Trend Buka Aib Suami Isteri Dalam Rumahtangga

Assalamualaikum
Bismillah

Semakin hari semakin ramai juga yang galak berkongsi aib dan kekurangan pasangan masing-masing.

Sekarang, nak bersembang dengan jari pun boleh. Nak tabur fitnah dan aib senang sahaja. Dalam bilik pun dah boleh buat. Dari bangun tidur sampailah nak tidur kita kumpul dosa jariah.

Di tambah pula dengan butang "share" dan penambah rasa "caption" yang mengundang orang lain untuk turut serta mengumpat dan bergosip.

Dan paling menyedihkan apabila kita sendiri membuka ruang untuk orang bercerita tentang aib dan keburukan diri kita.

Buat video, kongsi video.
Tak pun kongsi video orang lain.

Allah dah tutup rapat-rapat aib kita. Tetapi kita sendiri pamerkan dengan orang.

Sesungguhnya lisan dan tulisan kita nie banyak mengundang penyesalan di kemudian hari. Kadang kala mampu menuturkan dengan lurus dan teratur tetapi sering kali juga terbabas.

Terpesong sana sini, malah disengajakan dan dinormalisasikan dengan cacian, makian, lagha, mengumpat dan fitnah.

Bahaya lisan bukan lagi pada lisan (mulut) yang berkata-kata. Tetapi tangan yang mengambil alih perbuatan lisan. Kini yang liar itu adalah tangan.

Mudahkah untuk diam? Susah kawan-kawan!

Mudahkah untuk diam sekiranya kita ada pendapat dan tidak menyatakannya? Rasa seperti dada itu hendak meletup, membuak-buak mahu bercakap.

Ia bukan lagi pertarungan antara diam dan berkata-kata. Kini, ia pertarungan antara tidak menulis dengan menulis.



Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, sabda Nabi SAW:

إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ لَا يَرَى بِهَا بَأْسًا، يَهْوِي بِهَا سَبْعِينَ خَرِيفًا فِي النَّارِ

Maksudnya: “Sesungguhnya seseorang terkadang berbicara dengan kata-kata yang dia sangkakan tidak mengapa, lalu (tanpa diduga) dia terjerumus dengan sebabnya ke dalam neraka (yang kedalamannya) sejauh perjalanan tujuh puluh tahun.” Riwayat al-Tirmizi (2314)

Berdasarkan hadith ini, al-Imam al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa sebahagian manusia memandang remeh perkataan yang diucapkannya sehingga dia tidak menyangka perkataan tersebut menjadi penyebab kepada dia dihumban ke neraka. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 12/79)

Islam sangat marah terhadap orang yang gemar mendengar perkataan yang buruk, lalu segera menyampaikan kepada orang lain untuk bermusuh-musuhan atau kerana ingin menimbulkan fitnah, atau bertujuan untuk memporak perandakan hubungan antara satu sama yang lain supaya hancur binasa.

Orang seperti ini tidak hanya cukup untuk menyampaikan apa yang didengarnya sahaja, malahan perasaan ingin memporak perandakan yang ada pada diri mereka itu akan mendorong mereka untuk menambah sesuatu benda yang lain daripada apa yang mereka dengar, iaitu dengan mencipta sesuatu yang tidak didengarnya itu.

إِنْ يَسْمَعُوا الخَيْرَ أَخْفَوْهُ, وَإِنْ سَمِعُوا شَرّاً أَذَاعُوا وَإِنْ لَمْ يَسْمَعُوا كَذِبُوا

Maksudnya: “Jika dengar baik mereka sembunyikan, sebaliknya dengar yang buruk mereka hebahkan, jika tidak dengar, lalu dusta.” (Lihat al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hlm. 606)

Dalam sebuah hadith daripada Ibn Umar R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيهِ المُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ، وَمَنْ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ رَحْلِهِ

Maksudnya: Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang Muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya. Riwayat al-Tirmizi (2032)

Perbuatan menyebarkan aib orang lain termasuk dalam sunnah sayyi’ah (sunnah yang keji dan buruk) yang berdosa jika diteruskan oleh orang lain. Daripada Jarir bin Abdullah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ، وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

Maksudnya: Barangsiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunnah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal denganya, dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun, dan barangsiapa yang memulakan dalam Islam suatu sunnah yang buruk, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan baginya dosa sesiapa yang beramal dengannya, tanpa berkurang dengan satu dosa suatu apa pun. Riwayat Muslim (1017)


Selalulah kita berdoa agar Allah pelihara aib kita daripada tersebar. Daripada Ibn Umar R.anhuma, bahawa Rasulullah SAW sering mengulang-ulang doa ini para waktu pagi dan petang:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ، وَأَهْلِي وَمَالِي. اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي. اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ مِنْ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

Maksudnya: Ya Allah aku memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah aku memohon kepada-Mu kemaafan dan keselamatan pada agamaku dan duniaku, pada ahli keluargaku dan hata bendaku. Ya Allah tutuplah auratku (aib dan kelemahan), dan amankanlah ketakutanku. Ya Allah peliharalah aku daripada bahaya yang datang dari hadapanku, dari belakangku, dari kananku, dari kriku, dari atasku, dan aku berlindung dengan keagungan-Mu daripada tergelincir daripada bawahku. Hadis riwayat Imam al-Bukhari (2100) dalam Adab al-Mufrad

Suami adalah pakaian bagi isteri. Dan isteri adalah pakaian bagi suami. 

Dan aku juga menyeru kepada rakan-rakan yang lain untuk berhenti mengulas soal rumahtangga dan aib orang lain. Tidak kiralah tentang rumahtangga atau apa sahaja perkara sekalipun. 

Orang yang menutup aib saudaranya, InsyaAllah di akhirat kelak Allah akan menutup aib dan mengampunkan dosa-dosa kita. Semoga Allah sentiasa jaga lisan dan tangan kita.

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

3 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. perkongsian yg baik...peringatan utk sesama kita

    BalasPadam
  2. Allah sudah tutup aib kita erat-erat itupun sangat bersyukur....masalahnya sekarang ini....kita suka nak tahu aib orang lain berbanding aib sendiri

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama