Resepi Nutella Ball Almond Cookies Azlina Ina

0

Resepi Nutella Ball Almond Cookies Azlina Ina

Bahan-bahan

  • 500g salted premium butter( contoh butter premium - golden churn, lurpark, etc)
  • 120g gula ising atau 1 cawan gula ising (kalau korag rasa nak kurangkan manis boleh kurangkan sikit
  • esen vanila sikit
  • 2-3 sudu besar koko
  • 1 sudu besar emolco coklat
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 80g tepung jagung atau 3/4 cawan 
  • 1/2 cawan serbuk almond (optional)
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 480g tepung gandum atau 4 cawan
  • Putih telur
  • Badam nips

Cara-cara Membuatnya 

1. Masukkan salted premium butter, gula ising dan esen vanila. Gaul rata pakai tangan (pakai tangan sahaja ya, boleh guna sarung tangan)

2. Bila dah sebati tambah kan serbuk koko dan emolco coklat. Gaul lagi bagi sebati.

3. Masukkan tepung beras dan tepung jagung. Gaulkan sebati. Masukkan serbuk almond (Tak nak pun boleh)

4. Bila dah sebati semua bahan tadi tambahkan baking powder dan tepung gandum sedikit demi sedikit.

5. Gaul sebati sehingga menjadi doh. Masukkan doh dalam piping beg. Lubangkan depan dan paipkan. Jangan besar sangat. Kemudian bulatkan. 

6. Apabila dah siap bulatkan, korang celup permukaan dengan putih telur dan golek kan dekat badam nips (badam tak perlu bakar dulu)

7. Buatkan lubang kat tengah. Kemudian bakar suhu 170 masa 25 minit. Ikut kepanasan oven masing-masing. 

8. Keluarkan dan biarkan sejuk dahulu. Baru paip nutella dalam cookies tadi. Paip bagi penuh ya.

9. Tambah badam yang dah di bakar dulu sampai garing. Kemudian bakar balik 170 masa 5 minit supaya masa susun nutella tak meleleh. Kita nak garing kan permukan je bila gigit nutella still cair lagi ya.



Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !