Review NUVITON™ Boost Testosterone Levels

Assalamualaikum
Bismillah

NUVITON™ ialah suplemen semulajadi yang dikeluarkan oleh Yummylooks Sdn Bhd yang mendakwa dapat meningkatkan tahap testosteron dan membalikkan kesan testosteron rendah. 

NUVITON™ didatangkan dalam kapsul yang mengandungi bahan semula jadi seperti Tongkat Ali, Ginseng, Maca Root, Cordyceps, Horny Goat Weed dan Tribulus Terrestris.

Sebenarnya produk ini telah berada di pasaran selama lebih dua tahun.

Review NUVITON™ Boost Testosterone Levels

Kebaikan Nuviton Boost Testosterone Levels

  • Membina jisim otot tanpa lemak dan meningkatkan kekuatan.
  • Meningkatkan libido
  • Meningkatkan tenaga fizikal dan mental
  • Meningkatkan mood dan keyakinan
  • Membantu proses pembakaran lemak yang lebih baik.

Packaging & Teksture

Dari segi packaging kotaknya kelihatan eksklusif dan premium. Setiap botol mengandungi 30 kapsul yang berwarna coklat perang. Mudah untuk ditelan dan ringan untuk dibawa ke mana sahaja. 

Cara Pengambilan Nuviton

Korang boleh mengambil NUVITON™ sebelum bersarapan atau makanan pertama korang pada hari itu. Sebaiknya elakkan mengambil ini semasa perut kosong. 

Hanya perlu makan 1-2 tablet setiap hari secara konsisten untuk kesan yang optimum. Setiap botol mengandungi bekalan untuk sebulan atau 30 kapsul.

Review NUVITON™ Boost Testosterone Levels

Review NUVITON™ Boost Testosterone Levels

Berdasarkan review daripada suami, katanya antara perubahan yang ketara selepas mengamalkan Nuviton selama seminggu ialah pengurangan berat badan. Sebenarnya aku sendiri tidak percaya berat suami menurun. Bukan itu sahaja, suami nampak lebih fit mungkin kerana berlaku penyingkirkan lemak perut yang degil. 

Dalam bilik kami memang menyediakan timbangan khas, jadi boleh dikatakan setiap hari kami timbang berat badan. Tujuannya sebab nak diet dan kontrol makan. Selepas mengamalkan Nuviton, berat badan suami menurun dari 69kg ke 67kg selama seminggu. 

Selain itu juga, antara kesan yang paling ketara sekali ialah suami nampak lebih cergas dan sihat. Setiap kali balik dari kerja laut, aku nampak suami selalu tidak cukup tidur dan berasa keletihan. 

Kerja di laut bukannya dapat rehat secukupnya dengan cuaca yang tidak menentu dan kena sentiasa alert. Setelah mengamalkan Nuviton, apa yang aku nampak suami kelihatan lebih cergas dan kurang lesu. 

Malah suami sendiri mengakui bahawa dia berasa kurang penat dan letih walaupun seharian bekerja. Bahkan dia berasa lebih bertenaga, tahap kekuatan dan stamina meningkat. Suami dapat rasakan perubahan apabila mengerjakan kerja-kerja yang berat di laut.

Dari segi kesan sampingan, selama makan suplemen ini suami tidak mengalami sebarang kesan sampingan. Ada beberapa produk yang berupa suplemen yang suami pernah beli memberikan kesan sampingan seperti pening dan sakit kepala. 

Alhamdulillah produk Nuviton ini tidak memberikan kesan sampingan seperti sakit kepala, muntah, pening dan sebagainya. 

Produk ini telah membantu meningkatkan tenaga, mood, dan tahap testosteron suami. Aku beli 2 botol Nuviton. Jadi kena tunggu selama 2 bulan untuk dapat melihat hasilnya secara menyeluruh. 

Secara keseluruhan produk ini memberikan kesan yang positif. Dan sekiranya diamalkan dengan konsisten dengan gaya hidup, pemakanan yang seimbang dan senaman yang baik, aku percaya ia dapat memberikan kesan yang lebih baik kepada tahap testosterone setiap lelaki. 

Review NUVITON™ Boost Testosterone Levels

Di Mana Nak Beli NUVITON™?

Suplemen NUVITON™ hanya tersedia di laman web rasmi NUVITON™ ataupun di laman Shopee/Lazada official distributor mereka. 

Berhati-hati dengan penjual dalam talian atau kedai runcit lain yang menawarkan NUVITON™, kerana produk itu mungkin palsu atau rosak.

Untuk maklumat lanjut :

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama