6 Resepi Air Untuk Berbuka Puasa Senang Nak Buat di Rumah

Assalamualaikum
Bismillah

6 Resepi Air Untuk Berbuka Puasa Senang Nak Buat di Rumah

Korang ada planning tak nak buat menu apa berbuka puasa nanti? Aku sebenarnya tiada menu yang spesifik pun kalau berbuka puasa. Apa yang ada dalam peti sejuk itulah yang aku buat.

Sejak berkahwin aku memang suka masak dan buat menu macam-macam sebab suami aku suka makan apa yang aku masak. Jadi hari-hari pun semangat nak masak gitu. Hehe

Aku dah senaraikan beberapa resepi air untuk berbuka puasa korang senang saja nak buat kat rumah. Saja letak kat blog supaya bila-bila pun boleh rujuk. Selamat mencuba~

1. Air tembikai bandung

Bahan-bahan 

  • 1/2 buah tembikai tanpa biji,  potong dadu 
  • susu cair 
  • sirap
  • ais secukupnya

Campur semua bahan jadikan satu. Siap untuk dihidang.

air-tembikai-bandung

2. Air Sirap Selasih

Bahan-bahan 

  • Selasih
  • Sirap
  • Air dan ais secukupnya

Rendamkn selasih dengan air panas. Kemudian bancuh air sirap seperti biasa. Masukkn ais ke dalam jug, letakkan air dan diikuti selasih lalu kacau-kacau hingga sebati.

3. Sirap Bandung Campur

Bahan-bahan

  • Sirap
  • Air
  • Cendol
  • Cincau
  • Biji Selasih
  • Susu cair
  • Susu pekat

Tuangkan ais dalam jug masukkan sirap 2-3 sudu. Kemudian tuang air sehingga paras jug. Masukkan cendol, cincau, biji selasih. Campurkan setengah susu cair dan 2-3 sudu susu pekat (ikut kemanisan korang nak). Siap untuk dihidang. 

air-sirap-selasih-bandung

4. Laici Aiskrim Soda

  • 3 tangkai daun pudina
  • 6 biji laici dengan air 
  • 3 kepimg lemon
  • 1 batang serai
  • Air soda
  • Ais secukupnya

Masukkan daun pudina yang dihancurkan sedikit. Kemudian masukkan laici, lemon bersama serai. Masukkan ais diikuti dengan air soda. Siap!


5. Laici Lemonade

  • 1 tin laici
  • Lemon 
  • Air campuran madu
  • Daun pudina
  • Air dan ais secukupnya

Campurkan laici beserta airnya. Prah lemon dan masukkan potongan lemon. Letakkan air campuran madu, daun pudina dan akhir sekali masukkan air dan ais. Sedia untuk dihidang. 

air-laici-untuk-berbuka-puasa

5. Air Buah Masam Manis Cincau

Bahan- bahan: 

  • 1 tin susu sejat
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 tin buah laici
  • 1 biji buah naga
  • 2 biji buah manga
  • Cincau
  • Ais secukupnya

Bancuh susu pekat bersama 2 cawan air panas. Kemudian campurkan kesemua bahan. Masukkan ais secukupnya. 


Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama