Belajar Buat Blog

2
Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah 'ala kulli hal.. Dengan izin Allah semuanya dipermudahkan. Setelah buat banyak pertimbangan, akhirnya aku membuat keputusan untuk buat blog baru tentang belajar buat blog

Pertama sekali aku buat blog baru supaya aku boleh kongsikan cara-cara macam mana nak berblog dari ZERO. Aku tak guna blog utama ini sebab blog ini dah stabil. Jadi lebih baik buat dari ZERO kan? Namapun kita belajar sama-sama.

Jadi di blog tu sekarang KOSONG tau. Langsung tiada entri. Apapun tiada. Domain pun aku tak beli lagi. Sebab aku nak tunjukkan dengan korang step by step berblog. 

Dah ada blog nak buat konten pasal apa?
Macam mana nak pilih niche?
Template apa yang best?
Kalau nak setting google search console macam mana? 

Dan banyak lagi aku akan ajar korang. 

Apabila trafik blog dah okay, macam mana pula nak memohon adsense? Nak domain dulu ka ataupun memohon adsense dulu? 

Semua tu aku akan tunjukkan. Jadi mungkin blog tu aku tidak update selalu, tetapi korang boleh belajar kat situ. Aku tidak kenakan apa-apa bayaran pun. 

InsyaAllah dalam masa yang sama juga aku sedang usaha untuk menghasilkan ebook juga. Yang mana kat ebook tu korang boleh lihat tutorial dengan lebih terperinci.

Belajar Buat Blog

Selama masih diberikan kesempatan untuk menulis aku mahu menyumbang ilmu dan kemahiran yang aku ada dengan semua. Doakan ya supaya projek ini berjalan dengan lancar. Aku sendiri tak tahu sampai mana yang aku boleh buat. 

Apapun aku cuba buat yang terbaik. Jangan lupa follow ya~

Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !