Salam Nisfu Syaaban 2023

1
Assalamualaikum
Bismillah

Salam Nisfu Syaaban, malam ini marilah sama-sama kita perbanyakkan amal soleh, istighfar, berzikir dan berdoa kepada ALLAH SWT. 

Malam ini semua amalan-amalan kita akan diangkat oleh malaikat kepada ALLAH SWT. Oleh itu tingkatkan amal ibadah kita, semoga Allah reda dan terima amalan-amalan kita semua. 

Salam Nisfu Syaaban 2023

Malam ini juga aku memohon kemaafan buat semua yang mengenali dan membaca blog ini. Mungkin ada kata-kata yang membuatkan korang baca blog ini jadi tersinggung. 

Ku susun sepuluh jari memohon maaf. 

Hadis Sahih Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

Berikut adalah beberapa hadis yang menceritakan kelebihan malam Nisfu Syaaban yang dipetik dari laman Mufti Wilayah Persekutuan.

1. Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.
[Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380] Imam al-Zahabi mengatakan hadith ini dhaif disebabkan terdapat pada sanadnya Ibn Lahi’ah. [Lihat: Talkhis al-‘ilal al-Mutanihiyah, 184]




2. Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan sebanyak bilangan bulu kambing pengawal”.
[Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 670] Al-‘Aini mengatakan hukum hadith ini adalah munqathi’. [Lihat: ‘Umdah al-Qari, 11:116]




3. Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua (golongan) iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri”.
[Riwayat Ahmad, no. Hadith 6353] Ibn Hajar mengatakan sanadnya layyin (salah satu daripada ciri hadith dhaif). [Lihat: al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair, 2:43] Manakala Ahmad Syakir mengatakan sanadnya adalah sahih [Lihat: Musnad Ahmad, 10:127]




4. Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.
[Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665]



5. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Apabial tiba malam nisfu Sya’ban, Allah SWT mengampunkan hamba-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.
[Majma’ al-Zawaid, 8:68] Imam al-Sakhawi menyatakan bahawa perawi-perawinya tidak ada dipertikaikan. [Lihat: al-Ajwibah al-Mardhiyyah, 1:325]



Jangan lupa ikuti perkongsian dari Ustaz Wadi Annuar


RUJUKAN : 
  • IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-70: KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN

  • IRSYAD AL-FATWA KE-29: BULAN SYA'BAN: KEISTIMEWAANNYA MENGIKUT NERACA NAS

Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !