Langkau ke kandungan utama

Padam Akaun Twitter & LinkedIn

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah akhirnya aku tutup akaun twitter & linkedin. 

Antara sebab aku buat keputusan untuk delete akaun tersebut kerana aku tidak aktif pun. Boleh dikatakan dalam setahun aku hanya buka 2-3 kali sahaja. 

Pada mulanya aku memang nak fokus naikkan personal banding di linkedin. Tetapi sejak aku berkahwin tujuan aku berblog pun dah tak sama macam dulu. Sekarang aku lebih santai dan fokus dengan blog aku yang lain.

Padam Akaun Twitter & LinkedIn

Salah satu cara nak naikkan personal branding adalah dengan membuat banyak akaun media sosial. Sekarang yang popular sudah tentulah instagram dan tiktok. 

Ramai juga dalam kalangan blogger yang mula beralih ke digital creators. 

Kalau macam aku yang lebih cenderung menulis berbanding buat video, aku rasa facebook, blog, telegram dan instagram pun dah cukup buat aku serabut. Mungkin disebabkan lemah dalam pengurusan media sosial kot.

Blog sendiri pun tak terjaga. Menulis pun tidak konsisten haha. 

Lagi pula aku bukannya seorang yang suka ambil tahu apa yang trending di media sosial. Isu semasa yang viral memang bukanlah ke'minat'an aku. Dan aku juga kurang gemar menulis dan memberi ulasan apa yang terjadi terhadap isu-isu semasa sekarang. 

Hal ini demikian kerana aku lebih memilih untuk baca, diam dan fokus dengan apa yang penting dalam kehidupan aku sahaja.

Terlalu banyak info yang berlegar di media sosial buat aku jadi pening dan banyak fikir benda yang tidak sepatutnya difikir. Kadang tak nak ambil tahu. Tetapi banyak sangat kongsi dan semua pun nak cerita benda yang sama. 

Mujurlah facebook dan telegram aku selalu guna untuk perkongsian tentang blog. Kalau ikutkan hati nak delete sahaja semua akaun media sosial hahaha.

Tiada yang penting pun dengan entri kali ni. Just nak sembang santai. 

Ulasan

  1. twitter masih ada sbb nak dptkan news alert dgn cpt. linkedin tu hidup segan mati tak mahu sbb org2 dlm tu menulis ayat skema sahaja. x de yg santai2 pun...

    BalasPadam
  2. Saya masih ada FB, baca berita sahaja disitu. Betul, banyak juga fokus pada keluarga.

    BalasPadam
  3. Samalah kak net.. dua dua ni macam hidup segan mati tak mau. Nampaknya kak net tak reti-reti juga nak padam.. kiki

    BalasPadam
  4. Kalau bekerja dalam bidang swasta dan korporat, LinkedIn ni memang tempat networking yang sesuai. Macam saya ni pun jarang2 masuk LinkedIn sejak resign tahun lepas. Saya pun rasa mcm nak tutup akaun Twitter sebab tak aktif. FB walaupun tak aktif tapi sesekali jengok jugak mengikuti perkembangan semasa kawan2 dan saudara-mara yg aktif di FB.

    BalasPadam
  5. aida masih setia dgn blog & fb. and tiktok tu khas utk tgk story org je. no personal updates. aida memang tak pernah aktif di media sosial. blog je. fb pun tak ber update. more to update wasap status saje, nurul.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catatan popular daripada blog ini

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...