedang sebagai sebahagian daripada diet mampu menjadi strategi penurunan berat badan yang efektif untuk kategori orang dewasa yang gemuk.

granola


Limau gedang yang dimakan bersama granola rendah gula, yogurt badam, dan flaxseed boleh menjadikan pilihan sarapan yang padat nutrien, menurut Hay.

Granola menyediakan serat dan bersama-sama badam atau yogurt kelapa, ia membantu menghasilkan sarapan pagi yang memuaskan dan mengurangkan rasa mengidam yang merepek.

Lebih-lebih lagi, flaxseed sarat dengan nutrien dan merupakan makanan omega-3 yang tinggi. Ia juga merupakan sumber protein berasaskan tumbuhan yang hebat!

RESEPI 

1. Campurkan 1/2 limau gedang, kupas dan potong dadu, dengan 120g badam atau yogurt kelapa.

2. Hidangkan dengan 120g granola rendah gula dan 1 sudu flaxseed.


KESIMPULANYA

Ternyata menyediakan sarapan pagi yang berkhasiat dan mengenyangkan tidak sesukar yang anda fikirkan!

Kini anda tidak ada lagi alasan untuk skip sarapan semata-mata hendak kurus ya, kerana ia ternyata membantu menurunkan berat badan.

Semoga idea-idea resipi di atas sedikit sebanyak membantu dan memudahkan urusan kalian yang sedang berusaha mencapai berat badan idaman. Selamat mencuba!


Sumber : https://hellodoktor.com/pemakanan/resipi-sihat/menurunkan-berat-sarapan-pagi/

4 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Oat biasa saya makan bersama kacang dan kismis..rasa kenyang memang boleh sampai ke tengah hari

    BalasPadam
  2. good sharing. macam tau2 akak tengah cari menu diet sebab tekanan darah husband naik. so kena jaga makan..pening mencari menu yg sesuai...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama