Bismillah
Walaupun GrabFood telah lama beroperasi di Malaysia, percaya atau tidak. Hari ini baru pertama kali aku menggunakan aplikasi GrabFood
Selama ini memang tak pernah order delivery food ke?
Ya. Memang tak pernah.
Hari ini baru rasa terdetik nak order sebab cuaca panas sangat nak keluar rumah.
Aku jarang beli makanan kat luar. Biasanya aku beli barang basah dan masak kat rumah sahaja. Aku lagi suka memasak.
Cuma kebelakangan ini aku rasa craving nak makan makanan luar. Tetapi nak keluar jalan pula cuaca panas. Lagipun tinggal sendiri memang rasa malas nak jalan tanpa suami.
Pengalaman Menggunakan Aplikasi GrabFood
Pertama kali order makanan dengan GrabFood memang mudah dan senang untuk difahami. Pilihan makanan dan minuman yang banyak bergantung dengan kawasan korang.
Kalau di Pontian ini memang banyak jugalah tempat kalau nak beli makanan.
Dari segi penghantaran makanan juga memang cepat. Untuk pertama kali aku bayar secara cash sahaja kepada rider tu.
Alhamdulillah so far tiada masalah lagi dengan servis GrabFood.
Bila dah ada aplikasi ini rasa craving pula nak minum macam-macam. Untuk yang baru daftar aplikasi GrabFood memang dapat grabfood promo.
Apapun tak boleh juga beli selalu sebab biasanya order makanan delivery ni lagi mahal berbanding beli sendiri haha.
Tak pernah order lg
BalasPadambusyra tak pernah guna order phone sendiri.. kalau phone kakak pernah sekali.. di Sungai Petani mmg banyak grab food.
BalasPadam