Buy Royal Canin For Cats online at cheapest prices.

Lafaz Niat Bagi Puasa Ganti

Sii Nurul
0
Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, kita telah memasuki bulan Sya'ban dan tak lama lagi akan menghampiri bulan Ramadan. Bagi kaum wanita yang tidak dapat berpuasa penuh, jangan lupa untuk ganti puasa ya. 

Antara syarat niat bagi puasa Ramadan dan puasa wajib yang lain (puasa qada dan nazar) ialah berniat di malam hari. Oleh itu, puasa hendak diniatkan sebelum terbit fajar keesokan harinya bagi puasa wajib.

Tuntutan berniat ialah dengan berniat di dalam hati. Adapun hukum melafazkan niat dengan lisan adalah sunat supaya dapat membantu untuk menetapkan niat di dalam hati.

niat-puasa-ganti


Manakala bagi lafaz niat puasa ganti pula hendaklah ditukarkan lafaz أَدَاءِ (tunai) dengan lafaz قَضَاءِ (ganti). 

Oleh yang demikian, lafaz niat bagi puasa ganti ialah seperti berikut:


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ لِلَّه تَعَالَى
Nawaitu Shouma Ghodin ‘An Qodoo’in Fardho Romadoona Lillahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari bagi qada (menggantikan) fardu puasa bulan Ramadan kerana Allah SWT.

lafaz-niat-puasa-ganti

Qadha puasa atau ganti puasa Ramadan boleh dilakukan seawal 2 Syawal sehinggalah sebelum masuk Ramadan pada tahun berikutnya.

Jika korang gagal melakukan puasa ganti sepanjang tempoh tersebut, maka anda diwajibkan untuk membayar fidyah.

Asma Harun berkata, haram dan berdosa besar bagi sesiapa yang melewat qada' atau ganti puasa sehingga masuk bulan Ramadan berikutnya, sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya.

Meninggalkan puasa dengan sengaja, tanpa sebarang keuzuran adalah berdosa besar. Ibnu Hajar al-Haithami menyenaraikan di dalam kitabnya, mereka yang berbuka puasa dengan berjima’ atau selainnya tanpa sebarang keuzuran seperti sakit atau musafir termasuk dalam orang yang telah melakukan dosa-dosa besar. [Lihat : al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair (1/323)]

Jika cuai dan tidak mengqadha’nya sehinggalah tiba bulan Ramadhan yang berikutnya, dia berdosa dan wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan golongan fakir sehari secupak makanan kebiasaan penduduk negeri setempat dan hendaklah menggandakan fidyah tersebut mengikut bilangan tahun yang dilangkaunya.

Hal ini adalah berdasarkan kepada athar daripada Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan Abu Hurairah R.A bahawasanya mereka telah berkata :

فيمَنْ عليهِ صومٌ فَلم يَصُمْهُ حتّى أدركهُ رمضانُ آخَرُ، يُطعِمُ عنِ الأوَّلِ
Maksudnya : “Sesiapa yang ada puasa ganti, tetapi dia tidak menggantikannya lagi sehinggalah tiba bulan Ramadhan yang berikutnya, hendaklah dia beri makan (fidyah) bagi yang awal (Ramadhan yang lepas)” [Dr. Muhammad al-Zuhaili menyatakan bahawa athar-athar ini telah diriwayatkan oleh al-Darqutni dengan sanad yang sahih]

Rujukan :
  • AL-KAFI #1798 : APAKAH LAFAZ NIAT PUASA GANTI?

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write